Perkembangan perbicaraan kes membabitkan seorang gadis kelainan upaya (OKU) dikenali Bella yang dipercayai didera terus menjadi perhatian ramai. Bella mengalami kecederaan fizikal pada tangan, dada, leher dan paha dipercayai melecur teruk. Remaja berusia 13 tahun itu didakwa didera di bawah penjagaan pengasas Rumah Bonda.
Dalam perkembangan hari ini, pendedahan saksi pendakwaan ke-16 kes dera melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali iaitu Dr Rashid Khan Mohamad menggemparkan orang ramai.
Ads
Beliau memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa tertuduh pernah datang ke kliniknya bagi mendapatkan ubat rawatan akibat terkena air panas.
Dr Rashid Khan Mohamad yang bertugas di Klinik Setapak & Surgeri mendedahkan perkara itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fazeedah Faik di hadapan Hakim Izralizam Sanusi hari ini.
Jelas Dr Rashid Khan, tertuduh telah datang ke klinik pada 2 Jun 2021 mengadu anaknya tersimbah air panas pada 9 Mei 2021 dan ingin mendapatkan ubat berkenaan.
Selain itu, Siti Bainun jelas saksi turut mahu mendapatkan ubat untuk dirinya sendiri.
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. Foto BERNAMA
Tambahnya, beliau telah memberikan ubat iaitu dua jenis tablet voltaren dan motilion untuk tertuduh, manakala combidem cream dan tablet pirton untuk anak tertuduh.
COVID-19
Bagaimanapun Dr Rashid Khan memberitahu bahawa beliau hanya berjumpa Siti Bainun dan tidak berjumpa dengan Bella ketika itu.
Pemberian ubat itu kata saksi hanya berdasarkan keterangan diberikan tertuduh ketika itu tanpa sebarang gambar kecederaan mangsa ditunjukkan kepadanya.
Ads
Sementara itu, dalam soal balas peguam mewakili Siti Bainun, Nur A’minahtul Mardiah Md Nor sama ada menjadi amalan doktor memberikan ubat tanpa berjumpa pesakit, Dr Rashid menafikan perkara itu.
Jelasnya, ketika itu kliniknya berdepan jumlah pesakit yang ramai ekoran pandemik COVID-19 sehingga menyebabkan klinik memberikan ubat kepada penjaga berdasarkan rekod perubatan sedia ada.
Ads
Ditanya sama ada saksi mengetahui bahawa Siti Bainun datang ke klinik berkenaan bersama Bella dan individu dipanggil Ina, Dr Rashid Khan menjawab tidak tahu.
Turut dicadangkan peguam bela bahawa Bella resah apabila menunggu lama di dalam klinik berkenaan sebelum dibawa keluar oleh Ina dan dimasukkan ke dalam kereta, saksi menjawab tidak tahu.
Bagaimanapun saksi bersetuju kliniknya dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di ruang menunggu dan kawasan luar klinik.
Keadaan Bella ketika baru diselamatkan
Namun jelasnya, rakaman CCTV itu tidak diminta pegawai penyiasat polis.
Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju, ibu negara.
Mengikut pertuduhan dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, tertuduh boleh dijatuhi hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak gemar menikmati ayam goreng? Tidak dinafikan ayam goreng menjadi antara hidangan kegemaran keluarga Malaysia. Namun bila menyebut proses menggoreng ayam, pastinya ia memerlukan penggunaan minyak yang banyak serta mengambil masa yang lama untuk memastikan ayam yang digoreng masak dengan sempurna.
Tyson Chicken Katsu
Jenama Tyson akhirnya tiba di Malaysia, membawa bersama standard global dalam produk ayam sejuk beku yang telah dimasak sempurna. Memaparkan pilihan meluas produk berkualiti kelas dunia dan sedap yang juga 100% Halal, rangkaian produk Jenama Tyson dapat disediakan dengan mudah dan pantas serta membawa kegembiraan dalam setiap hidangan.
Mr. Tan Sun , Presiden Tyson Foods Asia Pacific.
Sejajar dengan visi Tyson untuk meningkatkan pengalaman penyediaan hidangan di rumah, Tyson telah menganjurkan acara ‘Tyson Kaki Crunch Fest’ baru-baru ini. Acara tersebut telah memperlihatkan penampilan eksklusif Chef Selebriti, Anis Nabilah, yang berkongsi beberapa menu rekaannya sambil berinteraksi dengan penonton menerusi demonstrasi masakan bersama Harith Iskander, Zahirah Macwilson dan Azira Shafinaz.
Dengan kepakaran selama lebih 80 tahun dalam industri makanan, Jenama Tyson berhasrat untuk berkongsi pengalamannya dengan memperkenalkan sajian dan snek lazat yang dapat mempermudahkan pengalaman penyediaan hidangan di rumah kepada rakyat Malaysia, seterusnya membolehkan semua menikmati sajian kegemaran mereka pada sebarang masa.
Menggunakan teknologi signature salutan tiga kali Jenama Tyson untuk keranggupan maksimum serta kaedah perapan vakum bagi memastikan setiap gigitan lembut, berjus dan kaya dengan rasa, setiap ayam sejuk beku Jenama Tyson yang telah dimasak sempurna tentunya pilihan hidangan yang terbaik.
Produk-produk Jenama Tyson juga mudah disediakan, malah tidak perlu dinyahbeku sebelum dimasak. Pengguna boleh menyediakannya terus, daripada peti sejuk beku ke penggoreng, dengan tiga langkah mudah – koyak pek, goreng ayam dan nikmati keranggupan Ayam Jenama Tyson!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebanyak 10 hospital di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menerima pengiktirafan sebagai Hospital Mesra Ibadah (HMI) kerana menyediakan fasiliti serta khidmat bimbingan untuk pesakit menunaikan ibadah ketika menerima rawatan.
Hospital berkenaan ialah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu; Hospital Serdang dan Hospital Shah Alam di Selangir; Hospital Taiping dan Hospital Teluk Intan di Perak.
Turut menerima pengiktirafan ialah Hospital Sultanah Bahiyah di Kedah, Hospital Pulau Pinang, Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat dan Hospital Pontian, Johor serta Institut Kanser Negara di Putrajaya.
Sijil pengiktirafan HMI disampaikan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali kepada wakil-wakil hospital pada Konvokesyen HMI peringkat Kebangsaan 2022 yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
HMI ialah program kerjasama KKM dan JAKIM bagi memenuhi keperluan spiritual pesakit semasa mendapat rawatan di fasiliti kesihatan melalui perlaksanaan ibadah.
“Melalui program ini, pihak hospital beri kemudahan tunaikan solat, beri motivasi kepada peakit malah mengajar bagaimana berwuduk dan solat bagi orang yang sakit. Ini penting kerana solat itu satu ibadah,” kata Dr Noor Azmi.
Ditanya adakah HMI akan diperluaskan ke hospital swasta, beliau berkata pihaknya membuka ruang dan peluang untuk hospital swasta turut sama mengaplikasikan HMI di tempat masing-masing.
“(Program ini) secara sukarela, kalau boleh memang kita ingin semua hospital terapkan HMI. Buat masa ini, hasratnya adalah untuk perkakasan HMI di hospital kerajaan,” katanya.
Audit pengiktirafan standard HMI dilaksanakan barisan pegawai dilatih oleh secretariat HMI serta standard yang dibangunkan oleh KKM dan JAKIM.
Standard HMI mengandungi enam teras utama iaitu organisasi dan pengurusan, pembangunan dan pengurusan sumber manusia, polisi dan prosedur, peralatan dan kemudahan, aktiviti keselamatan dan peningkatan kualiti serta kerjasama agensi luar.
“Maka bertakwalah kepada Allah dengan kadar kemampuan kamu” (al-Taghabun:16)
Firman di atas membuktikan bahawa ibadah wajib dilakukan walaupun dalam keadaan sukar, contohnya semasa menerima rawatan. Walaupun begitu, ibadahnya dilonggarkan mengikut kemampuan seseorang itu. Dalam konteks ini, kakitangan hospital khususnya perawat perubatan muslim perlu memikul tanggungjawab dalam memastikan pesakit muslim menerima bimbingan yang betul untuk melakukan ibadah dan amalan keagamaan. Panduan beribadah ketika sakit didedahkan dengan sempurna dan pada masa yang sama bertindak sebagai kaunselor dan sahabat kepada pesakit dan ahli keluarganya. Maka, pengetahuan asas dalam panduan beribadah ini perlu diberi perhatian yang serius oleh setiap perawat perubatan muslim.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah uniknya nama putera sulung Remy Ishak! Ya, pertama kali mendedahkan kepada umum, selepas 3 minggu kelahiran anak sulungnya pada 27 Julai lalu, Remy dan isteri sepakat untuk menamakan cahaya mata mereka Tuah Alam.
Kata pelakon filem Cun itu, Remy menyatakan sejak bujang lagi dia mempunyai impian untuk memberikan anaknya nama yang mempunyai unsur kemelayuan.
“Masa bujang dulu saya ada terfikir kalau anak lelaki saya nak letak nama ada unsur Melayu dan tiada kena mengena dengan erti kepahlawanan seperti pendapat segelintir pihak,” jelas Remy yang mendedahkan nama anaknya menerusi sebuah episod tiga rancangan realiti Oh Baby Remy!
Tambah Remy lagi atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei “Remy” Ishak, “Tuah mungkin orang ingat sebab nama pahlawan tapi ia bukan hanya kerana itu, ini pendapat individu.”
“Maksud Tuah adalah Tuah, jadi daripada pakai nama Arab baik terus pilih Melayu,” ujarnya.
Untuk rekod, isteri Remy Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka kira-kira pukul 11.17 pagi Khamis di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. Mereka mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!