Nama Dr. Amalina seringkali menjadi buah mulut. Supwerwoman yang datang menghulur bantuan kepada adik Ainul tidak lama dulu menjadi sebutan sehingga ke hari ini. Doktor bedah di United Kingdom ini sedang melanjutkan kepakaran dalam bidang pembedahan awam di peringkat PhD di Imperial College London.
Baru-baru ini beliau melancarkan laman blog peribadinya yang berjudul Ask Dr Amalina. Perkongsiannya mengenai wabak pandemik dunia, COVID-19 menarik perhatian ramai. “Does heat kill COVID-19?”, tajuk yang di paparkan dalam laman web beliau.
Jika sebelum ini Dr. Amalina banyak berkongsi maklumat kesihatan dan memberi informasi lebih tepat mengenai bidang perubatan di laman Instagramnya, kini beliau memilih untuk mmebuka laman sesawang sendiri bagi menyampaikan maklumat lebih tepat mengikut sains perubatan melalui laman web www.dramalina.com
Ads
Dalam majalah Nona edisi Mac 2020, Nona mendapat peluang menemubual beliau walaupun hanya melalui e-mel. Selain sibuk dengan kerjaya, Dr. Amalina juga berkesempatan bekerja dengan salah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dipanggil ”Footage Project”. Melalui sebuah kempen bertajuk #StrengthIN, para wanita dari seluruh dunia bersuara untuk mencapai matlamat sepertimana yang dilaungkan United Nation.
“Menjadi misi dan visi hidup saya untuk sentiasa mencuba membantu masyarakat. Saya percaya, semua orang ada matlamat hidup dan impian saya adalah untuk menggunakan skil dan ilmu yang ada untuk membantu orang lain tanpa mengira agama, bangsa, jantina dan latar belakang mereka.
Ads
Saya cuba membangkitkan kesamarataan dalam semua aspek serta memperkasakan wanita dan gadis-gadis muda agar lebih berani serta tidak takut untuk menjadi diri mereka sendiri. Saya juga mengharapkan mereka bekerja keras untuk mencapai impian. No one can stop you!” ujarnya.
Dr. Amalina bukan sahaja cantik malah beliau bijak orangnya. Dalam satu laporan akhbar mengenai penerimaan Darzi Academic Clinical Fellowship di Imperial College London, Dr. Amalina sekali lagi mengharumkan nama Malaysia. Beliau yang begitu passionate dalam bidang diceburi berkongsi berita melalui akaun Twitter beliau awal tahun lalu.
Ads
“Saya rasa bersyukur di atas pemilihan ini dan kerja keras perlu dilipat gandakan agar saya dapat terus membuat Malaysia bangga dengan pencapaian saya di masa hadapan. Kini saya sedang melanjutkan kepakaran dalam bidang pembedahan awam di sebuah hospital terkemuka di London. Pada masa sama, saya juga sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD di Imperial College London,” bicaranya.
Didoakan semoga Dr Amalina akan terus Berjaya dan berbakti kepada mereka yang memerlukan. Lepas ni bolehlah kita melayari laman sesawang Dr. Amalina untuk membaca lebih banyak maklumat kesihatan.
Kredit foto: Instagram Dr Amalina
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki datang dalam pelbagai cara dan ini 11 rahsia jemput rezeki yang boleh kita amalkan. Namun, sebagai mana yang diketahui rezeki sama seperti jodoh dan ajal yang telah ditetapkan sejak azali.
Walaupun begitu, sebagai manusia biasa kita tidak boleh duduk sahaja dan menanti rezeki datang bergolek. Kita perlu berusaha dan mencapai apa yang diinginkan. Sebenarnya rezeki bukan hanya duit semata-mata, punya kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia dan kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat juga adalah rezeki.
Menerusi firman Allah SWT bermaksud: “Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud: ayat 6).
Dengan keyakinan semua rezeki ditetapkan Allah SWT, ia boleh menyelamatkan kita daripada kebimbangan. Sebenarnya terdapat rahsia yang tersembunyi dalam perbuatan kita untuk menarik rezeki. Rupa-rupanya mudah saja amalan untuk menjemput rezeki ini. Ini adalah 11 rahsia jemput rezeki;
Allahu, tumpang gembira dengan kejayaan Nora Danish yang telah selesai khatam Al-Quran semalam. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Di sebalik pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19 yang berlaku dalam bulan Ramadan, nyata memberi seribu satu hikmah buat selebriti cantik ini. Kata Nora, sejak PKP dia mempunyai masa untuk fokus beribadah dan mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Alhamdulillah.
Menerusi video mengaji Al-Quran yang dikongsikan Nora, ramai yang meluahkan rasa sebak dan tersentuh mendengar bacaan isteri Nedim Nazri Aziz ini. Seolah-olah mereka juga dapat turut merasai betapa gembira dan bersyukur Nora dengan ‘kejayaan’ istimewa tersebut. Ditambah pula, impian peribadi Nora ini dimakbulkan Allah SWT pada 9 malam terakhir Ramadan dan lebih istimewa, kejayaan ini khas diabadikan buat arwah ayah tersayang. Pastinya ia mencetuskan inspirasi kepada hampir 7 juta peminat Nora di Instagram.
Lengkap bertelekung putih dan memegang kitab suci Al-Quran, Nora dalam nada sebak berkongsi kegembiraan. “Ya Allah, syukur alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Macam tak percaya dapat khatam pada 9 malam terakhir Ramadan. SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui. Khatam Quran ini Nora ingin sedekahkan pada arwah Papa. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Ampunilah dosa-dosanya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah Maha Mengasihani, Maha Penyayang Dan Maha Pengampun. Terimalah ya Allah bacaan hamba Mu yang tidak sempurna ini.
Sesungguhnya Allah Maha Penerima. InsyaAllah Nora akan khatam pula bersama ustazah/ustaz pabila semua dah ok. Nampak mudah khatam ni bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora yang padat, niat nak khatam bertahun-tahun tersekat. Sampailah masa MCO tergerak hati nak cari balik PU Hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal, so nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan, takut lama berhenti mengaji dia lupa.
Jadinya, saya pula berminat dengan pen digital itu dan saya pula start mengaji. Aturan Allah. Dan ditambahkan pula bila lihat Instagram Elizad Sharifuddin dah khatam during MCO, lagi berkobar jiwa raga ini. Thank you babe, you pendorong semangat I. Harap post nora ini, akan pula membuka niat pada mereka yang lain. InsyaAllah. Sama-sama kita share benda yang baik.”
Manisnya hidayah Allah. Dalam sekelip mata sahaja Dia mampu ‘menjentik’ hati manusia untuk kembali mengingatiNya dan berbuat kebaikan. Menceritakan perjalanan awal mengaji, Nora menjelaskan, “Pada mulanya satu muka surat nak habiskan rasa susahnya. Lama-lama 5 muka surat, jadi 10, jadi 20, jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari.
Sampai rasa tak sabar nak bangun tido dan start mengaji. MasyaAllah. Berkat doa lepas solat bersungguh-sungguh sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji. Nak sangat hadiah pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ini. Allah Maha Mendengar.
Terima kasih kepada PU Hafiz untuk Quran digital pen ini. Juga Terima kasih pada followers yang mendoakan setiap kali Nora share perjalanan khatam ini. Dan perjalanan khatam ini tidak akan sempurna tanpa doa suami & ibu tercinta. Terima kasih, love you both. Suami yang banyak bersabar mendengar suara sumbang setiap hari. Ada hikmah MCO ini bagi saya. Boleh focus 110 percent. Kalau tidak ada je dugaan. Next, terjemahan.”
Selain Nora, Nona percaya ramai lagi selebriti dan masyarakat di luar sana yang mengambil peluang PKP ini untuk mendalami ‘isi’ kitab suci Al-Quran. Semoga kita sebagai umat Islam terus mencintai dan membudayakan amalan membaca Al-Quran setiap hari.
Kredit: Instagram Nora Danish
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemiskinan selalu menjadi alasan untuk menyerah. Tapi tidak buat wanita berketurunan Moroccan-Muslim ini, dia menjadikan pengalaman hidup sebagai anak buruh binaan sebagai motivasi untuk mengubah nasib, sekaligus bertindak membela nasib bangsa yang susah sepertinya.
Najat Vallaud-Belkacem telah dilahirkan di sebuah kampung di Nador, Morocco pada tahun 1977. Mengimbau kehidupan miskinnya di Kg. Bni Chiker, anak kedua daripada tujuh adik-beradik itu dikhabarkan pernah melalui zaman sukar semasa kanak-kanak, termasuk menjadi penggembala kambing.
Bapanya seorang warga Perancis bekerja sebagai buruh binaan. Pada tahun 1982, Najat bersama ibu dan kakak sulungnya, Fatiha telah dibawa berpindah ke Perancis. Mereka tinggal di sebuah kawasan sub urban bernama Amiens di utara Perancis pada tahun 1982.
Disebabkan latar belakang, tempat kelahiran dan agamanya juga, Najat selalu menjadi sasaran para seksis dan komen-komen berbaur perkauman. Beliau diserang dengan pelbagai panggilan menghina termasuk caranya berpakaian.
Wanita ini belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya menjadi graduan di Paris Institute of Political Studies pada tahun 2002. Di situ juga dia mengenali Boris Vallaud dan mereka berkahwin pada tahun 2005. Pasangan ini memperoleh sepasang kembar.
Dari situ beliau menyertai parti Socialist dan mula memperjuangkan hak rakyat, perumahan mampu milik dan menentang diskriminasi. Seterusnya Najat diundi sebagai ahli majlis di Rhone Alpines dan bekerja sebagai pegawai di pejabat hingga 2008.
Tahun 2008, kredibilitinya sebagai ahli politik mula bersinar dan beliau dilantik sebagai Menteri Hak Wanita dan jurucakap kerajaan di bawah Presiden Francois Hollande. Akhirnya sekitar 3 tahun lepas, Najat yang kini berusia 40 tahun dilantik sebagai Menteri Pendidikan di Perancis.
Kelantangan suara Najat seiring dengan semangat jitunya yang tak pernah goyah. Bagaimana mungkin mahu memecahkan tembok keyakinan itu, selepas wanita bernama Najat ini bekerja keras untuk sampai ke tahapnya sekarang?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.