Kehangatan Program Realiti Pencarian Makeup Artist Fabulous MUA Digital Pertama di Malaysia semakin terasa. Episod 4 kali ini menyaksikan 6 peserta berentap menunjukkan skil solekan masing-masing dengan cabaran yang telah disediakan.
Top 6 ini telah menerima kejutan pada episod 4 apabila tidak boleh memilih model. Dengan tema Beauty at 40, model telah sedia menanti di bilik mekap di tempat masing-masing sambil menunggu kehadiran Top 6 ini.
Sebelum itu, Makeup Artist Diraja Datin Saidatulnisa Aminuddin telah berkongsi sedikit tip untuk solekan wanita berusia. Kongsinya, “Bila dah berusia 40an solekan tetap kena ada tapi, tak sebanyak atau setebal wanita muda.
Prep tu sangat penting sebab bila dah berusia kulit mudah menjadi kering jadi fungsi solekan untuk melembapkan kulit. Pemilihan foundation yang betul juga sangat penting. Penekanan solekan wanita berusia? Kalau bagi saya, saya lebih menitikberatkan kepada kelembapan dan kesihatan kulit,” kongsi kakak kepada Ratu Rock, Ella ini.
Seperti episod sebelum ini Fiza Frizzy telah dipertanggungjawabkan untuk mengemudi Program Realiti Pencarian Makeup Artist Fabulous MUA sebagai hos. Manakala Pengarah Urusan FCC, Ili Zawani Ismail dan Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak selaku juri tetap. Kehadiran Datin Seri Maria Farida, Datin Saidatulnisa Aminuddin dan Sheila Mohamad sebagai juri jemputan telah merancakkan lagi sesi penjurian.
Namun, nampaknya keputusan juri pada episod kali ini telah disangkal oleh kedua-dua peserta Bottom Twoiaitu ShahZard Duo dan Ummi Kayy. Mereka tidak berpuas hati dengan keputusan juri meletakkan mereka di kedudukan dua terbawah.
Luahan hati Ummi Kayy, “I dah ready to be at the Bottom Two sebab juri cakap I tak been justice to the model saya sebab I tak muda kan dia. And then mereka cakap I tak keluar daripada kotak, kenapa saya tak bermain dengan color.
Ads
I believe that I did justice pada model saya. I buat correct to the whole face. I rasa which is judge tak rasa. Saya yang paling banyak berubah sekali muka. From original Kak Jun (model) to the better one,” komen Ummi Kayy yang sudah dua kali berada di kedudukan dua terbawah.
Manakala pasangan ShahZard juga terpinga-pinga apabila nama mereka disebut sebagai kedudukan dua terbawah. “Kami terkejut sebab macam tak sangka pulak, sebab kita rasa kita dah buat sehabis baik. Dengan juri pun bagi komen yang positif. And then model pun rasa love dengan look tu sebab tak henti-henti asyik selfie. Kami tak tahu apa yang kurang lagi,” komen ShahZard Duo.
Persembahan hasil solekan Top 6 mengikut masa yang diberikan iaitu selama 1 jam.
Konsep: Inspirasi daripada Taraji P. Henson dalam filem Empire.
Ummi Kayy telah mendapat kritikan dari semua juri kerana dikatakan tidak menceriakan wajah wanita berusia. Komen Kiffy Razak, “Saya harapkan sesuatu yang lebih segar. But not like this, Ummi,”.
Ads
Konsep: Fresh Look
Bagi tak nampak terlalu berusia kami bagi sikit warna. Kami mementingkan kekemasan agar sesuai untuk ke majlis. Namun Ili Zawani Ismail kata nampak cantik tetapi tak ada faktor ‘WOW’ dalam solekan ShahZard Duo.
Konsep: Cut crease
Wira mahu serlahkah bentuk wajah wanita berusia. Buat cut crease tapi tidak terlalu dramatik. Solekan wira mendapat pujian dari Datin Seri Maria Farida apabila modelnya kelihatan segar dalam solekan tersebut.
Konsep: Barbie doll look
Model Suzana mahu bersiap untuk menghadiri majlis dengan konsep Barbie Doll Look. Suzana telah mencabar diri dengan melakukan look ini namun bersesuaian dengan usia 40an. Datin Saidatul mengaku tak berani nak carry solekan begini sebagai wakil wanita 40an.
Ads
Konsep: Beauty Look
Arda beruntung kerana mempunyai forte menyolek wanita 40an. Oleh itu, model Arda telah dipanggil oleh juri untuk melihat hasil solekan dengan lebih dekat dan teliti. Datin Saidatulnisa puji solekan arda katanya semua sempurna.
Konsep: Inspirasi dari Hollywood
Beauty is not about age kata Nik. Jadi Nik masih berkarya bermain warna untuk modelnya. Sheila Mohamad puji solekan Nik tetapi baginya solekan begini sesuai untuk acara malam bukan solekan harian biasa.
Selepas sesi penjurian, para juri berbincang untuk penyingkiran. Namun di episod ini kelima-lima juri mengambil masa yang terlalu lama berbincang berbanding episod sebelumnya.
Tahniah diucapkan kepada Wira telah dipilih oleh Juri Profesional sebagai Pemenang Cabaran Episod 4. Manakala Ummi Kayy dan ShahZard Duo menarik nafas lega apabila berpeluang beraksi di episod 5 kerana tidak ada penyingkiran pada episod ini.
Jangan lupa saksikan 6 peserta ini di episod akan datang pada 10 November 2019 jam 8.00 malam bertanding dalam Fabulous MUA Nona x FCC bagi merebut gelaran juara program realiti digital pencarian make up artist pertama di Malaysia ini. Fabulous MUA Nona x FCC bakal bersiaran menerusi platform digital Majalah Nona. Antaranya di Youtube, Facebook dan laman web rasmi Majalah Nona.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasti ramai wanita berkongsi rasa kagum dan bangga dengan kejayaan yang diraih Ayu Damit hari ini. Iyalah, selain sibuk menjalani rutin harian sebagai seorang isteri, ibu kepada tiga orang anak dan juga penyanyi… Juara program nyanyian One In A Million ini dalam diam rupa-rupanya sudah bergelar usahawan pertanian berjaya. Daripada tanaman secara kecil-kecilan, kini Ayu dan suami mampu mengembangkan tanaman di ladang seluas 4 ekar.
Ayu yang dihubungi pihak Nona hari ini dalam nada ceria sudi berkongsi pengalaman khusus buat mereka yang menyimpan hasrat bergelar ahli pertanian berjaya kelak. Tanpa berselindung, dia menyusun bicara.
“Alhamdulillah, Ayu dan suami tengah mengusahakan cili padi sistem fetigrasi selama dua tahun. Tapi sebenarnya, kami sudah terlibat dalam bidang pertanian hampir lima tahun. Pada mulanya, kami mengusahakan penanaman kelapa mataq dan nanas. Pun begitu, buat masa sekarang kami lebih fokus kepada penanaman cili padi. Tanaman kelapa masih ada cuma nanas je dah tak ada.”
Tatkala diaju persoalan mengapa memilih tanaman cili padi, ini jawapan Ayu. “Sebab utama pilih cili padi adalah kerana pasaran yang agak tinggi selain Malaysia kekurangan pengeluar cili dan kebanyakan pembekal cili berasal dari negara lain.”
Terang isteri Syed Fauzi Syed Baharuddin ini lagi, “Setakat ini kami menyewa tanah Orang Asli yang terletak di Pangsoon, Hulu Langat seluas 4 ekar dan di ladang tersebutlah kami usahakan tiga jenis tanaman iaitu cili padi, timun dan terung.
Produk terbaru yang Ayu keluarkan ialah cili jeruk dan masih berjinak-jinak untuk dipasarkan di dalam Malaysia. Pengurusan tanaman dan bisnes pertanian ini dikendalikan sepenuhnya oleh suami.
Tugas Ayu lebih kepada membantu dari segi promosi dan penjualan saja. InshaAllah, dalam masa lima tahun akan datang Ayu ingin meluaskan ladang yang ada sekarang ini untuk dieksport ke luar negara.”
Selaku ibu bekerjaya, bukan mudah bagi Ayu untuk membahagikan masa di antara keluarga, perniagaan dan karier seni. Pun begitu, baik Ayu mahupun suami.. kedua-duanya memilih untuk tidak lagi menggunakan khidmat pembantu rumah selepas berdepan dengan pelbagai dugaan.
“Dulu Ayu memang menggunakan khidmat pembantu rumah tapi banyak kali lalui macam-macam ragam pembantu ni. Jadi, buat masa sekarang Ayu dan suami yang menjaga anak-anak.
Kalau Ayu ada kerja, suami yang akan jaga dan begitu juga sebaliknya.”
Selama 11 tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Syed Nasrul Haikal (9 tahun), Sharifah Alya Adriana (7 tahun) dan Syed Aqif Najmi yang kini berumur 3 tahun.
Kredit: Instagram Ayu Damit
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Puasa tetap puasa, raya tetap raya walaupun hanya di dalam rumah. Tidak perlu nak tunggu kemunculan raya tahun ni, baru kita nak beria-ria deko rumah. Apa kata hari ini dan esok kita siap-siapkan sikit apa yang patut untuk meraikan kedatangan Ramadan dengan meriah.
Buang habuk dan sawang! Hal ini perlu ditangani segera kerana sebelum ada hati untuk cat rumah atau apa sahaja makeover yang anda ingin lakukan. Pastikan segala habuk dibasmi segera.
Benteras segala serangga dan makhluk perosak. Perang habis-habisan kerana sudah pasti kita tidak mahu melihat lipas berkeliaran sana-sini. Buang segala najis cicak atau tikus yang bertaburan di mana-mana. Suasana rumah kita perlu sentiasa bersih, baru segala ibadat dan aktiviti kehidupan berjalan dengan sempurna, sihat dan selamat.
Maksimumkan penggunaan kabinet di kediaman anda. Semua barang yang tidak perlu digunakan, segera disimpan agar ruang lebih kemas, lapang dan teratur.
Ruang dinding paling utama perlu diambil perhatian. Jika anda mempunyai cat boleh lakukan sekarang. Jika tidak dalam keadaan PKP mungkin ada kedai yang buka. Pilih warna yang segar dan cerah agar nampak lebih luas dan bersih. Elakkan untuk tahun ini, cat dinding berwarna-warni.
Jika anda mampu mengecat rumah, jangan lari jauh daripada kelompok warna asal. Pilih warna yang sesuai dengan perabot dan deko yang anda. Dalam keadaan PKP ini mungkin mengehadkan pergerakan anda untuk shopping perabot baru. Mungkin juga boleh menggunakan teknik cat lain seperti guna span atau garisan.
Bagi menambah seri kediaman, jika sebelum ini ruang tamu tiada serinya dengan pokok hijau atau bunga, boleh membeli secara online pokok artificial (hati-hati untuk pastikan kualitinya) agar ruang tamu baru kelihatan lebih segar dan redup mata memandang.
Anda boleh serikan feature wall. Berjimat tetapi kekal cantik dan menyegarkan kediaman anda. Tukar gaya feature wall dengan gaya berbelang mungkin tetapi jangan lari terlalu jauh dengan kelompok yang sama dengan ruang lain.
Mungkin pada bahagian dinding bilik, jika anda ada bajet lebih boleh membeli secara online kertas dinding berkualiti. Hati-hati dengan pilihan coraknya, jangan sampai tersasar dengan konsep yang ada.
Boleh keluarkan langsir lain yang ada dalam simpanan untuk tukar. Langsir sedia ada tergantung sekarang boleh buka untuk dibasuh. Jika anda lebih kreatif dan ukuran tingkap dalam bilik dan ruang tamu sama, boleh tukar-tukar penggayaannya. Ini akan memberi kesan berbeza dan terasa segalanya baru. Perubahan di mata akan memberi kesan kepada semangat baru anda di rumah.
Lihat pada cermin yang terhias di dinding, jika kelihatan comot dan tidak berkilat, gilap dengan menggunakan kertas atau surat khabar lama. Kesat pada cermin setelah direnjis dengan pencuci cermin. Jika ingin berjimat, guna sahaja teh kelat dan renjis pada lilin.
Masanya untuk anda cuci sendiri dan jemur karpet agar bersih. Kalau kediaman anda sebelum ini berkonsepkan minimalis, kali ini buatlah sedikit pengecualian dengan menghadirkan bantal-bantal hias mungkin bermotif Timur Tengah bagi menghidupkan suasana Ramadan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seronok dengar perkongsian Puteri Sarah Liyana membesarkan anak-anak. Selain tengok pengalaman orang-orang disekeliling mendidik anak, Sarah sendiri suka surrounding yang fun untuk si kecil supaya mereka boleh melalui perkembangan dengan baik.
Menurut Sarah, dia perlu pandai mengimbangai masa di antara kerjaya dan tanggungjawab di rumah memandangkan mereka kini sudah pun mempunyai dua orang anak. Dia juga menekankan bahawa perhatian daripada ibu bapa sangat penting untuk anak-anak yang masih kecil kerana di waktu inilah mereka perlu melihat dan meningkatkan perkembangan si kecil.
“Rumah saya dah macam taska kerana Sarah akan pastikan Syaikhul melalui fasa perkembangan sesuai dengan usianya.
Banyak ilmu yang Sarah belajar dari Internet dan buku serta melalui pengalaman yang dilalui oleh orang lain. Dulu Sarah lambat sikit dapat anak jadi adalah kesempatan untuk timba ilmu dari pengalaman orang lain.
Ada satu perkara nasihat dari ibu yang Sarah pegang sehingga kini iaitu memberi perhatian kepada Syaikhul berbanding Sumayyah. Bukan apa, Syaikhul sedang melalui fasa membesar dan memerlukan lebih perhatian berbanding Sumayyah yang masih bayi lagi. Syaikhul perlukan bimbingan dan perhatian supaya dia tidak rasa disisihkan.
Sarah tak mahu dia rasa terabai hanya kerana kami sudah mempunyai Sumayyah. Walaupun masih baru dalam dunia parenting, tetapi Sarah melihat dari pelbagai sudut. Alhamdulilah, setakat ini belum lagi Syaikhul menunjukkan sikap memberontak atau cemburu bila hadirnya Sumayyah.
Setiap tingkah laku Syaikhul terhadap adiknya akan Sarah pantau. Sebab itu Sarah terhadkan pembantu hanya membantu dari segi penjagaan rumah dan menjaga Sumayyah sahaja,” ujar Sarah.
Sarah yang kini sedang sibuk mempromosikan perniagaan kosmetiknya, Shara Cosmetics dalam ‘perjalanan’ untuk meluaskan sempadan perniagaan. Jenama Shara Cosmetics bagai satu ‘kemestian’ untuk dimiliki bahkan ia mudah juga untuk didapati di gedung Aeon.
“Alhamdulillah, selepas jenama Shara Cosmetics memasuki pasaran di 55 buah stor Aeon, kami giat mengatur langkah untuk menembusi pasaran negara kerana kita sedia tahu terdapat banyak pilihan kosmetik yang ada di Malaysia.
Sarah bersyukur sangat kerana mempunyai pasukan yang kuat untuk menguruskannya kerana apabila memikul tanggungjawab sebagai ibu kepada dua orang anak, tentunya jadual saya begitu padat sekali.” ujar isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penampilan mencerminkan keyakinan diri. Tidak hairanlah ramai wanita tercari-cari rujukan fesyen yang bukan sahaja menarik, malah memberi kesan mantap dan berkelas.
Luna Maya, dengan gayanya...