Sebagai ibu bapa sudah menjadi bertanggungjawab mereka untuk memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Namun, setiap ibu bapa mempunyai cara yang tersendiri untuk mencorakkan masa depan anak mereka. Ada sebahagian ibu bapa sudah menetapkan setiap anak perlu bekerja sebagai itu dan ini bila besar nanti dan tidak kurang juga yang memberi kebebasan kepada anak-anak mengikut minat masing-masing.
Tidak ada ibu bapa yang mahu melihat anaknya hidup susah dan oleh sebab itu mereka mempunyai pandangan tersendiri dalam pilihan bidang kerja yang dipilih oleh anak-anak. Cuba letakkan diri kita sebagai ibu atau bapa, apabila anak tersayang menyatakan hasratnya untuk menjadi makeup artist sebagai kariernya. Apa yang kita fikir dan akan lakukan.
Salah seorang peserta Fabulous MUA, Arda Dhia mempunyai pengalaman apabila ibunya tidak merestuinya pilihan kerjayanya sebagai makeup artist. Kongsinya, “Mak saya seorang ibu tunggal dan membesarkan saya bersama adik di rumah nenek. Sebagai anak sulung sememangnya keluarga terutama mak mahukan saya memiliki kerja yang ada masa depan dan terjamin.
Jadi selepas habis sekolah saya mula bekerja sambilan sebagai makeup artist di sebuah bridal. Mak beranggapan pekerjaan itu sekadar suka-suka untuk dapatkan duit. Namun bila saya habis diploma dan buka bridal sendiri maka bermula lah episod pergaduhan dalam keluarga.
Ini kerana keluarga beranggapan saya tidak akan mampu membayar balik pinjaman pendidikan dan akan menyusahkan mereka kelak. Mak juga risau saya tidak mampu membeli aset, tapi alhamdulillah saya berjaya buktikan dapat bayar pinjaman dan beli kereta serta tiada hutang hasil titik peluh sebagai jurusolek. Akhirnya keluarga saya menerima dan reda dengan rezeki yang Allah SWT telah tetapkan untuk saya,” kongsi Arda Dhia yang berasal dari Johor Bahru ini.
Pengalaman yang serupa juga telah dikongsi oleh jurusolek profesional, Ayang Kamell. Kongsinya, “Di awal pembabitan dalam bidang ini memang saya juga mendapat tentangan daripada keluarga. Sebab masa tu saya masih di bangku sekolah dan universiti. Keluarga juga menentang sebab bidang solekan bukan dalam bidang yang dipelajari dan kata mereka itu adalah pekerjaan perempuan, tak sesuai untuk lelaki.
Ads
Namun selepas belajar saya terus aktif sebagai jurusolek dan merupakan kerja sambilan di hujung minggu dan masa lapang. Sehinggalah saya diterima bekerja di sebuah syarikat kecantikan dan kosmetik lalu saya meneruskan minat menjadi kerjaya sepenuh masa.
Pada masa itu keluarga sudah mula memahami dan apatah lagi setelah hasil kerja membuahkan pendapatan yang tetap kepada saya. Hari ini keluarga pula yang selalu bertanya apa update saya tentang dunia solekan, alhamdulillah,” ulas Ayang Kamell.
Nampaknya Arda Dhia tidak keseorangan apabila peserta Fabulous MUA, Wira juga mempunyai pengalaman yang sama. “Memang masa mula-mula dulu ibu bapa saya juga tidak merestui pilihan kerjaya sebagai makeup artist ni.
Ads
Ibu bapa saya menentang bila beranggapan kerjaya ni tak stabil dan pendapatan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jadi saya bekerja keras untuk tingkatkan diri, buat networking and marketing untuk cari klien.
Lama-kelamaan bila saya berjaya buktikan bahawa bidang ni boleh cari makan dengan syarat buat dengan ikhlas dan tak menjadi feminin walaupun kerjanya menyolek wanita lain,” kongsi Wira.
Pasangan ShahZard Duo pula beruntung apabila kedua ibu bapa merestui pilihan mereka. Kongsi mereka, “Syukur alhamdulillah mak ayah kami berdua merestui apa yang kami buat sekarang. Bukan sahaja merestui mereka juga nampak bangga dengan kami tambah-tambah dengan chemistry kami berdua.
Kami juga bersyukur sebab mak ayah kami berdua terus rapat macam saudara-mara. Bila hari raya atau musim buah kedua-dua buah keluarga akan saling menziarah. Sama ada datang ke Perak atau pergi ke Melaka.
Ads
Kunci kejayaan kami adalah apabila setiap kali kami dalam kereta nak keluar pergi makeup mesti akan call mak ayah masing-masing beritahu kami akan pergi buat makeup. Pesanan mak ayah Melaka, “Buat baik-baik jangan bagi orang tunggu biar kita tunggu,”. Pesanan mak ayah Perak pula “Makeup elok-elok jangan sesekali bercakap kasar dengan klien,”. Jadi mak ayah kami memang sokong apa yang kami buat,” kongsi ShahZard Duo.
Makeup artist yang menjadi buruan selebriti, Bee Ramza juga pernah ditentang oleh keluarganya apabila berhasrat untuk menjadi jurusolek. Kongsinya, “Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Ibu bapa saya juga tidak terkecuali. Mereka mahu melihat saya kerja makan gaji, baru boleh ada comitment hidup dan stabil.
Saya berjaya yakinkan mereka dengan tunjuk bank statement lepas beberapa bulan bekerja sendiri sebagai makeup artist. Lepas tu mereka menerimanya. Nasib baik famili saya jenis open maksudnya mereka tak kisah asalkan kita boleh berdikari. Cuma sebab saya ada 5 orang abang, jadi mereka overprotective sikit tambah-tambah daddy saya sudah tiada,” kongsi Bee Ramza.
Tambah Bee Ramza lagi, “Arwah daddy nak saya jadi doktor gigi. Sebab dia ada klinik sendiri, jadi dia selalu cakap nak ada anak doktor gigi sebab nanti boleh klinik sebelah sebelah. Tapi sebenarnya cita-cita saya nak jadi peguam.
Kita merancang, Allah SWT pun perancang, kan? Sampai sekarang tak ada seorang pun dalam famili saya persoalkan kerjaya ini. Mereka supportive dan kadang-kadang bila berkumpul mereka pula excited nak dengar perkembangan saya. Sebab mereka semua lain-lain bidang, ada doktor, cikgu dan jurutera.
Keluarga suami pun sama, mula-mula memang tak suka sebab saya tak ada kerja tetap. Tapi saya buat method sama. Kena buktikan kita mampu. Memang duit bukan segala-galanya, tapi tak ada duit apa pun tak boleh buat sekarang kan? Lepas tu saya hanya buktikan yang saya boleh ada komitmen lain macam beli rumah, beli kereta sendiri. Cukup dah, alhamdulillah,” kongsi Bee Ramza.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, nampaknya banyak kemahiran seni yang bakal tumpul kalau lama tak diasah. Antaranya kemahiran mekap. Maklumlah nak mekap siapa, muka sendiri pun pucat sebab duduk di rumah.
Memandangkan tempoh PKP dilanjutkan hingga 14 April ini, majalah Nona melancarkan sebuah peraduan online buat penggemar mekap di Malaysia iaitu Fabulous MUA Beat My Look.
Peraduan ini berlangsung menggunakan platform Instagram dan Facebook sepenuhnya, bermula tarikh 1 hingga 14 April ini. Ia dibahagikan kepada dua cabaran (Week 1 dan Week 2) dengan tawaran hadiah bernilai RM200 setiap minggu untuk dua orang pemenang.
“Demi menyahut seruan #dudukrumah dan #stayathome ni, sedar tak sedar kita di rumah, muka dah lama tak berpupuk bedak, jauh sekali bercelak dan bergincu. Kini dah tiba masanya untuk anda unzip semula beg mekap tu sebagai tanda sokongan terhadap Nona.
Cabaran Fabulous MUA Beat My Look bukan saja simple, tapi menjadi medan berkarya buat para penggemar mekap, tak kira yang baru atau lama untuk mengasah semula kemahiran mereka,” kata Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak.
Cabaran Week 1
Berlangsung dari 1 hingga 7 April 2020, tema ‘FIGHT CORONA!’ dipilih sebagai cabaran peserta. Anda bebas mengekspresi mesej melalui mekap yang dihasilkan. Antaranya seperti karya Bella (@muabellaz) dan Albin Hassan (@albinhassan_official) ni.
https://www.instagram.com/p/B-BGWJEJhPa/
https://www.instagram.com/p/B-C5pZHpX7n/
Cara Penyertaan:
Muat naik video tutorial mekap bertemakan ‘FIGHT CORONA!’ di akaun Instagram anda. Boleh mekap wajah sendiri atau sesiapa di rumah.
Video tutorial paling kreatif dengan mekap paling cantik, mendapat likes dan markah tertinggi bakal membawa pulang wang tunai. Penyertaan akan dinilai melalui 70% views tertinggi dan 30% oleh juri.
Jangan lupa tag @majalahnona dan hashtags #fabulousmua #fabulousmua2020 untuk penyertaan. Pastikan tetapan akaun Public.
Tarikh tutup penyertaan pada 7 April 2020.
Jangan lupa mulakan misi ‘FIGHT CORONA!’ bermula 1 April nanti. Selamat mencuba!
#fabulousmua
#fabulousmua2020
#dudukrumah
#stayathome
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemunculan awal jurusolek pasangan duo ini di sesi uji bakat Fabulous MUA benar-benar mencuri perhatian. Tertanya-tanya bagaimana agaknya hasil karya yang bakal ditonjolkan bila seorang mekap di sebelah kiri dan seorang lagi pula mekap di sebelah kanan.
Ternyata personaliti dan kelainan yang ada dalam kumpulan Duo ShahZard ini telah berjaya mencuri hati juri. Keupayaan ShahZard Duo dalam bidang solekan ini memang lain daripada yang lain dan hasil yang ditonjolkan juga begitu sempurna, tak ada istilah kening senget sebelah atau shading gelap sebelah.
Malah ShahZard Duo memegang gelaran Jurusolek Duo Pertama di Malaysia. ShahZard Duo dianggotai oleh Shahrul Aznan Ishak dan Muhammad Rohaizat Bahanan. Menggabungkan nama keduanya, maka terciptalah ShahZard Duo ini. Masing-masing memiliki Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Pengurusan Hotel dan Katering dari Politeknik Merlimau, Melaka.
Bercerita tentang terciptanya jurusolek duo pertama di Malaysia ini tak sangka rupa-rupanya penyanyi Haiza merupakan pencetus kewujudan kumpulan ini. “Sebenarnya kami berdua tak pernah merancang nak wujudkan jurusolek duo ni. Semuanya berlaku secara kebetulan.
Segala-galanya bermula bila kami berdua terlibat dalam sebuah program di ASTRO yang melibatkan penyanyi Haiza Hanafi. Disebabkan Haiza sound check agak lama masa tu, lagi setengah jam sebelum show bermula baru Haiza datang ke makeup room. Salah seorang daripada kami diberi peluang untuk siapkan Haiza.
Jadi dalam masa setengah jam tu kami berbincang untuk buat sama-sama. Secara tak sengaja mekap seorang sebelah dan tanpa dirancang hasil nampak sama. Haiza terus cakap pertama kali ada duo makeup dan hasil sama macam seorang buat.
Dari situ kami terfikir untuk wujudkan duo makeup ni, sebab belum lagi ada duo makeup dalam industri ini berbanding pereka fesyen dan penyanyi duo. So, why not kalau kami wujudkan duomakeup dalam Malaysia ni,” terang pasangan duo yang berusia 28 tahun ini.
9 tahun berkecimpung dalam dunia solekan bukan suatu jangka masa yang singkat. Namun pencapaian demi pencapaian yang dikecap oleh ShahZard Duo telah menjadi pemangkin semangat untuk terus berjuang dalam bidang yang mereka cintai ini. “Jika bercakap tentang pengalaman manis, banyak momen yang telah tercipta sepanjang penglibatan kami.
Di antaranya adalah kepercayaan yang diberi oleh selebriti kepada kami berdua. Bukan senang kami nak yakinkan mereka tentang duo nie. Namun, bila ada artis yang sudi ambil kami sebagai personal makeup artist tu adalah satu detik yang paling happy buat kami.
Selain itu dikenali di kalangan jurusolek ternama tanahair juga adalah salah satu kenangan manis bagi kami. Maklumlah, bermula daripada menyolek pelajar-pelajar Politeknik untuk majlis makan malam saja. Siapalah kami, tak dipandang pun sehingga sekarang kami digelar Makeup Duo dan dikenali. Dah rasa macam selebriti pula. Alhamdulillah kami diberi kesempatan untuk merasa semua ni dan kami cuma berharap semua dapat terima kami seadanya,” bicara ShahZard Duo penuh harapan.
Ketika diajukan pandangan ShahZard Duo tentang masa depan bidang solekan ini, tutur mereka, “Bagi kami menjadi jurusolek duo ini memang boleh pergi jauh. Sebab ada kelainan dan kerana setiap jurusolek memang mencari treadmark masing-masing. Jadi kami buat satu kelainan di situ iaitu Duo Makeup. Dalam dunia solekan ini memang boleh pergi jauh tapi yang penting kita kena pandai cari arah tuju untuk jual hasil karya,” ulas ShahZard Duo.
Saksikan ShahZard DUO dan lapan lagi peserta yang bertanding dalam Fabulous MUA Nona x FCC bagi merebut gelaran juara program realiti digital pencarian make up artist pertama di Malaysia ini. Fabulous MUA Nona x FCC bakal bersiaran menerusi platform digital Majalah Nona. Antaranya di Youtube, Facebook dan laman web rasmi Majalah Nona bermula 1 November ini, jam 8 malam. Pertandingan ini dihoskan oleh Fiza Frizzy manakala Pengarah Urusan FCC, Ili Zawani Ismail dan Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak selaku juri tetap.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang lagi peserta #fabulousMUA NONAXFCC yang banyak menimba pengalaman melalui pertandingan ialah Kasteriya bin Shuib atau lebih dikenali sebagai Wira Kastrya. Karekter yang mudah didekati dan peramah, itulah telahan awal tatkala pertama kali penulis berbual dengannya. Patutlah dia bijak berkomunikasi kerana dia bukan sahaja mempunyai latar belakang dalam dunia solekan, malah dia merupakan seorang pendidik! Siapa sangka, minat dalam dunia solekan membawa Wira Kastrya menerokai bidang solekan.Bukan itu sahaja, jejaka dari Kuala Lumpur ini juga turut mengusahakan perniagaan Spa diberi nama Spa Pura Vida.
Tidak sah jika soalan mengenai penglibatan awal dirinya dalam dunia solekan tidak ditanya kerana ia merupakan titik permulaan segalanya. Semasa kecil, saya tidak tahu apa-apa mengenai alat mekap tetapi saya suka melihat benda-benda yang cantik. Apabila usia semakin meningkat dewasa, saya mula berminat membelek majalah-majalah yang memaparkan ruangan fesyen dan muka depan yang mana model dan personaliti dirias cantik.
Terdetik di hati, alangkah bagusnya jika saya dapat menyolek seseorang seperti yang saya lihat di dalam majalah. Pada masa yang sama, saya sering menjadi bidan terjun apabila diminta menyolek rakan-rakan penari ketika membuat persembahan.
“Ketika itu, saya jadi bidan terjun menyolek penari-penari untuk membuat persembahan. Bermula dari situ, saya belajar sendiri asas dan teknik solekan dan lama-kelamaan ia mencetuskan minat untuk saya mengembangkan lagi bakat dalam bidang solekan,” ujar Wira yang telah sembilan tahun berkecimpung di dalam dunia solekan dan pernah dinobatkan sebagai Top 5 Malaysian Makeup Artist Awards 2019, pertandingan bertaraf nasional.
Untuk menjadi jurusolek yang mahir bukan mudah kerana seseorang perlu mempunyai asas dan ilmu mengenai solekan. Wira belajar sendiri dan kembangkan bakat dalam bidang solekan. Selain minat dan belajar sendiri, Wira turut mengikuti kelas-kelas solekan dan minat menjadi make up artist semakin menebal di dalam dirinya.
Amat meminati hasil seni Pat Mcgrath kerana dia merupakan salah seorang jurusolek terbaik yang menghasilkan solekan beauty dan creative makeup. Tambah Wira lagi, setiap sentuhan Pat Mcgrath mempunyai magis tersendiri! Antara selebriti tempatan yang pernah mendapat sentuhan Wira termasuklah Fatiya Latiff, Tasya Shilla, Sasha Saidin, Jihan Muse, Amelina, Julia Farhana Marin, Lana Nodin Zahirah McWilson dan Haneesha Hanee. Wira juga bertuah kerana sentuhannya juga pernah mendapat kepercayaan golongan VIP dan kerabat diraja kerana Wira mempunyai gaya solek tersendiri yang lebih mengetengahkan konsep soft and sultry glam make up untuk menaikkan lagi seri para pelanggannya.
Ditanya mengapa dia berminat untuk bersama program reality #FabulousMUA, menurut Wira Fabulous MUA menjadi platform untuk jurusolek baharu sepertinya untuk mengembangkan bakat dan memberi peluang kepada dirinya untuk membuktikan bakat dan kemahiran yang dimilikinya setanding dengan make up artist yang hebat di Malaysia.
Dalam melalui perjalanan sepanjang sembilan tahun sebagai make up artist, pelbagai liku harus diharungi apatah lagi pada permulaannya, penglibatan dirinya dalam dunia solekan mendapat sedikti tentangan dari keluarga.
“Bila sebut tentang tulang belakang dalam karier saya, tentulah keluarga yang banyak menyokong walaupun pada mulanya mereka menentang apabila saya mula serius dalam bidang ini. Stigma jurusolek lelaki sebagai lelaki lembut, feminin dan sebagainya . Tetapi saya buktikan kepada keluarga, siapa saya sebenarnya ialah siapa yang mereka kenal. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, mereka menyokong minat saya,” ujarnya lagi.
Berkongsi kisah pahit sepanjang penglibatannya dalam industri solekan Wira terpaksa mempertaruhkan duit simpanan untuk membeli rumah semata-mata untuk membeli barang solekan yang bermutu tinggi.
“Ketika mula-mula serius dalam bidang ini, saya sanggup gunakan duit simpanan yang saya khaskan untuk beli rumah semata-mata nak beli alat solekan yang high end bila client pernah pandang sinis barangan make up biasa yang saya gunakan. Saya jadikan pengalaman itu sebagai azam untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang saya ceburi. Saya nekad dan tak mahu orang pandang rendah dengan kebolehan kita dan hanya memandang dari segi luaran semata-mata”.
Selain itu, cabaran dalam dunia media sosial juga banyak mempengaruhi perjalanan karier apabila terdapat pelanggan yang mempersoalkan kebolehan Wira hanya berdasarkan jumlah followers yang tidak ramai di Instagram semata-mata.
“Tapi saya buktikan saya bukan make up artist picisan, tapi mampu menyolek selebriti di Malaysia dan hasil kerja dihargai di plaform majalah, surat khabar dan media massa yang lain”.
Wira amat menghargai setiap hasil solekan yang dihasilkan dan merasa bersyukur dan berterima kasih apabila hasil kerjanya dihargai oleh para pelanggan. “Senyuman yang terukir di wajah pelanggan adalah penghargaan yang tidak ternilai buat saya. “
Saksikan Wira dan lapan lagi peserta yang bertanding dalam Fabulous MUA NONAxFCC bagi merebut gelaran juara program reality digital pencarian make up artist pertama di Malaysia ini. Fabulous MUA NONAXFCC bakal bersiaran menerusi platform digital Majalah NONA. Antaranya di YouTube, Facebook dan laman web rasmi majalah NONA bermula 1 November ini, jam 8 malam. Pertandingan ini dihoskan oleh Fiza Frizzy manakala Pengarah Urusan FCC, Ili Zawani Ismail dan Editor Pengurusan Majalah NONA, Kiffy Razak selaku juri tetap.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!