DUA tahun lalu, pelantun lagu Thousand Years, Christina Perri pernah melalui saat-saat duka selepas kehilangan bayi akibat komplikasi. Kesedihan penyanyi itu terubat apabila  penyanyi dan penulis lagu terkenal Hollywood itu  selamat melahirkan seorang anak perempuan pada Sabtu lalu.

IKLAN

Dua Kali Kehilangan Cahaya Mata, Kelahiran “Bayi Ajaib” Hadiah Istimewa Buat CHRISTINA PERRI

Bayi perempuan yang diberi nama Pixie Rose Costabile dilahirkan pada 22.10.22 yang lalu.

⁣Menurut Christina, kehadiran bayi itu dianggap ajaib dan mampu memberikan kebahagiaan buatnya dan suami, Paul Costabile.

“Dia di sini! Dengan penuh kepercayaan dan harapan, akhirnya dia selamat dilahirkan.

“Perkenalkan bayi perempuan Ajaib kami, Pixie Rose Costabile,” tulisnya di Instagram.

 Rainbow baby adalah istilah bagi bayi yang lahir sihat setelah ibunya mengalami keguguran di kehamilan sebelumnya. Sebutan ini berasal dari kehadirannya yang seperti “pelangi setelah hujan”

Dua Kali Kehilangan Cahaya Mata, Kelahiran “Bayi Ajaib” Hadiah Istimewa Buat CHRISTINA PERRI

IKLAN

Selepas memiliki anak pertama, pasangan ini berusaha untuk menambah cahaya mata sebagai penyeri kehidupan mereka. Christina kemudiannya hamil namun mengalami keguguran pada Januari 2020 sewaktu kandungan berusia 11 minggu.

Dua Kali Kehilangan Cahaya Mata, Kelahiran “Bayi Ajaib” Hadiah Istimewa Buat CHRISTINA PERRI

Penyanyi A Thousand Years ini kemudiannya hamil sekali lagi pada Julai 2020 dan dia sempat berkongsi berita gembira itu di laman sosial. Dua kali kehamilan yang berakhir dengan berita duka sedikit sebanyak memberi kesan terhadap penyanyi berusia 36 tahun ini.

IKLAN

Dua Kali Kehilangan Cahaya Mata, Kelahiran “Bayi Ajaib” Hadiah Istimewa Buat CHRISTINA PERRI

Dua Kali Kehilangan Cahaya Mata, Kelahiran “Bayi Ajaib” Hadiah Istimewa Buat CHRISTINA PERRI

Bagaimanapun, dia sekali lagi kehilangan anak keduanya selepas bayi berkenaan gagal memberikan tindak balas sejurus dilahirkan.

Untuk info, Christina mendirikan rumah tangga dengan Paul pada Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Carmella.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI