Saban tahun, arus trend fesyen sentiasa berubah dan berlalu cukup pantas mengikut peredaran zaman. Kadangkala ia sukar diduga apakah fesyen yang akan hangat untuk tahun berikutya. Jangan terkejut jika fesyen dahulu kala menjadi pilihan dan semakin mendapat tempat buat penggemar fesyen. Contohnya seperti gaya retro yang mula digayakan semula terutama buat anak-anak muda masa kini. Impak stail yang lahir daripada arus fesyen yang bermula sejak dahulu lagi menjadi ikutan hingga sekarang dan mendapat suntikan elemen moden sesuai untuk digayakan pada abad ini. Jom lihat trend fesyen yang sentiasa evergreen dan dijangka hangat sepanjang tahun 2019!

1. MOTIF LEOPARD

IKLAN

Earth Colour Menjadi Trend 2019, Para Wanita Harus Memiliki Rona Hangat Ini!

Sememangnya corak leopard tidak pernah lapuk ditelan zaman. Dari dulu hingga kini, motif ini sentiasa mendapat tempat di hati penggemar fesyen. Jika tahun ini cetakan berjalur dan kotak-kotak menjadi tumpuan namun pada tahun 2019, cetakan kulit harimau bintang yang pernah popular sekitar 2010 dahulu akan akan ‘in’ kembali . Jom keluarkan semula dan gayakan baju-baju lama yang ada corak kulit leopard!

2. SUNTIKAN BULU

Earth Colour Menjadi Trend 2019, Para Wanita Harus Memiliki Rona Hangat Ini!

Tahun 2018 menyaksikan banyak penggunaan bulu atau feather pada setiap rekaan busana terutama di pentas-pentas fesyen antarabangsa mahupun tempatan. Masih utuh hingga kini. Penggunaan bulu ini akan berlarutan hingga masuk ke tahun 2019. Tetapi isimewanya untuk tahun ini, perincian glamor itu seolah-olah lebih ekstrem dan mungkin berada dimana-mana sahaja. Penggunaan bulu ini bertindak sebagai penyeri utama rekaan terutamanya bagi jenis-jenis fabrik yang polos tanpa sebarang perincian.

3. EARTH COLOUR

Earth Colour Menjadi Trend 2019, Para Wanita Harus Memiliki Rona Hangat Ini!

Jarang sekali orang memakai warna-warna kusam seperti warna tanah liat sebagai helaian utama harian kerana ia dianggap membosankan dan terlalu ringkas. Namun, untuk 2019, jangan teragak-agak untuk menyarungkan helaian yang berasaskan warna ini kerana ia sememangnya warna yang menjadi pujaan bagi ramai pereka fesyen ternama untuk koleksi terkini mereka.

4. ALL THAT FRINGE

Earth Colour Menjadi Trend 2019, Para Wanita Harus Memiliki Rona Hangat Ini!

Suka melihat helaian dres yang digayakan penari samba? Jangan khuatir kerana anda juga boleh menyertai kemeriahan gerak tari samba apabila bergaya sakan dengan item-item fesyen yang turut dihiasi juntaian tali-tali halus yang mampu menyuntik aura sofistikasi si pemakainya!

5. YELLOW IS A NEW PINK!

IKLAN

Earth Colour Menjadi Trend 2019, Para Wanita Harus Memiliki Rona Hangat Ini!

Jika warna yang banyak diketengahkan sepanjang tahun 2018 adalah rona merah jambu dan oren, warna kuning terang bakal menyusul sebagai warna kebanggaan fashionista sepanjang 2019 nanti. Aura rona ini menjadikan penampilan anda tampil lebih bold sekaligus menyerlahkan personaliti menarik anda.

6. TREND FISHNET

Earth Colour Menjadi Trend 2019, Para Wanita Harus Memiliki Rona Hangat Ini!

 

IKLAN

Jika helaian fesyen menggunakan material kait berupa jala ikan dan mesh ini sangat popular sekitar tahun 80-an, nampaknya gaya itu kembali sebagai trend paling hangat untuk menjadi ikutan pada 2019. Jika anda khuatir akan kelihatan seksi dan terlalu terdedah, padankan bersama lining seperti blaus, t-shirt atau kemeja di bahagian dalam.

7. INSPIRASI TIE DYE

Earth Colour Menjadi Trend 2019, Para Wanita Harus Memiliki Rona Hangat Ini!

Kalau dahulunya pakaian yang berasaskan corak tie dye ini hanya dipakai mereka yang mengaplikasikan cara hidup ala hippies. Namun untuk 2019 adalah tahun di mana corak cetakan unik ini diangkat menjadi trend fesyen paling mahsyur untuk digayakan mereka yang mengikuti perkembangan fesyen semasa. Fesyen tie die juga boleh melahirkan gaya santai dan bersahaja buat si pemakai.

8. PADANAN SKARF

Earth Colour Menjadi Trend 2019, Para Wanita Harus Memiliki Rona Hangat Ini!

Kalau cetakan skraf ala Versace dan Hermes menjadi igauan para peminat fesyen era 90-an, untuk 2019 trend itu kembali bagaikan mengimbau memori lampau yang pernah gah suatu ketika dahulu. Gya verstail scarf boleh dipadankan mengikut citarasa anda samada ingin diikat dileher, dijadikan tudung ataupun sebagai aksesori tambahan buat tas tangan anda.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI