Langit mendung. Awan pula menangis. Paras air sungai di kebanyakan kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia mula melimpah, membanjiri rumah dan harta benda penduduk di sana. Kebanyakan pemimpin juga kini dilihat mula sibuk mengagihkan bantuan, namun kelibat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tiba di antara yang terawal, meraih pujian.
Melalui perkongsian anak sulungnya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, warganet turut melahirkan penghargaan terhadap keprihatinan bapanya dalam situasi getir ini.
“Bila ‘budak kampung’ diberi tugasan dia akan menggalas tanggungjawab itu dengan penuh kebahagiaan.
Semoga sentiasa dalam lindungan dan peliharaan Allah yang Maha Baik. Aaminnnnnn.” Datuk Nurul
Dalam kemas kini Facebook, Timbalan Perdana Menteri turut berkongsi aktiviti beliau sewaktu meninjau kawasan yang dinaiki air di sekitar Terengganu.
“Sejurus selepas sesi sidang Dewan Rakyat pagi tadi, saya bergegas ke Terengganu bagi melihat keadaan keadaan banjir yang semakin membimbangkan khususnya di negeri-negeri Pantai Timur.
Keadaan ini berlaku setelah hujan lebat berterusan dan taburan hujan seperti di Daerah Besut ini meningkat 3 kali ganda daripada taburan hujan biasa akibat luruan kedua Monsun Timur Laut.
Di Terengganu sahaja, lebih 39,721 mangsa banjir dikenalpasti dan 318 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka melibatkan sekurang-kurangnya 10,800 keluarga.
Bagi menyelesaikan isu logistik yang melibatkan gerak kerja membantu mangsa & penghantaran barang keperluan di lokasi – saya telah meminta pihak Angkatan Tentera Malaysia melalui Menteri Pertahanan untuk memobilisasikan aset-aset yang tidak terlibat dengan banjir untuk ditempatkan di kawasan yang sedang dilanda banjir seperti di kawasan Pantai Timur ini.
Saya juga sekali lagi ingin memohon seluruh rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terdedah dengan bencana banjir agar dapat mengikut arahan pihak berkuasa tempatan dan berpindahlah sekiranya perlu.” Zahid Hamidi
Menurut beliau lagi, Negeri Terengganu masih dalam kategori bahaya mengikut Amaran Hujan Berterusan MET Malaysia dan sebarang kemungkinan masih boleh berlaku.
“Agensi-Agensi menyelamat telah diarah untuk melaksanakan pemindahan awal ke PPS berdasarkan Amaran METMalaysia bagi mengelakkan kes-kes mangsa terperangkap di rumah berikutan kesukaran petugas untuk memasuki lokasi akibat terputus hubungan, air yang deras dan sebagainya. Semoga urusan kita semua dipermudahkan dan keadaan banjir beransur lebih baik.”
Sebagai anak, sudah tentulah Datuk Nurul sekeluarga berasa risau dengan keadaan kesihatan bapanya di tengah bencana yang melanda. Berkali-kali doa dititip agar urusan bapa tersayang sentiasa dalam lindungan-Nya.
“POSITIONS are TEMPORARY. RANKS and TITLES, are limited. But the way you treat people, will always be remembered.
I love you Abah. Semoga selalu dalam lindungan dan peliharaan Allah.” Datuk Nurul
Menjadi anak kepada ahli politik ternyata bukan perkara yang mudah. Datuk Nurul turut mendoakan kelancaran tugas bapanya yang kembali ke Putrajaya memikul amanah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
“Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh YAB PM kepada Abah kami. ALLAH Maha Baik, semoga ALLAH permudahkan dan memberi kelancaran kepada kerajaan yang baharu ini dan diringankan daripada ujian dan musibah yang berat.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perjalanan hidup seorang biduanita negara dan disayangi ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza pastinya menjadi tumpuan setiap orang. Nona rangkumkan perjalanan dan kuasa aura insan hebat ini sepanjang 2018!
11 Januari- Datuk Seri Siti Nurhaliza menyambut ulangtahun ke-39
19 Februari- Meraikan ulangtahun suami tercinta Datuk Seri Khalid
19 Mac- Datuk Seri Siti Nurhaliza dikurniakan seorang bayi perempuan comel, Siti Aafiyah setelah 11 tahun mendirikan rumah tangga
25 Mac- Membuat majlis khas bagi memperkenalkan Siti Aafiyah kepada pihak media dan peminat-peminat
1 April – Genap 22 tahun Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam melibatkan diri dalam industri muzik negara
9 Mei- Menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan keluar mengundi di PRU14
15 Jun- Kali petama meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan kehadiran cahaya mata, Siti Aafiyah bersama seluruh ahli keluarga.
16 Julai- Memasang impian bergelar billionaire dengan bidang perniagaan yang diceburinya, Datuk Seri Siti telah melancarkan produk terbaharu SIMPLYSITI Gold Edition.
28 Ogos- Datuk Seri Siti Nurhaliza dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni dan Warisan (Aswara)
1 September – Menjadi penghias kulit hadapan Majalah Nona bersama menantunya Tya Arifin
21 September- Pelancara single terbaharu Anta Permana lagu hasil ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini
4 Oktober- Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi satu-satunya wakil Malaysia membuat persembahan di ASEAN Japan Music Festival 2018
5 Oktober- Menerima Anugerah ‘The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2018’
28 November- Datuk Seri Siti Nurhaliza telah melancarkan kempen SIMPLYSITI Di Hati 2018 bagi mengumpul dana untuk membantu kanak-kanak pesakit jantung kurang berkemampuan.
4 Disember- Menerima dua anugerah (Nona Legend Award & Nona Influencer Award) di malam Nona Superwoman Award 2018
18 Disember- Mengadakan sidang media Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour yang bakal bermula Februari 2018 di Jakarta, Singapura, Kuala Lumpur dan London!
Sepanjang kariernya, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah menerima lebih 200 anugerah di dalam dan luar negara, memiliki lebih 30 buah album serta telah menjayakan lebih 40 buah konsert di dalam dan luar negara.
Namun, hadiah dan anugerah tidak ternilai dalam hidup pastinya Siti Aafiyah!
sumber gambar: Instagram @ctdk
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Negara di benua Afrika sememangnya menawarkan destinasi percutian yang berbeza dan memberikan pengalaman baharu buat individu yang gemar melancong. Mana tidaknya, ia bukan sahaja menawarkan pengalaman percutian dengan pemandangan alam semulajadi yang memukau, malah habitat hidupan liar yang masih terpelihara juga menajdi antara tarikan utama ke negara-negara seperti Rwanda dan Tanzania.
Tidak hairanlah mengapa pasangan suami isteri SM Nasarudin SM Nasimudin dan Marion Caunter memilih untuk bercuti ke Tanzania baru-baru ini.
Melalui Instagram miliknya, Marion Caunter berkongsi foto-foto percutian dalam perkhemahan berkonsepkan safari di Rwanda dan Tanzania. Menurut Marion lagi, kunjungan ke negara tersebut merupakan antara wishlist yang amat diidamkan apabila masuk usia 40 tahun. Namun begitu, disebabkan pandemik, impian tersebut terpaksa ditangguhkan seketika. Akhirnya, selepas tiga tahun, Marion gembira dapat menjejakkan kaki ke negara yang penuh pengembaraan itu.
Antara lokasi yang dikunjungi oleh pasangan suami isteri ini termasuklah Volcanoes National Park dan melihat sendiri habitat gorila yang terdapat di sana. Malah, dalam salah satu video yang dikongsikan oleh ibu kepada tiga cahayamata ini memperlihatkan dirinya berada begitu hampir dengan gorila, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan olehnya!
Selain koleksi foto percutian, apa yang mencuri tumpuan adalah lokasi penginapan yang dipilih oleh pasangan ini. Marion berkongsi pengalamannya bermalam di khemah tetapi ia bukanlah khemah yang biasa, tetapi ia lebih kepada khemah yang mewah! Peluang bermalam di Singita Mara River Camp, Serengeti merupakan antara pengalaman unik yang dirasai oleh Marion memandangkan khemah tersebut turut dilengkapi katil bersaiz king, sofa yang empuk, ruang makan yang selesa serta ruang tamu yang mempunyai pemandangan yang menakjubkan!
Apabila menatap foto-foto tersebut, penulis teringat kisah drama bersiri The Crown yang menampilkan babak mendiang Rau Elizabeth dan mendiang Putera Phillip berbulan madu di dalam kawasan safari di Kenya.
Singita Mara River Tented Camp merupakan sebuah resort yang menawarkan percutian safari yang sememangnya menjadi pilihan buat individu yang ingin merasai percutian dalam suasana Afrika dalam kelasnya yang tersendiri.
Jika anda gemarkan percutian yang berbeza dan pemandangan yang menakjubkan, gaya percutian Marion Caunter dan suaminya boleh dijadikan inspirasi. Sesekali berehat dan bersatu dengan alam semulajadi, mesti mengujakan!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyakit buah pinggang kronik semakin meningkat dalam kalangan wanita muda di Malaysia. Ketahui simptom awal, faktor risiko dan kepentingan ujian awal sebelum terlambat.