Terkejut tengok kulit seorang kenalan ini. Masa zaman universiti dahulu dia memang terkenal dengan masalah kulit muka sampai selalu jadi bahan usikan rakan kuliah. Lagi-lagi bila waktu tengah period, makin menjadi-jadi jerawat di mukanya. Sudahlah penuh dengan bintik-bintik kemerahan, ada pula yang bernanah. Kasihan sangat.

IKLAN

Baru-baru ini terserempak dengannya di sebuah pusat beli-belah. Hampir tidak dapat cam wajah yang dulunya penuh dengan ‘jerawat batu’ kini bersih dan licin macam artis Korea! Setelah dirisik, rupanya dia cuma amalkan khasiat bahan-bahan semula jadi. Malah tidak lokek pun berkongsi resipi kecantikan berikut.

Hanya lakukan di rumah saja.

AIR TEH & MADU

  • Gunakan air teh untuk mandian dan rendamkan tubuh di dalamnya. Anda juga boleh mengisi botol semburan dengan air teh dan semburkan pada wajah untuk menyegarkan kulit.
  • Gunakan teh biasa, teh hijau atau teh herba seperti chamomile, lavender dan pudina. Sama seperti anda menikmatinya untuk menenangkan tekanan, ia juga membantu memberi kesegaran dan rasa nyaman pada kulit. Anti oksidan dalam teh membantu menyingkirkan radikal bebas dan toksin dari kulit manakala madu pula membantu melindungi kulit daripada bakteria dan mengekalkan kelembapan.

Apa yang anda perlukan?

  • 1 cawan air teh (suam)
  • 2 sudu besar tepung beras
  • ½ sudu besar madu

Tepung beras bertindak sebagai skrub terbaik dan madu pula melembapkan kulit.

Kaedah:

IKLAN

Campurkan kesemua bahan dan sapu pada kulit. Biarkan seketika sehingga topeng atau mask menjadi kering selama 20 minit. Sebelum dicuci, pastikan anda urut seperti gerakan bulat untuk menanggalkan sel kulit mati serta menjadikan tona kulit sekata.

Dulu Kulit Seperti KERTAS PASIR, Lepas Amalkan Resipi Kecantikan Ini Terus Mulus & Gebu!

IKLAN

OAT & LEMON

  • Oat adalah bahan pengelupasan semula jadi dan amat sesuatu untuk mereka yang mempunyai eczema. Untuk mengurangkan berat badan, wanita memilih oat kerana ia membekalkan tenaga serta mengenyangkan perut. Apa kata anda gunakan oat pada kulit wajah untuk membersihkan lebihan minyak, daki dan kotoran.
  • Lemon pula diperkaya dengan vitamin C serta mampu mencerahkan kulit. Anda boleh lihat penggunaan ekstrak lemon dalam kebanyakan produk pencerahan di pasaran. Kan lebih baik menggunakan jus lemon terus daripada buahnya.

Apa yang anda perlukan?

  • 1 sudu besar oat, dimasak & dihancurkan (membantu mengurangkan keradangan & menyembuhkan kulit)
  • 1 sudu besar jus lemon (lemon membantu mencerahkan tona kulit)
  • Jika anda memiliki kulit sensitif, campurkan jus lemon dengan sedikit air

Kaedah:

Campurkan kesemua bahan dan sapu pada wajah dengan cara urutan lembut. Biarkan kering selama 20 minit kemudian cuci bersih.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI