SITI MURNI

Siti Murni Abdul Aziz, seorang wanita bercita-cita tinggi dan kreatif. Nekad meninggalkan kerjaya pembaca berita TV di RTM, penghijrahan Siti Murni ke dunia perniagaan nyata membuahkan hasil. Dari sekadar penghasilan tudung, kini jenama Siti Murni memiliki pelbagai rangkaian produk muslimah sepanjang hampir 12 tahun bertapak di pasaran.

IKLAN

Mendekati kisah kejayaan usahawan wanita ini, Siti Murni yang merupakan Pengarah Urusan Empayar Siti Murni melahirkan rasa syukur kerana perniagaannya masih mendapat permintaan pelanggan.

“Kalau dulu kita ada tudung Siti Murni untuk bebas alergik kerongsang, sekarang kita tampilkan pula telekung Siti Murni yang menjadi viral di Malaysia dan Singapura.

Ada juga tambahan produk baharu Siti Murni seperti SM inner, SM sock dan pakaian. Kita lihat produk yang dihasilkan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberi manfaat kepada wanita di luar sana,” ujarnya.

Dulu Pembaca Berita Kini Bergelar Usahawan Muslimah, SITI MURNI Syukur Bisnes Kian Maju! Dulu Pembaca Berita Kini Bergelar Usahawan Muslimah, SITI MURNI Syukur Bisnes Kian Maju! Dulu Pembaca Berita Kini Bergelar Usahawan Muslimah, SITI MURNI Syukur Bisnes Kian Maju! Dulu Pembaca Berita Kini Bergelar Usahawan Muslimah, SITI MURNI Syukur Bisnes Kian Maju!

Dalam pada itu demi memenuhi cita rasa pelanggan, Siti Murni juga mengambil pendekatan berani dengan mengeluarkan satu lagi koleksi hijabnya iaitu tudung bawal.

Mengulas pembabitannya dalam bidang keusahawanan, Siti Murni dalam temu bual bersama Nona bersyukur kerana berjaya mengharungi pelbagai ujian.

“Kalau sebut cabaran, mana-mana bisnes pun ada cabaran yang perlu dilalui sebagai usahawan. Kalau di Siti Murni cabaran terbesar pada awal perniagaan dulu ialah untuk membina branding Siti Murni itu sendiri.

Alhamdulillah, kita berjaya lalui dan berjaya memperkenalkan jenama Siti Murni di Malaysia dan Singapura.

IKLAN

Dulu Pembaca Berita Kini Bergelar Usahawan Muslimah, SITI MURNI Syukur Bisnes Kian Maju! Dulu Pembaca Berita Kini Bergelar Usahawan Muslimah, SITI MURNI Syukur Bisnes Kian Maju! Dulu Pembaca Berita Kini Bergelar Usahawan Muslimah, SITI MURNI Syukur Bisnes Kian Maju! Dulu Pembaca Berita Kini Bergelar Usahawan Muslimah, SITI MURNI Syukur Bisnes Kian Maju! Dulu Pembaca Berita Kini Bergelar Usahawan Muslimah, SITI MURNI Syukur Bisnes Kian Maju!

Kenapa saya beralih dari dunia penyiaran ke dalam dunia bisnes, pendek kata ia ialah hijrah dalam kehidupan saya. Saya nak bantu diri saya waktu itu mungkin waktu itu keadaan saya tak stabil.

Tapi saya lihat dunia perniagaan bukan saja dapat membantu diri saya malah saya dapat bantu orang di sekeliling saya menerusi produk dan jenama Siti Murni sendiri.”

IKLAN

Dedah wanita yang bakal meniti usia 36 tahun pada September depan ini lagi, untuk menjadi usahawan yang berjaya seseorang itu perlu persiapkan diri mereka dengan segala kemungkinan kelak.

Dulu Pembaca Berita Kini Bergelar Usahawan Muslimah, SITI MURNI Syukur Bisnes Kian Maju! Dulu Pembaca Berita Kini Bergelar Usahawan Muslimah, SITI MURNI Syukur Bisnes Kian Maju! Dulu Pembaca Berita Kini Bergelar Usahawan Muslimah, SITI MURNI Syukur Bisnes Kian Maju!

“Untuk jadi seorang usahawan yang berjaya perlu ada sikap yang positif dalam kehidupan kita. Buat sampai jadi tak boleh buat touch and go atau bak kata pepatah hangat-hangat tahi ayam. Tak boleh macam tu. Dia panas kejap tiba-tiba sejuk. Dia kena panas sentiasa.

Kalau rasa suam tu kita sendiri yang perlu panaskan diri kita. Sebagai usahawan juga kita perlu butakan mata kita dengan apa jua halangan di depan kita.

Bisukan suara, pekakkan telinga sebab daripada keadaan itu menjadikan kita seorang yang kebal dalam perniagaan. InshaAllah kita boleh lalui sebaik mungkin sebagai usahawan.”

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI