LESTI KEJORA

Kompas hidup selebriti popular Indonesia, Lesti Kejora berubah sepenuhnya selepas dia memenangi pertandingan dangdut pada tahun 2014. Sejak kemenangan itu, Lesti yang berasal dari pedalaman Cianjur mula dikenali dan dari detik itu kerjayanya sebagai anak seni kian berkembang.

IKLAN

Tidak hanya bergelar penyanyi dangdut, Lesti atau nama penuhnya Lesti Andriani kini lebih dikenali sebagai bintang sinetron.

19 Ogos lalu, selebriti berusia 22 tahun ini menjadi tumpuan media Indonesia apabila selamat bernikah dengan kekasih hati yang juga selebriti Rizky Billar. Pasangan ini sah bergelar suami isteri selepas setahun menjalin hubungan istimewa.

Dulu Anak Penjual Mi Ayam, Kini LESTI KEJORA Bintang Popular & Terima Mas Kahwin USD72,300!
Sekitar di majlis resepsi Lesti & Rizky
Dulu Anak Penjual Mi Ayam, Kini LESTI KEJORA Bintang Popular & Terima Mas Kahwin USD72,300!
Di samping kedua-dua ibu bapa

Dulu Anak Penjual Mi Ayam, Kini LESTI KEJORA Bintang Popular & Terima Mas Kahwin USD72,300! Dulu Anak Penjual Mi Ayam, Kini LESTI KEJORA Bintang Popular & Terima Mas Kahwin USD72,300! Dulu Anak Penjual Mi Ayam, Kini LESTI KEJORA Bintang Popular & Terima Mas Kahwin USD72,300! Dulu Anak Penjual Mi Ayam, Kini LESTI KEJORA Bintang Popular & Terima Mas Kahwin USD72,300!

Perkahwinan gilang-gemilang mereka diadakan di Hotel Intercontinental di Jakarta Selatan dan disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan. Lebih mencuri perhatian apabila Lesti menerima mas kahwin USD 72,300 atau kira-kira RM306,609.

Difahamkan angka mas kahwin tersebut dipilih sendiri Rizky bersempena tarikh pertemuan mereka pada 23 Julai. Wow, banyak tu!

Memandangkan majlis pernikahan berlangsung ketika pandemik Covid-19, tetamu yang diundang ke resepsi berkenaan diwajibkan mengambil vaksin Covid-19 sekurang-kurangnya satu dos dan menjalani ujian saringan terlebih dahulu.

Dalam majlis itu, pasangan mempelai sepakat memilih tema adat sunda dengan mengenakan persalinan adat berwarna putih. Usai majlis pernikahan, Lesti dan Rizky mengadakan beberapa majlis resepsi mewah.

Dulu Anak Penjual Mi Ayam, Kini LESTI KEJORA Bintang Popular & Terima Mas Kahwin USD72,300! Dulu Anak Penjual Mi Ayam, Kini LESTI KEJORA Bintang Popular & Terima Mas Kahwin USD72,300! Dulu Anak Penjual Mi Ayam, Kini LESTI KEJORA Bintang Popular & Terima Mas Kahwin USD72,300!

IKLAN

Walau diraikan penuh meriah dan mewah, pasangan selebriti ini turut terpalit dengan kontroversi apabila ramai yang menyedari perubahan fizikal Lesti yang seakan sudah berbadan dua.

Enggan memberi reputasi buruk terhadap kerjaya seni mereka, Lesti dan Rizky akhirnya mengaku telah bernikah secara tertutup sekitar April lalu. Kandungan Lesti dikhabarkan berusia enam bulan.

Dulu Anak Penjual Mi Ayam, Kini LESTI KEJORA Bintang Popular & Terima Mas Kahwin USD72,300! Dulu Anak Penjual Mi Ayam, Kini LESTI KEJORA Bintang Popular & Terima Mas Kahwin USD72,300! Dulu Anak Penjual Mi Ayam, Kini LESTI KEJORA Bintang Popular & Terima Mas Kahwin USD72,300!

IKLAN

Mengimbas latar belakang Lesti, dia yang dilahirkan pada 5 Ogos 1999 bukan berasal dari keluarga berada. Ayahnya iaitu Endang Mulyana pernah bekerja sebagai pemandu sementara ibunya, Sukartini pula menjual mi ayam di depan rumah mereka.

Ketika berusia 14 tahun Lesti sudah mula aktif bernyanyi dan selepas menjuarai pertandingan dangdut D’Academy dia berjaya menjadi salah seorang penyanyi dangdut popular Indonesia. Sekali gus mengubah nasib keluarga.

Media Indonesia sebelum ini pernah mendedahkan keadaan rumah lama yang dihuni Lesti sekeluarga di Cianjur hanya berdindingkan anyaman buluh. Walau menjalani hidup mewah dan terkenal namun anak kedua daripada tiga beradik ini tidak lupa asal usul dan berusaha membahagiakan kedua-dua ibu bapanya.

Dulu Anak Penjual Mi Ayam, Kini LESTI KEJORA Bintang Popular & Terima Mas Kahwin USD72,300! Dulu Anak Penjual Mi Ayam, Kini LESTI KEJORA Bintang Popular & Terima Mas Kahwin USD72,300! Dulu Anak Penjual Mi Ayam, Kini LESTI KEJORA Bintang Popular & Terima Mas Kahwin USD72,300!

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI