“Sejak akhir-akhir ini susah sungguh nak tidur malam. Pusing ke kanan salah, pusing ke kiri pun salah. Tak kan nak tidur duduk pula. Sakit pinggang ini semakin menjadi-jadi, nak berjalan jauh pun kejap-kejap asyik cari kerusi saja. Ini mesti sebab masa bersalin anak pertama dulu aku ambil epidural,” kata Zai mengadu kepada teman sepejabatnya.

Apabila usia kandungan masuk ke trimester kedua, perut pula sudah makin membesar. Rasa sakit pinggang di kalangan wanita mengandung adalah normal. Tetapi, bagaimanakah pula kalau sakit pinggang itu terlalu ketara dan mengganggu aktiviti harian. Benar kah epidural menjadi punca?

IKLAN

Epidural Ketika Bersalin, Perlu Ambil Atau Tanggung Sakit Sendiri

Adakah benar pengalaman mengandung boleh mengakibatkan sakit pinggang apabila usia meningkat 30an?

Mengandung boleh mengakibatkan sakit pinggang pada sesiapa sahaja tanpa mengira umur ibu yang hamil.

Sebenarnya bagaimana sakit pinggang ini boleh berlaku?

Sakit pinggang atau sakit di bahagian bawah tulang belakang semasa mengandung adalah berkaitan dengan beberapa faktor. Sesetengah wanita mula mengalami sakit belakang di awal kehamilan lagi. Wanita yang lebih berisiko untuk sakit belakang adalah mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau telah mempunyai sakit sebelum kehamilan.

Epidural Ketika Bersalin, Perlu Ambil Atau Tanggung Sakit Sendiri

Apakah faktor sebenar yang menyebabkan sakit pinggang kepada wanita?

Berikut adalah senarai perkara yang berpotensi menyebabkan sakit belakang semasa mengandung: ·

IKLAN
  • Peningkatan hormon – hormon yang dikeluarkan semasa mengandung membolehkan ligamen di bahagian pelvis menjadi lembut dan sendi menjadi longgar sebagai persediaan untuk proses kelahiran ; perubahan pada sendi tulang belakang dan pelvis ini, melonggarkan ligamen dan menjejaskan sokongan yang asal.
  • Pusat graviti – pusat graviti anda secara beransur-ansur akan bergerak ke hadapan dengan pembesaran saiz rahim dan bayi anda, ini menyebabkan postur tulang belakang anda berubah.
  • Peningkatan berat badan – proses kehamilan dan pembesaran bayi meningkatkan berat badan dan ini menjadi beban tambahan yang perlu ditampung oleh tulang belakang dan pelvis.
  • Postur atau kedudukan – postur yg tidak baik, berada dalam kedudukan berdiri dan membongkok yang lama boleh mencetuskan atau meningkatkan kesakitan yang anda alami di pinggang/belakang anda.
  • Pemisahan otot – Semasa rahim mengembang, dua kepingan otot selari ( otot ‘rectus abdominis’), yang berlangsung dari tulang rusuk ke tulang pelvis, terpisah dari bahagian tengah. Pemisahan ini boleh memburukkan lagi sakit belakang.
  • Tekanan – Tekanan emosi boleh menyebabkan ketegangan otot belakang, mengakibatkan rasa sakit belakang. Anda mungkin mendapati bahawa anda mengalami peningkatan dalam sakit belakang semasa mengalami tekanan.

Bagaimana pula dengan wanita yang mengambil epidural. Benar atau tidak epidural menyumbang kepada sakit pinggang?

Kajian awal telah mencadangkan bahawa ‘analgesia’ epidural semasa proses bersalin boleh dikaitkan dengan peningkatan insiden sakit belakang selepas bersalin. Walau bagaimanapun, kajian-kajian ini adalah kajian retrospektif dan reka bentuk metodologi yang kurang baik. Semua kajian yang lebih baik diterbitkan selepas itu menghasilkan keputusan yang sama : tidak ada hubungan di antara ‘analgesia’ epidural dan sakit belakang selepas bersalin dalam jangka masa panjang.

Epidural Ketika Bersalin, Perlu Ambil Atau Tanggung Sakit Sendiri

IKLAN

Terdapat sebarang suplemen untuk menjaga kesihatan pinggang?

Tidak ada diet khas atau suplemen untuk menjaga kesihatan pinggang, tetapi anda boleh membantu menjaga tubuh anda dalam keadaan yang baik dengan makan makanan yang sihat dengan banyak buah-buahan , sayur-sayuran , dan bijirin penuh. Pilih makanan yang rendah lemak tepu dan gula. Minum banyak air.

Makanan yang tinggi dalam antioksidan ( seperti sayur-sayuran berdaun hijau dan buah ) boleh membantu melawan keradangan. Elakkan kafein dan perangsang yang lain, alkohol, dan tembakau.

Bersenam dengan sederhana sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari, 5 hari seminggu. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan rejimen senaman yang sesuai.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI