Satu persatu kejayaan program Permata Negara menampakkan hasil, terkini Datin Seri Rosmah Mansor terharu apabila gadis genius Matematik ini masuk universiti No. 1 dunia!
Hantaran isteri mantan Perdana Menteri ke-6, Datin Seri Rosmah Mansor tentang pencapaian adik Leia Mayssa Maysherin yang diterima masuk ke Institut Teknologi Massachusetts (MIT) mencuit perhatian.
Sebagai Penaung PERMATA dan penggerak utama program Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor mengilhamkan banyak program untuk menggilap kemahiran kanak-kanak sejak lahir.
Leia Mayssa, 18 tahun, yang merupakan alumni Pusat Permata@Pintar Negara (PPPN) Universiti Kebangsaan Malaysia dijangka bakal melanjutkan pengajian selama empat tahun bermula Ogos ini.
“Tahniah kepada gadis genius, Leia Mayssa dan seluruh keluarga beliau. Sungguh membanggakan apabila beliau ditawarkan menyambung pelajaran ke MIT, America Syarikat.
Leia merupakan alumni Permata Pintar dan sebagai penggerak utama program Permata Negara satu masa dahulu, saya rasa amat bangga dengan pencapaian beliau.
Ads
Alhamdulillah. Semoga terus berjaya di dunia dan akhirat,” luah Datin Seri Rosmah Mansor.
Menurut Hi-Edu MARA, Leia yang merupakan pelajar Kolej MARA Banting pernah mewakili Malaysia dalam International Mathematical Olympiad (IMO) 2022-2024, yang berlangsung di Oslo, Norway (2022), Chiba, Jepun (2023), dan Bath, United Kingdom (2024).
Facebook PERMATAFacebook PERMATA
Leia Mayssa Masyerin pernah mencipta sejarah negara dimana dia menjadi satu-satunya wakil Malaysia dan Asia Tenggara yang terpilih menyertai Math Beyond Limits (MBL), sebuah kem Matematik Antarabangsa Berprestasi Tinggi di Poland pada tahun 2024.
Ads
Disebabkan kecemerlangannya yang luar biasa, Leia Mayssa diterima masuk melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer ke Massachusetts Institute of Technology (MIT), Amerika Syarikat bagi sesi kemasukan tahun 2025.
Untuk maklumat, MIT merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang terkemuka di Amerika Syarikat dan menduduki tangga teratas dalam senarai 10 universiti terbaik dunia, bahkan sering dianggap sebagai institusi sukar ditembusi oleh pelajar Malaysia.
Facebook UKMFacebook UKM
Tanggapan itu tidak keterlaluan kerana difahamkan MIT juga disenaraikan sebagai universiti nombor satu dunia oleh QS World University Rankings selama 13 tahun berturut-turut. Ia juga cukup terkenal dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan serta matematik.
Ads
Berasal dari Petaling Jaya, gadis genius ini mengimbau kembali perasaan kali pertama menerima tawaran dari MIT. “Ketika saya buka laman keputusan dan ternampak ‘animasi konfeti’ (simbol tahniah) di skrin, saya terkejut dan tidak percaya.
Bagi pastikan tidak tersalah, saya keluar laman tersebut dan log in semula. Sekali lagi, surat tawaran dan ‘animasi konfeti’ sama muncul,” katanya ketika ditemu bual.
Leia telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang matematik sejak usia muda. Menurut Facebook Pusat PERMATA pintar Negara UKM, beliau merupakan pelajar dari Kolej PERMATApintar UKM dan telah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada usia 16 tahun dan mendapat keputusan 9A.
Pencapaian Leia telah mendapat perhatian ramai, dan beliau dianggap sebagai inspirasi kepada pelajar lain di Malaysia.
Memang terinspirasi dengan gaya hidup bilionair termuda dunia kelahiran Norway, Alexandra Andresen ini. Menjangkau usia 27 tahun pada 23 Julai ini, anak bongsu daripada dua beradik ini seorang yang cukup sederhana. Kalau tengok kehidupan Alexandra dan tidak tahu status dirinya, pasti ramai yang anggap dia seperti orang kebanyakan.
Hakikatnya, Alexandra Gamlemshaug Andersen merupakan pewaris empayar syarikat pelaburan Ferd iaitu salah sebuah syarikat swasta terbesar di Norway yang menyediakan dana lindung nilai dan pelabur aktif di bursa saham negara-negara Nordik.
Nama Alexandra mula menarik tumpuan dunia apabila dia merangkul gelaran bilionair termuda dunia ketika berusia 19 tahun pada 2016. Malah, Alexandra mengungguli kedudukan bilionair termuda dalam senarai Forbes selama tiga tahun berturut-turut.
Alexandra mempunyai seorang kakak iaitu Katharina yang berbeza umur setahun dan mereka mewarisi 42 peratus saham di Ferd. Forbes melaporkan tahun ini kekayaan yang dimiliki Alexandra mencecah sehingga 1.5 bilion Dolar Amerika atau bersamaan RM6.93 bilion.
Meskipun mempunyai wang yang banyak untuk membeli barangan fesyen, aksesori perhiasan diri dan kereta mewah, Alexandra memilih untuk hidup secara sederhana. Meninjau media sosial wanita ini, tidak kelihatan beg tangan atau pakaian label mewah yang digayakan.
Sebaliknya dia lebih gemar berkongsi aktiviti riadah dan meluangkan masa bersama insan tersayang.
Sebelum ini, Alexandra merupakan atlet ekuestrian dan pernah menjuarai Junior Norway sebanyak tiga kali dalam acara dressage.
Pasangan Johan Andersen Jr dan Kristin ini ternyata bijak membentuk peribadi kedua-dua anak mereka. Kongsi kakak Alexandra dalam satu temu bual, ibu bapa mereka mendidik anak-anak agar tidak terlalu menonjolkan kemewahan dan boros terutama dalam soal pembelian kenderaan.
“Ayah mempunyai peraturan di mana kami boleh membeli kereta yang diidamkan tetapi ia mestilah yang terpakai.”
Sementara itu, Alexandra yang ditemu bual pada tahun 2014 pula memberitahu, “Saya sebenarnya berjimat sepanjang masa dan menyimpan wang yang saya peroleh sama ada elaun mingguan daripada ibu bapa, wang tunai kemenangan pertandingan ekuestrian atau wang hadiah pada hari lahir.”
Kebanyakan orang berjaya dan berilmu memang tak gemar tunjuk kemewahan diri. Bahkan mereka lebih suka hidup sederhana dan menikmati hidup dengan santai.
Kagum semangat bekas Ratu Cantik Columbia, Daniella Alvarez mengharungi ujian hidup. Daripada seorang wanita yang dilahirkan sempurna dan mempunyai rupa paras menawan, kini dia terpaksa menerima hakikat ‘kekurangan’ yang dialaminya hari ini.
Tanggal 14 Jun 2020 pasti menjadi detik paling tidak dapat dilupakan Daniella apabila sebahagian kaki kirinya terpaksa dipotong akibat ischemia iaitu keadaan aliran darah yang tersekat untuk sampai ke bahagian organ badan.
Biarpun menjalani hidup dengan sebelah kaki sejak hampir tiga tahun tapi ia sedikit pun tidak menjejaskan rutin harian Daniella.
Malah, dia yang sebelum ini disifatkan seorang wanita ceria, suka menari dan melakukan aktiviti lasak tidak menjadikan kekurangan itu sebagai halangan untuk terus hidup bahagia seperti kebiasaan.
Paling mengejutkan, hanya selepas tiga minggu menyesuaikan diri dengan ketiadaan kaki kiri, Daniella membuat kejutan kepada lebih 4 juta pengikutnya di Instagram dengan memuat naik video tarian di samping adik lelaki tersayang, Ricki Alvarez. Memang kuat semangat wanita ini!
“Difficulties don’t matter! We must be resilient in life!”
Daniella dilaporkan kembali menari selepas kaki kirinya terpaksa dipotong disebabkan komplikasi pembedahan di bahagian perut. Pada Mei 2020, Daniella dikehendaki menjalani pembedahan membuang ketulan yang terdapat di bahagian perut.
Menurut laporan media antarabangsa Hola!, operasi pembedahan itu bagaimanapun berlaku komplikasi apabila doktor mendiagnos dirinya mengalami ischemia.
Rentetan itu, separuh bahagian kaki kiri hingga ke lutut terpaksa dibuang. Perkara itu didedahkan Daniella sendiri yang terbuka berkongsi keadaan kesihatan dirinya. Sepanjang berada di hospital, dia menerima sokongan padu daripada ahli keluarga. Pastinya inilah ‘kekuatan’ sebenar Daniella dalam menempuh cabaran tersebut.
Difahamkan selain membuang sebahagian kaki kiri, pemenang mahkota Ratu Cantik Columbia 2011 dan mewakili negaranya untuk Miss Universe 2012 menjelaskan kaki kanannya ketika itu turut terjejas.
“Kaki kanan saya tidak berfungsi buat masa ini. Saya tak tahu bila ia akan kembali pulih agar saya dapat bergerak aktif semula.
Sebagai permulaan, kaki saya perlu dirangsang sensitiviti dan saya perlu belajar berjalan semula. Proses ini dianggarkan mengambil masa enam bulan dan keseluruhannya saya perlukan masa setahun untuk kembali pulih.”
Selain bergelar seorang peragawati, jelitawan berketinggian 174 sentimeter dan berusia 34 tahun ini juga merupakan personaliti televisyen.
Diuji hidup sebelah kaki, Daniella dilihat kembali aktif dengan pelbagai aktiviti. Misalnya, selain sudah berjaya jalan seperti biasa, menari, berenang dan menunggang basikal. Inspirasi!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertuah sungguh Datin Sri Noniswara kerana masih kekal cantik dan lansing walaupun kini usianya mencecah 51 tahun. Macam tak percaya, kan? Makin berseri-seri pula. Bahkan, kalau bersama anak-anak pun tetap terserlah seri awet muda wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini.
Datin Sri Noniswara Baharudin kini bahagia dengan perkahwinan kali ketiganya bersama Dato’ Sri Dr Sheikh, seorang ahli perniagaan.
“Alhamdulillah, kini dah masuk 6 tahun usia perkahwinan saya dan suami. Dato’ Sri seorang yang gemar bergurau, berjenaka dan happy all the time. Kalau Dato’ Sri bercakap saya perlu memandang wajahnya serta mendengar dengan baik. Mungkin itulah yang membuatkan suami selesa dengan saya. He said I am a good listener. Dato’ Sri juga sebenarnya seorang yang manja.
Dari segi karier, suami sangat memahami malah menggalakkan lagi saya berlakon. Kalau tak bekerja, selalunya saya akan manfaatkan masa bersama keluarga seperti menonton, berbual, makan, mengemas, berkebun, solat berjemaah dan tazkirah bersama.
Oleh itu, saya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan buat saya. Pengalaman lalu membuatkan saya menjadi lebih matang. Semua yang berlaku ada hikmah. Rasanya tiada apa lagi yang saya impikan. Berkat doa saya setiap hari, banyak yang telah Allah SWT tunaikan, alhamdulillah.”
Datin Sri Noniswara memiliki 3 orang anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Naveer Mihshon (27 tahun), Nurerysha Emyra (22 tahun) dan Nazeer Danish (14 tahun).
“Hubungan kami umpama kakak dan adik, kadang-kadang seperti sahabat. Saya banyak berbual dengan anak-anak antaranya tentang isu semasa, agama dan sentiasa mendengar luahan hati mereka. Saya juga bersikap terbuka. Mereka boleh berkongsi apa sahaja perkara dengan saya.”
RAHSIA AWET MUDA “Saya amalkan rutin asas sahaja. Apa yang penting elakkan stres dan sentiasa menjaga kelembapan kulit wajah dengan menyapu pelembap setiap hari. Kulit yang kering akan mencepatkan proses penuaan. Selain itu, saya juga banyakkan beribadah termasuk beriadah, sentiasa merasa gembira dan bahagia,” kongsi Datin Sri Noniswara yang kini masih aktif dalam dunia lakonan.
“Saya juga berdoa agar Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan dan rezeki yang berpanjangan hingga ke akhir hayat saya. Semoga Allah SWT memberkati apa jua yang saya dan keluarga lakukan. Harap-harap dapatlah saya melihat kehidupan dan kejayaan anak-anak kelak, InshaAllah.
Nasihat saya buat kaum wanita di luar sana pula, jadilah seorang wanita dan ibu yang baik. Banyak bersabar, sentiasa bersyukur, banyak mengalah, tegas dan rajin melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu.
Usah mengeluh dan cepat melatah jika ada dugaan-dugaan yang datang. Usah mudah mengamuk dan ‘cengeng’. Jangan lupa berdoa dan mohon kepada Allah SWT. Usaha dan doa mampu merubah kehidupan kita menjadi lebih baik.
Kredit Foto: Instagram @noniswara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.