Bukan mudah untuk menjadi seorang wanita sebenarnya… Hampir 80% wanita akan mengalami Premenstrual Syndrome atau sindrom pramenstruasi (PMS).

IKLAN

Ia merupakan kombinasi daripada simptom fizikal, psikologi dan emosi yang berkait dengan kitaran haid (menstruasi) wanita. Kesakitan ini dialami sebahagian besar wanita hampir setiap bulan.

PMS dialami oleh kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age). Simptom ini berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid dan mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Adalah normal untuk setiap wanita mengalami kitaran haid selama tiga hingga tujuh hari.

Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21 hingga 35 hari. Antara gejala yang paling banyak dialami wanita ialah emosi menjadi tidak stabil dan perasaan yang lebih sensitif. Simptom paling menonjol seperti mudah terganggu (irritabilility), ketegangan dan murung (dysphoria).

Daripada segi fizikal, perut kembung, kejang perut, payudara bengkak atau sensitif, ketegangan atau bimbang (anxiety), masalah tidur (insomnia), sakit sendi atau otot, pening kepala, lesu, muka dinaiki jerawat dan perubahan mood (mood swings). Selain itu emosi tidak stabil, berpeluh, tertekan, keletihan yang ketara, lebih banyak berdiam diri dan paling ketara ialah meningkatnya selera makan.

Senggugut

Harus diingat, PMS bukanlah senggugut. PMS ialah tanda-tanda yang dirasai oleh wanita sebelum kitaran tiba. Senggugut pula ialah permasalahan yang dihadapi ketika sedang menghadapi menstruasi terutamanya pada tiga hari pertama.

Antara yang dialami ialah sakit dan rasa tidak selesa di bahagian pinggang dan ke bawah, kurang selera makan, sakit belakang, betis dan tumit kaki, insomnia dan tertekan.

IKLAN

Wanita yang menghadapi senggugut juga biasanya dikaitkan dengan beberapa masalah lain seperti anemia disebabkan kehilangan banyak darah ketika menstruasi itu. Kebiasaannya senggugut bergantung pada kitaran normal yang dilalui oleh seseorang itu dan juga keturunannya.

Pun begitu, ada segelintir wanita yang mengalami penyakit senggugut teruk atau premenstrual dysphoric disorder (PMDD). Sebaik-baiknya, untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku ketika PMS dan senggugut ialah dengan bersenam.

Soal pemakanan harus dijaga, elak pengambilan kafein yang tinggi dan mengambil vitamin.

IKLAN

Hindari daripada melakukan atau memberitahu sesuatu yang mengejutkannya kerana wanita akan lebih beremosi ketika PMS. Kejutan yang dimaksudkan bukanlah hadiah atau berita gembira.

Namun sesuatu yang memerlukannya berfikir dan membuat keputusan. Mungkin anda boleh mengajaknya makan malam bersama.

Bawa sejambak bunga atau sekotak coklat agar emosinya kembali tenang. Apabila sedang PMS, ada baiknya tidak mengajak mereka bertemu atau ke tempat yang ramai orang. Jika ada saja perkara yang akan membuatkan emosinya tersinggung, emosinya akan kembali tidak menentu. Seelok-eloknya habiskan masa santai bersama di tempat yang menenangkan.

Fakta Vagina

  1. Vagina wanita terdapat tiga saluran iaitu uretra (tempat keluar air kencing, vagina dan dubur. Saluran-saluran ini menjadi satu di kawasan yang berdekatan. Maka tidak hairanlah jika salah satu daripada saluran ini berpenyakit dan akan merebak ke saluran lain juga.
  2. Bentuk vagina oleh labia mayora sentiasa lembap. Tanpa memakai pelapik tuala wanita (pantyliner) saja kawasan itu sudah lembap. Jadi apabila memakai pantyliner pasti akan menjadi lebih lembap. Jika didatangi haid, darah yang mengalir keluar akan menimbulkan banyak masalah kesihatan khususnya pada kulit di sekitar vagina. Jadi utamakan kebersihan agar tidak mengalami masalah kesihatan.
  3. Adanya mikroorganisma yang hidup secara normal di vagina tidak menimbulkan penyakit pada badan kerana jumlahnya terbatas. Salah satu jenis bakteria yang berada di vagina ialah Laktobasilus. Laktobasilus merupakan bakteria yang hidup di dalam alat kelamin untuk menjaga keseimbangan pH dan perlindungan daripada sebarang penyakit
  4. Masalah kulit yang terjadi di sekitar vagina dipengaruhi oleh tiga faktor: darah, pembalut, dan perubahan kulit saat perubahan hormon.
  5. Menjaga kebersihan vagina wajib dilakukan setiap wanita. Menggunakan pakaian dalam fabrik kapas, menghindari penggunaan antiseptik yang berlebihan dan menggunakan sabun yang mengandung pH asid adalah untuk mengekalkan kebersihan. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI