Memasuki episod ke 5, Fabulous MUA NONA X FCC semakin hangat di mana para peserta yang layak ke peringkat separuh akhir iaitu Shahzard Duo, Nik Aswat, Arda Dhia, Wira Ummi Kay dan Suzana. Mengetengahkan cabaran Solekan Special Effects, kali ini kemampuan para peserta benar-benar teruji untuk menghasilkan solekan efek khas yang sememangnya memerlukan ketelitian kreatif dan daya imaginasi yang tinggi untuk menghasilkan solekan efek khas yang bermutu tinggi.
Pada episod kali ini, juri jemputan menampilkan tiga orang jurusolek terkemuka iaitu Sheila Mohamad, Ayang Kamel dan Yus Zuklifli, seorang jurusolek yang mahir dalam solekan kesan khas. Bagi menampilkan kelainan, kali ini peserta Fabulous MUA digandingkan untuk menyolek seorang model dengan menggunakan daya kreativiti masing-masing.
Arda Dhia telah berganding bersama Nik Aswat, Suzana dipasangkan bersama Wira manakala Shahzard Duo menghasilkan solekan efek khas bersama Ummi Kay. Para finalis diberi masa selama satu jam untuk menghasilkan solekan efek istimewa mengikut daya kreativiti masing-masing.
Yus Zulkili sempat berkongsi tips solekan efek khas bersama para finalis sebelum sesi penjurian.
“Untuk menghasilkan solekan efek khas, perlu main dengan layering, toning colour and contrast. Selain itu, jika ingin menghasilkan solekan efek khas yang nampak real seperti darah, ia tidak boleh kelihatan terlalu kering. Ia perlu sentiasa nampak basah agar ia nampak realisitic value,” ujar Yus Zulkifli yang turut menunjukkan contoh hasil kerjanya di hadapan para peserta. Beliau turut berkongsi tips bagaimana solekan efek khas dilakukan secara step by step.
Sesi penjurian peserta juga merupakan highlight untuk episod kali ini di mana para juri jemputan serta juri tetap melontarkan pandangan dan kritikan mengenai hasil solekan efek khas para peserta.
Hasil efek khas Arda Dhia
Nik Aswat dan Arda Dhia yang memulakan sesi penjurian di hadapan para juri membawakan konsep penari Thai yang diseksa akibat melakukan perbuatan hina. Konsep solekan yang menggunakan efek khas itu diserlahkan lagi dengan costume khas Siam yang dibawa khas oleh Nik Aswat sebagai nilai tambah terhadap hasil solekan yang dihasilkan. Hasil kreativiti kedua-dua peserta dinilai baik oleh para juri malah mendapat standing ovation dari Pengarah Urusan FCC Malaysia, Illi Zawani Ismail.
Hasil Efek Khas Nik Aswat
Seterusnya, Wira dan Suzana membawakan makhluk yang disumpah terbakar kulit serta terlihat tengkoraknya. Menurut Yus Zulkifli, dia menyukai hasil solekan efek khas yang dipersembahkan oleh Wira namun memuji hasil solekan efek khas Suzana yang mana sukar sebenarnya untuk membuat detail efek gigi adalah susah.
Ads
Hasil Efek Khas Wira
Pujian turut dilemparkan oleh Editor Pengurusan majalah NONA, Kiffy Razak terhadap hasil kerja Wira yang membuatkan sesiapa sahaja yang melihat solekan tersebut pasti tidak dapat tidur malam!
Hasil Efek Khas Suzana
Bagi gandingan Shahzard Duo dan Ummi Kay pula, mereka menggunakan konsep datuk kebayan yang duduk di dalam hutan untuk menjaga bumi. Manakala Shahzard Duo menggunakan konsep alam semulajadi pada bahagian atas, manakala bahagian bawah pula menggunakan konsep gersang. Hasil solekan Ummi Kay mendapat kritikan dari Yus Zulkifli di mana dia mengatakan ia nampak artistry tetapi konsep agak membosankan.
Hasil Efek Khas Shahzard Duo
Manakala konsep yang ditampilkan oleh Shahzard Duo menarik. Ayang Kamell pula turut menambah bahawa solekan special effects Ummi perlu organic line yang ditonjolkan lagi serta permainan warna yang agak kurang. Manakala komen untuk Shahzard Duo pula mendapat pujian dari Illi Zawani Ismail.
Hasil Efek Khas Ummi Kay
Para juri menghadapi saat sukar untuk menentukan siapakah yang layak memenangi cabaran pada episod kali ini memandangkan setiap peserta melontarkan gaya solekan efek khas yang mencabar dan menyelami kreativiti masing-masing dalam berkarya. Namun begitu, para juri telah sebulat suara memilih Arda Dhia sebagai pemenang untuk cabaran episode efek khas ini. Ia merupakan kemenangan kedua buat Arda Dhia setelah memenangi cabaran pada episod kedua.
Gabungan Nik Aswat dan Arda DhiaGabungan Wira dan SuzanaGabungan Shahzard Duo dan Ummi Kay
Tidak lengkap Fabulous MUA tanpa sebarang kejutan apabila kali ini bukan satu tetapi tiga penyingkiran dilakukan. Sekaligus menyaksikan Shahzard Duo, Ummi Kay dan Suzana menamatkan cabaran mereka di episod ke 5 Fabulous MUA. Tahniah diucapkan buat Wira, Arda Dhia dan Nik Aswat kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Fabulous MUA NONAxFCC!
Ads
Bagi Suzana, ketika diumumkan sebagai peserta yang menamatkan perjalanan di Fabulous MUA, perasaan hampa dan emotional pastinya terbit di hatinya kerana tiada rezeki untuk melangkah ke epsiod akhir. Tetapi melihatkan usaha yang dipamerkan sepanjang berada di Fabulous MUA, dia sememangnya berpuas hati kerana diberi peluang menyertai rancangan realiti digital majalah NONA ini!
“Terima kasih buat kawan-kawan yang menyokong Ummi sepanjang berada di Fabulous MUA. Terima kasih juga buat krew produksi, wartawan-wartawan majalah NONA yang terlibat dalam rancangan ini kerana membuat saya ‘menangis’ di depan kamera ini,” ujar Ummi mengakhiri perbualan.
Manakala peserta yang menampilkan kelainan dalam industri solekan, Shahzard Duo pula melahirkan rasa syukur kerana percubaan mereka menyertai rancangan digital realiti Fabulous MUA ini membawa mereka sehingga ke tahap separuh akhir. Pasangan duo ini berjaya membuktikan bahawa konsep solekan duo ini diterima dalam industri solekan dan akan berusaha mengukuhkan jenama duo itu ke tahap yang lebih membanggakan di masa akan datang.
Jangan lupa saksikan 3 finalis yang berjaya ke peringkat akhir Fabulous MUA NONAXFCC pada 13 November 2019 jam 9.00 malam. Siapakah bakal bergelar juara program realiti digital pencarian make up artist pertama di Malaysia ini?
Pemenang hadiah utama Fabulous MUA NONAXFCC bakal membawa pulang trofi, wang tunai RM6,000, barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM10,000, penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur, produk kosmetik tajaan FCC Malaysia, produk penjagaan wajah tajaan Nafura, beg tajaan O Bag dan jambangan bunga tajaan Haejabudiman.Co.
Ads
Pemenang tempat kedua pula bakal membawa pulang trofi, wang tunai RM3,000, barangan kemas Habib Jewels bernilai RM5,000, penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur, produk kosmetik FCC, produk penjagaan wajah tajaan Nafura, beg tajaan O bag dan kambangan bunga tajaan Haejabudiman.Co.
Manakala pemenang tempat ketiga pula bakal menerima sebuah trofi, wang tunai RM2,000, penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur, produk kosmetik tajaan FCC, produk penjagaan wajah tajaan Nafura, beg tajaan O bag dan jambangan bunga tajaan Haejabudiman.Co.
Tidak dilupakan, pemenang saguhati akan membawa pulang sijil penyertaan, produk kosmetik FCC, produk penjagaan wajah Nafura dan barangan O bag.
Fabulous MUA NONAXFCC bakal bersiaran menerusi platform digital Majalah NONA iaitu YouTube, Facebook dan lama web rasmi majalah NONA iaitu www.nona.my.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang benar kalau dah minat dengan kerjaya yang disandang payah macam mana sekalipun pasti kita dapat melaksanakan dengan jayanya sambil tersenyum puas. Begitulah cabaran yang dipilih oleh peserta Fabulous MUA, Ummi Kayy. Walaupun sudah mempunyai kerjaya tetap sebagai Broker Insuran tetapi tetap merealisasikan impiannya sebagai jurusolek.
Sedikit sebanyak kerjaya utama Ummi Kayy atau nama sebenarnya Ummi Kalsum Abdullah banyak mempengaruhi pertuturan dan penampilannya. Yakin dan tidak takut bercakap di depan khalayak adalah forte wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini.
Bila ditanya dah punya kerjaya tetap sebagai Broker Insuran tapi masih nak jadi jurusolek, jawabnya penuh yakin, “Minat! Kadang-kadang kita tak boleh elak daripada sesuatu yang memang menjadi minat kita. Biasanya jika dah minat kita akan sedaya upaya cari masa.
Saya amat bersyukur kerana mempunyai suami yang sangat memahami minat saya di samping kerja hakiki saya sebagai seorang Broker Insuran. Kiranya saya bekerja 7 hari dalam seminggu. Namun keizinan dan doa suami membuat saya lebih teguh dan berkeyakinan dalam bidang ini.
Saya juga beruntung tidak mendapat tentangan daripada ibu bapa dek kerana minat saya yang satu ini. Walaupun ada kerjaya tetap tetapi kerjaya jurusolek ini adalah sesuatu yang lebih kepada minat saya.
Saya masih mengutamakan kerjaya hakiki kerana saya percaya tak boleh put pressure pada benda yang diminati kerana takut minat itu lama-kelamaan akan hilang. Jadi saya lebih bersederhana dan happy dengan apa yang saya lakukan. Alhamdulillah, keluarga amat menyokong minat saya ini,” tutur ibu kepada seorang anak lelaki yang berumur 8 tahun ini.
Berpengalaman dalam bidang tatarias secara profesional dan sambilan sudah lebih 10 tahun, Ummi Kayy percaya dengan bidang yang dipilihnya ini. “Pada pandangan saya, bidang solekan ini boleh pergi jauh dengan penambahan skill business atau penghasilan produk. Kerana setiap makeup artist itu sudah tentu tahu apa yang mereka inginkan daripada segi skincare atau pun produk makeup. Jadi, pemilihan atau pembuatan lebih tepat dan hampir kepada pengguna.
Ada juga yang beranggapan kerjaya sebagai jurusolek tak menjamin masa depan. Namun, bagi saya semuanya perlukan perancangan, sebagai seorang yang berilmu, persediaan masa depan itu perlu ada. Bukan sahaja tertakluk kepada makeup saja malahan semua jenis pekerjaan. Nasihat saya, beringat dalam membina empayar dan kawal financial secara berhemah,” ucap wanita yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini.
Ummi Kayy juga rajin menuntut ilmu sehingga mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & 3 serta merupakan ahli Persatuan Makeup Artist Bumiputera Malaysia. Menyingkap kisah di awal penglibatan wanita yang berusia 36 tahun ini dalam bidang solekan, “Bermula ketika zaman belajar, saya berjinak-jinak menatarias kawan-kawan dan diri sendiri. Selepas itu minat makin mendalam dan mula melayari blog dan majalah.
Secara profesional apabila saya dibayar oleh rakan sendiri untuk menyolek dirinya di majlis nikah dah persandingan. Berbekal ilmu dan alatan mekap yang sedikit, saya berjaya memikul tanggungjawab tersebut dengan jayanya.
Setelah itu, saya mula mengikuti kelas-kelas jurusolek selebriti terkenal seperti Dato Alha Alfa, Nuex Rosli, Syazreeyana Shukri, Sheila Mohamad, Suhaib Daud, Chika the Divas, Bobo Cinta dan khusus untuk dandanan rambut bersama Emma Mustafa,” tutur anak sulung perempuan daripada 8 adik beradik yang kesemuanya lelaki ini.
Menariknya Ummi Kayy telah memasuki lebih daripada 50 pertandingan sekitar Kuala Lumpur. Bercerita tentang pertandingan pencarian makeup artist Fabulous MUA, kongsinya, “Saya melihat pertandingan ini sesuatu konsep yang baru iaitu menguji seorang makeup artist itu secara komunikasi dan persembahan.
Dunia makeup ini adalah salah satu dunia selebriti apabila kita akan dikenali. Jadi platform yang diberikan oleh Fabulous MUA adalah menepati apa yang dunia makeup ini perlukan,” kata Ummi Kayy yang dikenali sebagai My Shading Works kerana mengutamakan kekemasan shading dalam setiap hasil tatariasnya.
Saksikan Ummi Kayy dan lapan lagi peserta yang bertanding dalam Fabulous MUA Nona x FCC bagi merebut gelaran juara program realiti digital pencarian make up artist pertama di Malaysia ini. Fabulous MUA Nona x FCC bakal bersiaran menerusi platform digital Majalah Nona. Antaranya di Youtube, Facebook dan laman web rasmi Majalah Nona bermula 1 November ini, jam 8 malam. Pertandingan ini dihoskan oleh Fiza Frizzy manakala Pengarah Urusan FCC, Ili Zawani Ismail dan Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak selaku juri tetap.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makin lama makin ‘panas’ tengok program realiti digital pertama pencarian makeup artist Fabulous MUA. Memasuki episod ketiga, bahang dan tekanan merebut gelaran juara kian terasa dalam kalangan para peserta dengan masing-masing mula tunjuk ‘taring’ demi menarik perhatian juri selain enggan tersingkir. Namun, nasib tidak menyebelahi Suzana Zainan dan El Manda Suhairy dalam episod kali ini kerana kedua-duanya berada di kedudukan dua terbawah!
Mengetengahkan tema solekan Quick Makeup, peserta hanya diberi masa 30 minit untuk menyiapkan tugasan kali ini. Dalam keadaan masih terpinga-pinga menerima cabaran tersebut, peserta sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi ujian… iaitu hanya dibekalkan 10 produk Farmasi Color Cosmetics (FCC) sahaja!
Aduh, sudahlah kena cepat. Cuma guna 10 barang mekap pula tu. Memang menguji kemampuan. Patutlah emosi peserta terganggu dan salah seorang yang paling tercalar emosinya ialah Suzana Zainan!
Barisan juri yang mengadili peserta Fabulous MUA dalam episod 3
Mana tidaknya, orang lain dapat sekotak barangan mekap FCC yang lengkap dengan 10 produk. Tetapi Suzana atau lebih dikenali sebagai Ana pula, dapat kurang daripada jumlah itu. Semuanya gara-gara kesilapan Ana sendiri yang tidak membawa kesemua barangan kosmetik FCC yang telah diberikan kepada setiap peserta. Sebaik menyedari kekurangan tersebut, air mata Ana mengalir laju dan berkali-kali ayat ‘Aku tak boleh buat’ terpacul dari bibirnya sambil menghentak-hentak kotak mekap yang ada di atas meja sebagai tanda kesal.
Melihat keadaan Ana yang sedang berang, para peserta dan model datang menenangkan ibu empat anak ini dengan kata-kata semangat. Kata Ana, “Dengan rasa tak sedap hatinya, saya tengok dekat meja saya tu hanya ada powder, ada eyeliner, eyebrow dan maskara set. Saya terus cakap, ‘Apa ni… Aku tak boleh buat, aku tak boleh perform benda ni. Takkan benda ni je ke aku nak bagi makanan untuk family aku.’
It’s very hard, very frustrated… makeup ni my passion. Nak berkarya memang sepenuh jiwalah. Ia bukan sebab kita nak buat benda-benda ini untuk glamor. No! Saya ada strong reason tak bawa full kotak mekap FCC.”
Situasi tegang itu berlarutan selama hampir 15 minit sebelum Ana kembali tenang dan mula menata rias wajah model yang juga rakan karibnya sejak kecil. Disangkakan ‘derita’ Ana sudah berakhir, rupanya ia kembali hangat sebaik jurusolek terkemuka iaitu Nurul Shukor datang memantau solekan peserta. Terkejut dengan barang mekap Ana yang sangat terhad, Nurul Shukor atau selesa digelar Babah menyapa dengan penuh tanda tanya.
“Kenapa jadi macam ni? Dengar khabar mereka bagi satu box, kan? Ini pertandingan, I don’t care. Aku cabar kau, Ana… aku cabar kau betul-betul sekarang. Aku nak dalam masa dan produk ni kau boleh buat mekap terbaik daripada mereka. Jangan tunjuk kau nak menangis, aku nak tengok kau buat betul-betul,” tegas Nurul Shukor.
Dek kerana kreativiti Ana terhad akibat kekurangan barang mekap, dia berada di kedudukan tercorot bersama seorang lagi peserta, Manda yang akhirnya disingkirkan daripada Fabulous MUA.
Sementara Ummi Kay yang pernah dikritik hebat juri dalam episod pertama disebabkan solekannya seperti ‘perempuan kampung’… kembali bangkit membuktikan kemampuan diri. Dalam episod kali ini, konsep ‘the eye upside down’ yang dipertaruhkan berjaya menarik perhatian para juri dan disifatkan sangat urban, chic dan fresh. Sekaligus dinobatkan sebagai pemenang bagi episod ketiga setanding pemenang episod terdahulu iaitu Shahzard Duo dan Arda Dhia.
Solekan Ummi Kay bertemakan ‘The eye upside down’Hasil solekan Arda DhiaHasil solekan Shahzard DuoSolekan Nik AswatSolekan Wira KastryaSolekan Suzana ZainanHasil solekan Manda yang membuatkan dia tersingkirPerjalanan Manda (duduk di tengah) berakhir dalam Fabulous MUA
Kini hanya tinggal enam sahaja peserta yang masih bertanding untuk memenangi gelaran juara Fabulous MUA yang turut bakal membawa pulang trofi, wang tunai, barangan kemas Habib Jewels, penginapan dua hari satu malam di hotel Sunway Group, produk penjagaan wajah Nafura, produk kosmetik FCC dan Bag O Bag. Episod ketiga ini turut menampilkan Nurul Shukor, Sheila Mohamed dan Kilafairy sebagai juri jemputan. Manakala Kiffy Razak dan Ili Zawani kekal sebagai juri tetap.
Saksikan episod seterusnya Fabulous MUA pada Jumaat, 8 November ini jam 8 malam di saluran Youtube, Facebook dan laman web Majalah Nona.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rambutnya yang kerinting tetapi cantik itu menjadikan nama Fiza Saad lebih dikenali sebagai Fiza Frizzy. Kepetahannya mengacarakan rancangan di kaca televisyen serta majlis-majlis korporat meletakkan dirinya sebagai salah seorang pengacara yang sering terpilih untuk majlis -majlis makan malam, pelancaran produk dan sebagainya. Tidak hairanlah mengapa ibu kepada seorang cahayamata ini terpilih untuk mengacarakan rancangan realiti digital pertama majalah NONA, Fabulous MUA NONAXFCC yang boleh disaksikan di platform digital majalah NONA dari 1 November dan bakal berakhir 13 November nanti.
“Trademark saya adalah rambut kerinting dan mata saya yang sentiasa berkelip-kelip ketika cuba untuk mencari idea ketika bercakap. Saya tidak mempunyai trademark lain untuk dikenali, mungkin apa yang ada ini sudah mencukupi untuk orang mengingati saya?”.
Rupanya, graduan Biosains ini sememangnya amat cenderung dalam bidang komunikasi sejak di zaman remaja lagi.
“Saya merupakan seorang graduan Biosains tetapi minat saya sangat cenderung untuk bercakap. Saya pernah memasang angan-angan untuk beradi di kaca televisyen, sama seperti Fara Fauzana dan Fiza Sabjahan. Untuk merealisasikan angan-angan itu, saya cuba menyertai satu program yang mencari bakat sebagai pengacara TV/Penyampai Radio dan Kolumnis (Projek Metro) pada tahun 2013 dan saya adalah salah seorang finalis,” ujar Fiza memulakan bicara.
Walaupun tidak mempunyai ilmu dalam bidang pengacaraan, Fiza tetap meneruskan niat untuk mencapai apa yang diangankan. Enggan dikenali sebagai seorang selebriti, Fiza lebih gemar jika dikenali sebagai seorang personaliti kerana ia lebih bersesuaian dengan karekter dirinya. Selain aktif dalam bidang pengacaraan, Fiza turut memasang pelbagai impian untuk melebarkan lagi sayap dalam bidang pengacaraan yang amat dicintainya ini.
“Saya mempunyai banyak impian dan banyak cakap. Malah saya juga merupakan seorang Recruitment Consultant, satu bidang yang sangat competitive dan sales oriented.”
Latar belakang dalam bidang biosains sebenarnya banyak membantu Fiza dalam berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Menjadikan ilmu itu sebagai satu kewajipan tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi, Fiza meletakkan kedua ibubapanya sebagai tulang belakang kejayaannya kini.
“Ibu bapa saya adalah tulang belakang saya. Sebelum menceburi bidang ini, mereka sebenarnya tidak bersetuju dengan keputusan saya. Tetapi saya memberi keyakinan sekiranya saya tidak berjaya mencapai apa yang saya ingin dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang, saya akan berhenti. Tetapi Alhamdulillah, kata orang rezeki tidak pernah salah alamat.
Sentiasa merendah diri dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya membuatkan Fiza cukup dikenali dan berada dalam kelas yang tersendiri. Walaupun begitu, sifatnya yang merendah diri menambahkan lagi rasa selesa dan senang untuk sesiapa sahaja bekerjasama dengannya.
“Saya belum cukup dikenali dikalangan penonton dan netizen. Cuma, bakat yang saya ada ini dihargai apabila klien dan pihak televisyen menawarkan peluang untuk mengacarakan sesebuah rancangan atau majlis keraian. Malah saya turut rasa berbangga apabila terdapat program televisyen yang mahukan perkhidmatan saya. “
Sebagai pengacara yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengacaraan, rupanya banyak lagi impian dan cita-cita wanita muda ini yang masih belum terlaksana. Walaupun begitu, kenangan manis ditawarkan mengacarakan satu rancangan travelog ke negara matahari terbit, Jepun merupakan antara impian yang menjadi kenyataan untuk dirinya.
“Program travelog ke Jepun di mana saya bekerja bersama-sama pasukan dari Jepun merupakan kenangan manis sepanjang kerjaya saya.Bayangkan ketika itu saya sedang hamil enam bulan. Program Jalan-jalan Jepun di Wilayah Tohoku itu ditayangkan di salah sebuah stesen televisyen tempatan. Istimewanya, program ini bukan hanya dikendalikan oleh saya sendiri tetapi bergandingan bersama Cef Adu. Malah penerbit dari stesen televisyen itu juga turut bersama-sama kami. “
Satu lagi pengalaman yang akan sentiasa saya ingat adalah bekerja dalam keadaan sarat mengandung! Bayangkan, saya masih lagi bekerja walaupun kandungan sudah berusia sembilan bulan lima hari. Overdue tetapi masih lagi ligat bekerja! Selain itu, saya juga berpeluang untuk menemubual Ed Sheeran, seorang penyanyi dan pemuzik yang sangat diminati ramai. Dan, saya juga berpeluang menemubual pelakon-pelakon Black Panther di Seoul.
Sentiasa merendah diri, yakin dengan diri sendiri menjadi pegangan ibu keoada seorang cahayamata ini untuk kekal relevan dalam dunia pengacaraan. Tambah Fiza lagi, setiap insan mempunyai impian dan usaha dan terus berusaha tanpa jemu menjadi pegangan hidupnya untuk mencipta kejayaan.
“Saya sentiasa letakkan keletihan dan kepenatan jauh-jauh kerana itulah yang akan membawa kita mendekati kejayaan. Paling penting, sentiasa yakin dengan diri sendiri. Bagi saya, seorang host perlu mempunya karakter atau personaliti diri yang asli dan semula jadi. Itulah yang akan membuatkan kita lain dari yang lain. Kita juga akan tampak lebih berkeyakinan dan fun!
Sepanjang 6 episod mengacarakan Fabulous MUA, kekuatan Fiza terletak kepada kepetahan ketika berbicara lebih-lebih lagi tanpa ada skrip. Hanya berikan point penting dan Fiza akan cuba sebaiknya untuk menjalankan tugas sebagai pengacara. Jangan tak tahu, Fiza juga boleh menghafal skrip dalam masa yang singkat! Itu adalah antara kelebihan dari segi kekuatan akal fikiran yang dimiliki oleh pengacara yang bubbly ini!
Tambah Fiza lagi, setiap pekerjaan ada cabaran dan dugaannnya. Untuk saya, setiap jadual yang ada saya perlu kendalikan sendiri tanpa personal assistant atau pengurus. Malah di rumah juga tidak ada pembantu yang membantu menguruskan rumah dan anak. Di samping itu, saya juga perlu memandu sendiri ke lokasi, menguruskan diri sendiri dan menyolek sendiri tanpa disediakan jurusolek. Memang memenatkan tetapi berbaloi!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.