Seronoknya tengok percutian Marion Caunter dan keluarga di Dubai! Memang berbeza daripada percutian mereka sebelum ini. Jika kebiasaannya, mereka memilih untuk melancong ke pulau peranginan dan kota metropolitan, kali ini padang pasir pula menjadi destinasi pilihan.
IKLAN
Tiba di Dubai pada hujung Mac lepas, ia merupakan percutian pertama Marion dan suami serta anak-anak ke luar negara selepas seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19 kira-kira dua tahun lalu. Jelas terpancar wajah gembira keluarga bahagia ini selepas dapat kembali menjejakkan kaki ke Dubai.
Seperti kelaziman, Marion yang mempunyai cita rasa tinggi terhadap fesyen tampil mempersona seisi keluarga ketika melancong. Menerusi perkongsian foto percutian di padang pasir, jelitawan ini bersama keluarga dilihat mengenakan persalinan sedondon rona putih.
Kongsi Marion, “Visiting the desert with the kids was such a wonderful way to end our trip to Dubai. Our first trip out of Malaysia as a family in 2 years and the kids loved every minute of it.
From the small moments to the big ones and every moment in between. So grateful that our trip went smoothly and we are all back in Malaysia safe and sound. Alhamdulillah.”
Malah mereka turut berpeluang berbuka puasa di padang pasir. Di samping menunggang unta pada waktu malam. Pastinya percutian kali ini memberi pengalaman berbeza buat Marion dan keluarga.
Bekas personaliti TV dan model ini memeluk Islam dan berkahwin dengan pewaris Naza Group, SM Nasaruddin SM Nasimuddin pada Disember 2010. Hampir 12 tahun bergelar isteri, Marion yang bakal berusia 42 tahun 5 November depan dikurniakan tiga orang anak iaitu Leia, Lana dan Liam.
Selain tertarik dengan kecantikan dan fesyen Marion, pemilik salun rambut Hair Play ini juga sebenarnya rajin bersenam. Tidak hairanlah Marion boleh kekalkan bentuk badan ideal seperti zaman anak dara walaupun sudah memiliki tiga cahaya mata.
Muncul sebagai pelawak kini nama Nabil lebih terserlah sebagai pengacara. Kepetahan Nabil mengendalikan acara membuat namanya sering menjadi pilihan stesyen televisyen mahupun badan korporat.
Walaupun jadualnya sentiasa padat tetapi Nabil sering meluangkan masa membawa keluarganya keluar bercuti ke luar negara.
“Saya kerap ke luar negara untuk shooting atas urusan kerja jadi sambil-sambil tu bolehlah sekali berjalan-jalan. Kalau membolehkan saya bawa keluarga, saya akan bawa sekali dan kalau tidak, kita ikut perancangan asal, tempah lebih awal supaya dapat lock tarikh.
Kalau saya bercuti tak bawa isteri dan anak-anak tu mustahil bagi saya. Bercuti memang relaks bagi saya tapi lebih relaks lagi bila isteri dan anak-anak ada sekali dengan saya.
Saya tak boleh cuti sorang-sorang dan memikirkan apa isteri dan anak-anak buat di rumah.
Saya memang tak boleh, kalau kerja tu lainlah. Kalau bercuti mungkin tidak,” tutur Nabil yang telah membawa keluarganya bercuti ke Bali, Indonesia, Tokyo, Jepun, Gold Coast di Australia, Singapura dan juga Phuket serta Thailand.
“Saya gembira bila tengok anak-anak saya seronok bermain di Disneyland. Mereka suka sangat. Kalau anak-anak seronok, itu dah cukup membahagiakan saya,” luah bapa penyayang ini lagi.
Tambah Zira pula, dia harus memperlengkapkan segala keperluan anak dengan sebaiknya. “Susu, ubat demam, diapers, baju secukupnya, thermometer dengan biskut kegemaran masing-masing antara benda wajib yang mesti di bawa bersama.
Tak sukar nak bawa anak-anaknya bercuti malah mereka tak banyak ragam. Sebelum naik flight biasanya kami biarkan mereka bermain puas-puas dulu. Makan pun penting juga, bila dah kenyang mereka memang tak banyak ragam dan terus tertidur. Kalau dalam flight siap semua barang mainan, gula-gula dan makanan mereka insyallah mereka tak meragam,” ujarnya.
Jom beramal sambil ketawa besar dan menjamu selera dengan persembahan Harith Iskander, Mark Adam, Nabil, Kumpulan Zero, Elly Mazlein serta penyanyi R&B terkemuka Dayang Nurfaizah di Showcase Amal Raikan Wanita.
Sebahagian kutipan jualan meja untuk acara ini akan disalurkan kepada pusat kebajikan wanita Raudatus Sakinah dan Rumah Kita. Tempah meja anda dengan kami sekarang, PLATINUM, GOLD dan SILVER sebelum penuh. Details harga seperti di bawah. Berminat sila PM sekarang!
Harga:
Platinum : RM4,499/per table
Gold: RM3,499/per table
Silver: RM2,499/per table
***********
Platinum: RM449.90/per head
Gold: RM349.90/per head
Silver: RM249.90/per head
Sebarang pertanyaan hubungi 019 675 3057 (secretariat)
Pernah tak kita tengok filem Barat apabila hero sedang dilanda stres, dia akan lari sekeliling padang sambil menjerit? Memang benar berlari boleh membantu melegakan tubuh yang lesu akibat stres yang melampau. Berlari juga merupakan aktiviti yang mudah dan boleh dilakukan di mana sahaja ketika masa senggang. Aktiviti berlari juga tidak memerlukan peralatan yang rumit sebelum memulakannya. Walaupun nampak mudah tetapi dapat meningkatkan taraf kesihatan yang luar biasa kepada tubuh. Sebaik-baik waktu yang sesuai untuk berlari adalah di waktu pagi.
Manfaat berlari
Berlari meningkatkan kapasiti otak
Berlari meningkatkan tenaga dan menambah serotonin dalam otak. Serotonin adalah hormon dalam otak yang berfungsi sebagai mengawal otak seperti mengatur kestabilan emosi, pemahaman dan nafsu makan. Biasanya mereka yang bersukan dapat meningkatkan produktiviti tidak kira sebagai pelajar atau pekerja kerajaan mahupun swasta. Produktiviti ini merangkumi kualiti yang baik dan sumbangan suasana kerja yang baik.
Berlari menghilangkan stres
Bersukan memberi kesan rehat yang baik kepada tubuh. Ketika tubuh mula bersukan stres semakin berkurangan kerana fokus hanya tertumpu kepada sukan semata-mata.
Berlari meningkatkan tenaga
Walau hanya bersukan 30 minit sehari tetapi dapat mengubah hari seseorang. Ketika endorphin dilepaskan ke dalam darah ketika berlari, seseorang akan merasa lebih bertenaga sepanjang hari. Endorphin adalah senyawa kimia dalam otak yang merangsang otak menjadi relaks. Sakit-sakit badan akibat berlari hanya buat permulaan. Jika tubuh sudah terbiasa tiada lagi istilah sakit badan selepas berlari.
Berlari membina hubungan
Berlari biasanya dilakukan di dalam sebuah kumpulan besar dan kecil. Tidak kira dalam ahli keluarga, kejiranan atau pejabat. Hal ini dapat meningkatkan hubungan yang lebih baik dengan orang lain. Bersukan juga memberi peluang berjumpa dengan orang baru yang mempunyai minat yang sama.
Berlari melawan penyakit
Berlari dapat mencegah penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, kolesterol, diabetes, osteoporosis, asma dan lain-lain lagi. Lebih istimewa apabila bersukan dapat memperlambat proses penuaan dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Berlari mengepam jantung lebih baik
Bersukan dapat menjadikan jantung lebih kuat. Fungsi jantung dan sistem kardiovaskular bekerja lebih efektif dan dapat mengurangkan plak dalam pembuluh darah. Oleh itu jantung dapat mengepam darah dengan lebih baik.
Berlari akan memperbaiki diet
Otot membakar lebih banyak kalori daripada lemak tubuh ketika sedang bersukan. Semakin banyak otot yang dimiliki semakin baik metabolisme yang diperoleh. Dengan kadar metabolisme yang baik seseorang dapat memiliki pola pemakanan yang sihat.
Satu dalam sejuta. Gelaran ‘Wanita Melayu Terakhir’ barangkali hanya bisa diberikan kepada figura ini yang memiliki aura pesona yang menawan. Dari usia muda sehinggalah mencecah 58 tahun, pengacara popular ini sentiasa kekal anggun, cergas dan menawan. Sehingga kini, rutin hariannya yang dikongsikan bersama peminat menerusi laman Instagramnya senantiasa menjadi tumpuan orang ramai, mencetuskan inspirasi kepada mata yang melihat.
Masih segar dalam ingatan penulis saat di bangku sekolah, penulis bersama dengan ahli keluarga akan menunggu jam lapan malam untuk menonton siaran buletin di kaca televisyen. Hakikatnya, penulis bukan menunggu untuk mendengar tentang buletin semasa, tetapi menunggu penampilan pengacara ini yang sememangnya menjadi salah satu sumber inspirasi penulis.
Puan Sri Normala Samsudin, nama yang tidak asing lagi dalam dunia pengacaraan Malaysia. Bukan sahaja memiliki raut wajah yang jelita, malah anak kelahiran Segamat, Johor ini seorang yang berintelektual dan berkarisma, melengkapkan pakej dirinya sehingga menjadi tumpuan orang ramai.
Mula mencorak kariernya sebagai seorang wartawan penyiaran dan melonjak menjadi pembaca berita waktu perdana, namanya kian bersinar saat mengacara program yang pernah menjadi ikutan ramai Seulas Pinang bersama Allahyarham Aziz Desa.
Tidak bernokhtah di situ sahaja, kualiti bakat yang dimiliki olehnya diangkat untuk menjadi pengacara bagi program Nona bermula dari tahun 2001 sehingga 2004. Lantas, namanya terus menjadi bualan ramai dan menjadi ‘brenckmark’ untuk setiap pengacara yang mengacarakan program tersebut.
Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Berkat usahanya, Normala mula dirisik untuk menceburi bidang lakonan. Sebuah lagi kejayaan dalam diari kariernya apabila pada tahun 2002, pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam memilih Normala sebagai bintang utama dalam filem Gerak Khas The Movie. Biarpun ia merupakan langkah perjalanan baru baginya, namun ternyata persembahannya cemerlang sehingga filem itu pecah panggung apabila berjaya mengutip RM4.4 juta. Ternyata, Normala memiliki liganya tersendiri.
Kini, biarpun usianya sudah mencecah 58 tahun, isteri kepada mantan Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Azmi Khalid itu tetap kekal cantik biarpun sudah bergelar nenek berhijab, seolah-olah tidak dimamah usia. Apatah lagi, perkongsian dalam laman Instagramnya membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk menjalani kehidupan yang aktif.
Lihat saja segala aktiviti lasak yang dilakukan olehnya. Berbasikal, mendaki serta meneroka hutan belantara, membuatkan ramai yang teruja dengan perkongsiannya itu. Usianya tidak menghalang dirinya untuk menjejakkan kaki di Gunung Tahan, Pahang, Gunung Kinabalu, Sabah dan Gunung Batur, Indonesia.
Menurut Normala, ia bukanlah perkara baru bagi dirinya malah, sejak umurnya tujuh tahun, dia berjalan kaki sejauh empat kilometer untuk ke sekolah. Jadi, aktiviti lasak sudah menjadi sebahagian dari hidupnya.
Bayangkan sejak saya berumur tujuh tahun, saya berjalan kaki sejauh empat kilometer ke sekolah. Bagi saya, pergi balik ke sekolah itu ibarat satu latihan, sebab itu saya sebati dengan dunia lasak.
Malah, tambahnya lagi, saat kecil, dia bersama arwah datuknya meredah hutan untuk memburu kancil, ayam denak dan menjala ikan sungai. Jadi tidak hairanlah apabila ikon penyiaran ini berjaya meredah Sungai Merapoh sehingga Kampung Cegah Parah Pahang bersama 14 kru yang lain untuk program Seulas Pinang. Ramai yang teruja melihat aktiviti lasak yang dilakukan olehnya. Malah, ada yang senang hati melihat pemandangan hijau yang dikongsikan oleh Normala.
Pasti ramai yang ingin tahu mengenai rahsia menu makanannya yang menjadikan Normala awet muda dan kekal sihat. Bicaranya, dia tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sejuk. Praktisnya cuma minum air rebusan halia, serai rebus bersama kunyit, dua hingga tiga kali seminggu. Selain itu, Normala akui, amat menggemari sayur pegaga dan kecur.
Saya sebenarnya kalau nak diikutkan, tidaklah berpantang macam-macam, saya jaga (kesihatan) sebab semakin tua, semakin banyak makanan yang saya alah seperti tidak boleh makan sebab angin, kembung dan sebagainya. Contohnya, saya alah dengan pulut sejak dari muda lagi.
Waktu lapangnya kini banyak dihabiskan bersama keluarga tercinta. Memahami jadual sibuk ketiga-tiga cahaya matanya, Asyraf Roslan, Dr Ruhila Roslan dan Rubilla Roslan, Normala sentiasa memastikan supaya dapat meluangkan masa bersama-sama, Mengadakan jamuan makan dan bersantai bersama anak-anak dan cucu di rumah pada hujung minggu, merupakan aktiviti yang sering dilakukan bersama keluarga.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...