Nama Dyana Sofya Mohd Daud suatu ketika dulu pernah menjadi bualan ramai. Bukan hanya kerana rupa parasnya yang cantik, bahkan wanita ini menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Perak pada tahun 2014.

IKLAN

Meniti usia 36 tahun, penglibatan Dyana menghangatkan arena politik tanah air. Apatah lagi, ibunya turut bergiat aktif dalam politik tetapi memiliki perbezaan ideologi dan fahaman parti politik di antara satu sama lain.

Ketika bertanding untuk PRK tersebut, Dyana berusia 27 tahun. Pencalonannya mendapat perhatian meluas kerana kredibiliti Dyana sebagai ahli politik muda dan berilmu.

Dulu Ahli Politik Kini Ibu Seorang Anak, Dyana Sofya Kian Bahagia Jadi Isteri Wakil Rakyat!
Kredit Instagram @dyanasmd

Namun sejak mendirikan rumah tangga bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Zairil Khir Johari pada 8 Disember 2018, kerjaya politik Dyana tidak lagi rancak seperti dulu.

Malah sejak melahirkan cahaya mata sulung, Djiwa pada 29 Januari 2022 tumpuan Dyana lebih kepada keluarga tersayang.

Pun begitu, wanita optimis ini cukup menyokong kerjaya suami tercinta dan setia menemani Zairil menghadiri majlis rasmi mahupun turun padang bertemu masyarakat.

Dyana turut memuat naik foto terkininya di samping keluarga dan anak-anak tersayang bersempena ketibaan Syawal baru-baru ini. Turut kelihatan anak tiri Dyana yang makin menginjak usia.

View this post on Instagram

A post shared by Dyana Sofya (@dyanasmd)

Dulu Ahli Politik Kini Ibu Seorang Anak, Dyana Sofya Kian Bahagia Jadi Isteri Wakil Rakyat!
Kredit Instagram @dyanasmd
Dulu Ahli Politik Kini Ibu Seorang Anak, Dyana Sofya Kian Bahagia Jadi Isteri Wakil Rakyat!
Kredit Instagram @dyanasmd
Dulu Ahli Politik Kini Ibu Seorang Anak, Dyana Sofya Kian Bahagia Jadi Isteri Wakil Rakyat!
Kredit Instagram @dyanasmd
Dulu Ahli Politik Kini Ibu Seorang Anak, Dyana Sofya Kian Bahagia Jadi Isteri Wakil Rakyat!
Kredit Instagram @dyanasmd
Dulu Ahli Politik Kini Ibu Seorang Anak, Dyana Sofya Kian Bahagia Jadi Isteri Wakil Rakyat!
Kredit Instagram @dyanasmd
Dulu Ahli Politik Kini Ibu Seorang Anak, Dyana Sofya Kian Bahagia Jadi Isteri Wakil Rakyat!
Kredit Instagram @dyanasmd

Berkongsi rutin harian dan perkembangan di media sosial, anak kelahiran Perak ini rajin menyediakan juadah untuk seisi keluarga. Daripada perkongsiannya juga terserlah wajah bahagia Dyana bergelar isteri dan ibu.

IKLAN

Tak sangka selain berbakat dalam politik, rupa-rupanya Dyana juga ada bakat terpendam dalam bidang masakan!

Pertemuan bersama Dyana ketika sesi fotografi Nona pada tahun 2014 nyata masih segar di ingatan. Mesra dan seorang wanita yang menepati masa, dia juga memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.

Dulu Ahli Politik Kini Ibu Seorang Anak, Dyana Sofya Kian Bahagia Jadi Isteri Wakil Rakyat!
Kredit Instagram @dyanasmd
Dulu Ahli Politik Kini Ibu Seorang Anak, Dyana Sofya Kian Bahagia Jadi Isteri Wakil Rakyat!
Kredit Instagram @dyanasmd
Dulu Ahli Politik Kini Ibu Seorang Anak, Dyana Sofya Kian Bahagia Jadi Isteri Wakil Rakyat!
Kredit Instagram @dyanasmd

Menyentuh amalan kecantikan diri, ujar Dyana, “Sebenarnya saya seorang yang ringkas. Untuk solekan harian, saya hanya mengenakan solekan asas seperti bedak, maskara, eyebrow dan lipstik merah sahaja.

IKLAN

Bagi memastikan kesihatan tubuh pula, saya mengambil supplemen B Complex dan menikmati khasiat ulam-ulaman.

Sejak kecil lagi, ibu saya menggalakkan pengambilan ulam-ulaman. Hendak dapatkan tubuh badan yang sihat dan langsing perlukan disiplin dan keazaman yang kuat. Jadi saya akan pastikan untuk lakukan senaman setiap dua hari sekali.”

Dulu Ahli Politik Kini Ibu Seorang Anak, Dyana Sofya Kian Bahagia Jadi Isteri Wakil Rakyat!
Kredit Instagram @dyanasmd
Dulu Ahli Politik Kini Ibu Seorang Anak, Dyana Sofya Kian Bahagia Jadi Isteri Wakil Rakyat!
Kredit Instagram @dyanasmd
Dulu Ahli Politik Kini Ibu Seorang Anak, Dyana Sofya Kian Bahagia Jadi Isteri Wakil Rakyat!
Kredit Instagram @dyanasmd
Dulu Ahli Politik Kini Ibu Seorang Anak, Dyana Sofya Kian Bahagia Jadi Isteri Wakil Rakyat!
Kredit Instagram @dyanasmd

Dyana turut menjadikan semangat dan kekuatan ibunya sebagai inspirasi dalam menjalani kehidupan. “She has gone through so much. Biarpun terlibat dalam dunia politik sejak berpuluh tahun dahulu dan mempunyai anak yang berlainan ideologi politik, tetapi beliau tenang menghadapi cabaran dan kritikan.

Ibu saya seorang yang berkarisma, easy to talk to, open minded and supportive. Beliau yang mengajar dan menyokong saya untuk terlibat dalam bidang politik. Cara beliau menjaga kami empat beradik dengan kesibukan dan pancaroba dunia politik membuatkan saya kagum. Beliau merupakan satu inspirasi kepada saya.”

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI