Jangkitan kes COVID-19 terus meroket. Terpaku di rumah, masing-masing menatap berita itu dengan rasa tak percaya. Allahu, bayangkan 110 kes baharu dikesan hari ini. Siren kecemasan sepatutnya berbunyi…

IKLAN

Malam ini saya menyertai seluruh mukmin di Malaysia, bersama-sama bermunajat agar dunia diselamatkan daripada wabak COVID-19. Meskipun berkurung di rumah, tapi dengan seluruh tawakal yang ada kita sama-sama menggantungkan doa, membaca yassin dan bersolat hajat agar musibah berakhir.

Duduk Rumah & Jaga Wuduk, Punyalah Mudah Atasi Wabak Penyakit Akhir Zaman

Perlahan bibir mengalunkan surah Al-Kahfi. Ya Tuhan, besar sekali teguran-Mu. Dada ini berombak memikirkan betapa banyaknya keterlanjuran diri. Semoga kita masih ada ruang untuk memperbaiki dan kesempatan bertaubat sebelum mati.

Sabda Rasulullah SAW: ‘Di akhir zaman nanti akan ada banyak wabak dan penyakit melanda manusia di dunia, hanya umatku yang terhindar kerana memelihara wuduknya.’ (HR Thabrani)

Hikmah Wuduk

Berwuduk merupakan salah satu kewajipan Muslim ketika ingin menunaikan solat lima waktu. Kita digalakkan menjaga wuduk setiap waktu tidak kira sebelum atau sesudah mendirikan solat.

IKLAN

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud: ‘Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, basuhlah muka kamu dan kedua tangan kamu sampai ke siku. Sapulah kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu sehingga ke buku lali.’ (Surah al-Maidah:6). Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘Allah tidak menerima solat salah seorang antara kamu sekiranya ia berhadas hingga berwuduk terlebih dahulu.’

Duduk Rumah & Jaga Wuduk, Punyalah Mudah Atasi Wabak Penyakit Akhir Zaman

IKLAN

Di sini jelas bahawa amalan berwuduk adalah perintah Allah yang tertulis di Al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah SAW. Sudah tentu amalan ini mempunyai kelebihan tertentu dan hikmah tersembunyi.

Amalan berwuduk akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan akhirat. Di dalam Kitab Fiqhus Sunnah dinyatakan amalan berwuduk membawa beberapa kelebihan antaranya ialah:

  • Menggugurkan dosa. Ini berlaku apabila kita berwuduk bersama aliran air itulah maka berguguran dosa kita.
  • Berwuduk akan mengangkat darjat.
  • Orang berwuduk akan datang di akhirat dalam keadaan bahagia dan bersinar-sinar wajahnya.

Tersebarnya virus COVID-19 pada waktu ini menyedarkan kita tentang pentingnya menjaga kebersihan dan sentiasa mencuci tangan. Dengan berwuduk kita telah mencuci tangan sebanyak 5 kali yakni pada 5 waktu solat, termasuk bahagian yang lain seperti mulut, hidung dan muka yang senang dijangkiti virus.

Duhai wanita, selain beramal di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, marilah kita menjaga solat lima waktu. Rugi bagi orang yang tidak menunaikan solat terlepas amalan yang sebegini senang untuk mencegah diri daripada dijangkiti wabak akhir zaman!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI