Aura Datuk Faridah Hanim Haron nyata cukup memukau. Lontaran suara dan keikhlasan wanita berjiwa kental ini mendidik para usahawan dan peneraju pelbagai cabang empayar niaga begitu terkesan hingga menusuk ke dalam sanubari.
Tidak hairanlah, nama Datuk Faridah Hanim Haron sebagai ‘guru’ kepimpinan dan organisasi semakin mendapat pengiktirafan.
Meskipun berstatus VIP namun Datuk Faridah Hanim mesra disapa sebagai Ibu Hanim. Ujarnya, dia selesa membawa gelaran seorang ibu yang penyayang, penuh kasih sayang dan tulus dalam menyebarkan ilmu.
Walau berpengalaman luas, Ibu Hanim enggan mendongak ke langit dan lalai dengan kurniaan ilahi.
Sebaliknya, dia komited menggunakan kelebihan yang ada demi manfaat seluruh komuniti. Lebih 20 tahun menimba pengalaman dalam bidang pembelajaran dan pembangunan organisasi, Ibu Hanim meraih pengiktirafan selaku fasilitator profesional bertauliah yang berperanan menyelesaikan isu kompleks di dalam sesebuah syarikat.
Malah, dia mempunyai kelulusan dalam Master in Business Administration (MBA) in Entrepreneurship dari Australian Institute of Entrepreneurship.
Kredit Instagram @ibuhanimFoto Koleksi Majalah NonaKredit Instagram @ibuhanimKredit Instagram @ibuhanim
Kemampuan Ibu Hanim bukan sebarangan kerana berdasarkan latar belakang karier terdahulu, dia satu-satunya Pakar Pembangunan Organisasi dan Pengurusan Perubahan yang berjaya melakukan pelbagai perubahan kepada beberapa anak syarikat PETRONAS.
Ads
Usai tamat perkhidmatan di PETRONAS, Ibu Hanim kemudian dilantik sebagai Penasihat Pembangunan Kepimpinan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membina kualiti pemimpinnya.
Atas komitmen yang ditunjukkan, dia menerima pengurniaan darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, pada tahun 2017.
Enggan berhenti menabur bakti kepada masyarakat dan mahu memartabatkan anak bangsa di persada dunia, Ibu Hanim menubuhkan syarikat organisasi dan kepimpinan miliknya iaitu Annems Leadership Solution (ALS) Sdn Bhd pada 4 Ogos 2015.
Selama tujuh tahun dalam industri, ALS berjaya melahirkan ratusan usahawan berjaya dan berilmu menerusi program Business Sustainability Solution (BSS).
Ads
Di sebalik kelembutan tersimpan sifat tegas Ibu Hanim dalam mendidik para pelajar. Berpegang kepada slogan ‘Developing Leaders of Tomorrow’ wanita kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur ini diibaratkan seperti seorang ‘doktor’ yang membantu merawat syarikat hampir lingkup, bermasalah atau berdepan isu besar.
Foto Koleksi Majalah NonaKredit Instagram @ibuhanimKredit Instagram @ibuhanim
“Ketegasan itu perlu sebab ia amanah. Saya melihat penglibatan wanita sekarang berbeza daripada dulu kerana peranan wanita berubah mengikut zaman. Sekarang, ramai wanita jadi pengasas dan CEO. Itu bagus! Wanita ini ada naluri ibu yang kuat dan apabila mereka memimpin organisasi dengan cara femininnya, ia berkesan.”
Menginjak usia 58 tahun, stamina yang dimiliki Ibu Hanim tidak mencerminkan usia sebenar. Sering menyebarkan aura positif dan senyuman yang tidak lekang dari bibir, sisi kehidupan yang dilalui Ibu Hanim sebenarnya penuh dengan onak ranjau berduri.
Pada tahun 1991, dia mengalami kemalangan ngeri di Dungun, Terengganu sehingga mengakibatkan bahagian kiri tubuh cedera parah termasuk tulang belakang dan leher retak. Malah tulang pelvisnya juga pecah dan menderita kecederaan dalaman lain.
Ads
Kredit Instagram @ibuhanimKredit Instagram @ibuhanim
“Aura positif ini datang dari kehidupan saya yang pernah berdepan kematian anak, anak nombor tiga dilahirkan cacat pendengaran, saya kemalangan dan lumpuh selama setahun. Hidup saya penuh suka duka. Saya menderita sakit selama 39 tahun!
Kalau saya beritahu yang saya amat memahami kehidupan anda, itu maknanya ia bukan retorik. Tapi saya sendiri sudah melaluinya. Saya diduga Allah dengan cucu yang lahir cacat pendengaran. Saya ada enam skru di tengkuk, ada titanium di belakang badan dan lutut pun dah kena repair sebab ada skru.
Total injury! Pain is my best friend, my background music. Bila dah sampai usia sebegini, saya selalu ingatkan diri yang selagi hayat ada, selagi Allah bagi bonus nyawa dekat saya, saya akan berjuang untuk memartabatkan anak bangsa.
Dengan cara saya sekecil ini pun tak mengapalah asalkan saya dapat menyumbang sesuatu kepada anak bangsa. Tidak kira apa, selagi Allah belum tarik nyawa saya, saya akan terus laluinya. Takkan mengadu sakit, saya akan tetap teruskan. Walau para pekerja tahu dan memahami yang saya sebenarnya dalam keadaan tahan sakit,” rintih isteri kepada Kapten Jasmi Arbain ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui pelawak dan pengacara, Jihan Muse, 39, mengambil keputusan berehat sementara dari sebarang kegiatan seni kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan anak keduanya yang dilahirkan pada 6 September lalu.
Usai melahirkan anak keduanya yang diberi nama Ungku Altamis Barr, Jihan mengambil keputusan untuk berehat sepenuhnya dan memberi tumpuan kepada keluarga serta anak kedua yang baru lahir.
Sepanjang tempoh tersebut, Jihan terpaksa melupakan tugas untuk mengacarakan rancangan popular demi memastikan proses berpantang dan masa berkualiti bersama keluarga tersayang dapat dinikmati sepenuhnya.
Benarlah kata bidalan, seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan anak-anaknya membesar di depan mata. Sudah tentu perasaan yang sama dikongsi oleh Jihan yang ingin meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tersayang.
Baru-baru ini, isteri kepada Ungku Hariz ini memuat naik posting di Instagram berkenaan keterujaannya untuk membawa anak keduanya, Ungku Altamis Barr keluar dari rumah buat pertama kalinya.
Jihan menulis kapsyen ringkas tetapi penuh makna yang meluahkan rasa syukur buat anak keduanya. Pada masa yang sama, dia menitipkan doa semoga keluarganya itu dilimpahi rahmat. Secara tidak langsung, dapat digambarkan bahawa wanita ini meletakkan keluarga sebagai keutamaan utama buat dirinya kini.
Di dalam posting berkenaan, wajah keibuan dan kebahagaiaan jelas terpancar di wajah selebriti berusia 39 tahun itu yang mengamalkan proses berpantang sebaik mungkin untuk memastikan kesihatan dirinya berada dalam keadaan yang baik untuk keluarga tersayang. Jihan juga seakan berehat dari ‘media sosial’ buat seketika kerana tidak banyak posting berkenaan dirinya di Instagram miliknya selepas melahirkan cahayamata kedua.
Ramai peminat yang merindui celoteh Jihan mengacarakan rancangan namun sebagai isteri dan ibu, sudah pastinya keutamaan dirinya adalah untuk keluarga tersayang. Malah Jihan mengakui bahagia dikelilingi 3 “Ungku” dalam kehidupannya.
Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Ungku Hariz pada 20 Mac 2016. Mereka juga dikurniakan cahaya mata lelaki, Ungku Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena hari ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-73 pada 1 April lepas, bekas pembaca berita RTM yang kini Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan menyampaikan titah ucapan tahniah kepada stesen penyiaran terulung itu. Tanpa disangka, rakaman video berdurasi hampir satu minit 30 saat tersebut menarik perhatian peminat setia Tengku Permaisuri Norashikin yang meluahkan rasa rindu melihat baginda kembali membaca berita seperti sebelum ini.
Walau hanya mampu mendengar lantunan suara baginda dalam masa yang singkat… namun itu sudah memadai untuk mengubati kerinduan. Bahkan ramai yang terpaku mendengar gaya penyampaian Tengku Permaisuri Norashikin yang jelas, tenang dan penuh elegan.
“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Ulang Tahun RTM yang ke-73. Saya mendoakan semoga RTM terus menjadi stesen penyiaran yang dihormati dan disegani oleh sekalian rakyat.
Sebagai antara bekas kakitangan RTM yang pernah berkhidmat selama 20 tahun, RTM dan seluruh warga kerjanya di Angkasapuri telah saya anggap sebagai keluarga kerana sepanjang tempoh saya berkhidmat, ianya penuh dengan pelbagai pengalaman dan kenangan yang tidak akan saya lupakan.
Selepas ini, saya ingin melihat RTM terus komited dan relevan berpaksikan prinsip-prinsip dan etika-etika penyiaran selaras dengan peredaran zaman dan sentiasa menyalurkan berita-berita serta informasi yang tepat dan saksama kepada para penonton dan pendengar.”
Tengku Permaisuri Norashikin yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-48 pada 4 Jun depan, sebelum ini pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2015.
Kredit foto: Instagram Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita mengenai keluarga ternama Bollywood, Bachchan yang dijangkiti Covid-19 nyata mengundang rasa terkejut dalam kalangan peminat. Nampaknya pandemik Covid-19
masih belum reda meskipun terdapat pengurangan kes di beberapa buah negara.
Di India misalnya, sehari selepas aktor popular Abhishek Bachchan dan bapanya, Amitabh Bachchan disahkan positif Covid-19… kini bekas ratu cantik dunia yang juga pelakon terkenal Bollywood, Aishwarya Rai pula turut dilaporkan dijangkiti virus sama. Aishwarya berusia 46 tahun dikatakan menjalani ujian saringan Covid-19 pada Sabtu bersama ibu mentua, Jaya Bachchan serta beberapa ahli keluarga lain.
Hasil ujian tersebut mendapati bintang filem Mohabbatein ini dan anak perempuannya iaitu Aaradhya berusia lapan tahun positif Covid-19. Namun, Jaya Bachchan bebas daripada jangkitan. Sebelum ini, India Today memaklumkan Abhishek dan ayahnya dijangkiti virus berkenaan selepas kedua-duanya menunjukkan gejala ringan dan menerima rawatan di Hospital Nanavati di Mumbai.
Aishwarya Rai di samping suami, anak & mentua
Perkara itu didedahkan Abhishek dan Amitabh di laman media sosial masing-masing. Susulan penyebaran berita itu semua ahli keluarga dan kakitangan yang berhubung rapat
dengan mereka dipanggil untuk menjalani ujian saringan.
Menerusi perkongsian terbaharu Amitabh di Instagram miliknya, pelakon veteran berusia 77 tahun ini menzahirkan ucapan terima kasih terhadap mereka yang banyak memberi kata-kata semangat. “To them that have expressed their concern, their prayers and their wishes for Abhishek Aishwarya Aaradhya and me .. my unending gratitude and love. I put my hands together and say thank you.”
Memetik laporan The Indian Express, pihak hospital memaklumkan Abhishek dan Amitabh Bachchan mengalami simptom ringan dan kini berada dalam keadaan stabil. Abhishek
dikhabarkan bakal keluar dari hospital tidak lama lagi tetapi masih perlu menjalani tempoh kuarantin di rumah. Pada Sabtu, keempat-empat buah banglo mewah milik keluarga Bachchan iaitu Jalsa, Janak, Praktiksha dan Vatsa telah disanitasi dan proses pembersihan seluruh kawasan terlibat turut dilakukan.
Moga ahli keluarga Bachchan yang diuji dengan jangkitan Covid-19 ini segera sembuh seperti sediakala.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!