Michael Kors merupakan satu jenama fesyen yang sentiasa mengolah fikir menerusi stail dalam nada paling relevan. Setiap helaian yang ditonjolkan semuanya boleh dipakai sebagai busana harian dan tidak hanya menyerlahkan rekaan buat fiesta mata pencinta fesyen semata-mata. Bagi rekaan musim bunga 2018, jenama ini menyatukan elemen santai ala ke pantai dengan elemen busana kerja untuk wanita yang urban dan sofistikated namun mahu sedikit fun dalam bergaya.

Ads

Energi Santai, Segar, Urban Dan Sofistikated Koleksi Michael Kors Musim Bunga 2018

Mengapa penulis berkata begini? Supermodel Carolyn Murphy membuka persembahan fesyen ini dengan dress pendek ala sweatshit longgar dengan beg tote besar seolah-olah sudah bersedia untuk menaiki kapal terbang ke destinasi percutian. Selain itu lihat sahajalah kepada stail gabungan antara gaun sifon pendek berleher halter yang digandingkan dengan oversized blazer serta penggayaan selipar flip flop ringkas. Sebagai lawan gaya ini ada pula penggayaan diserlahkan dengan gandingan gaun pantai lebih serius ia dipadankan dengan sepatu tumit tinggi yang memberikan aura lebih serius.

Energi Santai, Segar, Urban Dan Sofistikated Koleksi Michael Kors Musim Bunga 2018

Ads

Corak-corak bunga besar dan daun palma yang digunakan juga jelas memiliki ‘beach vibes’ disamping teknik ‘tie die’ yang lazim dikaitkan dengan gaya yang bebas. Dari segi rona yang diterapkan sepanjang koleksi rona pastel seperti merah jambu lembut, ungu lembut, biru lembut sehinggalah kepada rona lebih maskulin seperti rona tanah dan hitam. Penggunaan rona ini sesekali diselitkan dengan penggunaan fabrik perincian kilau yang memercik aura glamor.

Ads

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI