Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berkecimpung dalam dunia sukan, Sydney McLaughlin-Levrone, 23, menjalani zaman kecilnya dengan melihat kejayaan ibu bapanya yang cemerlang dalam bidang sukan. Bapanya, Willie, merupakan atlet lari pecut 400m di Olimpik tahun 1984 dan ibunya juga merupakah jaguh larian. Sementara itu, abangnya pula memenangi pingat perak dalam acara lari berpagar di IAAF World U20 Championships 2016.
Berlainan pula kisahnya mengenai Sydney yang pernah menjuarai pingat emas Olimpik serta memegang rekod dunia dalam acara larian berpagar, lakaran kejayaannya tidak terhenti di situ sahaja. Malah, persembahan cemerlang dalam dunia sukan menjadikan wanita ini antara ikon wanita terbaik tahun 2022.
Baru-baru ini, Sydney dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Dunia oleh Olahraga Dunia. Pengiktirafannya itu selari dengan kejayaannya yang mengekalkan kejuaraan dalam memecahkan rekod 400m lari berpagar wanita dunia sebanyak dua kali.
View this post on Instagram
Dia berjaya mencatat masa 50.68 saat untuk memperbaharui rekodnya sendiri pada Kejohanan Olahraga Dunia di Oregon selain membantu Amerika Syarikat (AS) memenangi acara lari berganti-ganti 4x400m wanita.
Tambahnya, kemenangan itu menjadikan misinya tercapai untuk tahun 2022.
Semua sasaran saya tercapai tahun ini. Kami dapat mencapai semua yang kami sasarkan. Tiada yang lebih baik melainkan dapat melakukannya di hadapan penonton sendiri
Melihat dari kejayaannya itu, sudah terang lagi bersuluh wanita ini selayaknya dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada semua, terutamanya kepada mereka yang ingin menceburi bidang sukan. Berikut antara fakta menarik mengenai Sydney McLaughlin-Levrone.
- Perjalanan kejayaannya dalam bidang sukan bermula sejak dari kecil lagi. Dia bertanding di Sukan Rio 2016 ketika usianya baru sahaja 16 tahun. Ketika itu, dia merupakan atlet termuda yang bertanding bagi mewakili USA.
2. Bapanya yang merupakan atlet lari pecut melatih Sydney ketika kecil untuk berlari laju dengan mengumpan menggunakan coklat bar.
“Jika kamu lari, ayah akan berikan kamu coklat bar”. Hasilnya, Sydney berjaya menghabiskan larian 100 meter dan meraih tempat pertama.
3. Selain itu, dia juga sering mengunyah gummy bears setiap kali sebelum bermulanya perlawanan. Jika menang pula, Sydney akan memberi ganjaran kepada dirinya dengan makan burger keju.
4. Percaya ataupun tidak, Sydney mempunyai selimut Minions yang dimilikinya sejak usia 15 tahun. Dia akan membawa selimut tersebut ke setiap perlawanannya.
5. Ibunya Mary dan ayahnya, Willie merupakan atlet lari pecut sejak dari sekolah menengah mewakili Manhattan College. Abangnya pula, Taylor juga atlet lari pecut mewakili University of Michigan. Manakala kakaknya, Morgan mewakili St. Peter’s University.
Sekadar info, bersama-sama Sydney, atlet lompat bergalah Sweden, Mondo Duplantis turut diumum sebagai penerima anugerah Atlet Terbaik Dunia.
Sumber: Olympics.com
Sumber gambar: Instagram Sydney McLaughlin-Levrone