Aktres senior seperti Helen Mirren, Glenn Close, Angela Basset, Diane Keaton, dan Meryl Streep antara contoh wanita matang dan bergaya.

Nona kongsikan 6 ikon fesyen yang masih aktif bekerja walaupun sudah berusia lebih 60 tahun.

IKLAN

IRIS APFEL (100 Tahun)

Ikon fesyen dunia ini cukup sinonim dengan pakaian berwarna terang bersama padanan aksesori yang berlapis-lapis serta cermin mata bulat bersaiz besar. Usia hampir seabad, Iris Apfel masih sibuk berkarya.

Fashionable Pada Usia Matang Bukan Halangan 6 Ikon Fesyen Ini Tampil Memukau
Kredit Foto: IG Iris Apfel

Memulakan karier bersama mendiang suaminya, Carl Apfel, Iris membina perniagaan pembuatan semula tekstil antik dan etnik.

Dia juga bekerja sebagai pereka dalaman.

Fashionable Pada Usia Matang Bukan Halangan 6 Ikon Fesyen Ini Tampil Memukau
Kredit Foto: IG Iris Apfel

Selepas bersara daripada perniagaan replika tekstil, Iris menandatangani kontrak sebagai model dengan IMG pada usia 97 tahun. Pada 2018, Iris menjadi manusia tertua yang dijadikan versi anak patung Barbie oleh Mattel!

CARMEN DELL’OREFICE (91 Tahun)

Mula menghiasi halaman Vogue AS pada usia 15 tahun, Carmen Dell’Orefice kini dikenali sebagai model tertua.

Fashionable Pada Usia Matang Bukan Halangan 6 Ikon Fesyen Ini Tampil Memukau
Kredit Foto: IG Carmen Dell’orefice

Carmen mempunyai badan yang kurus dengan struktur tulang muka yang tajam membuatkannya kelihatan begitu menawan.

Fashionable Pada Usia Matang Bukan Halangan 6 Ikon Fesyen Ini Tampil Memukau
Kredit Foto: IG Carmen Dell’orefice

Setelah memasuki usia matang, rambut putihnya yang lebat menambahkan lagi kecantikan aslinya.

Fashionable Pada Usia Matang Bukan Halangan 6 Ikon Fesyen Ini Tampil Memukau
Kredit Foto: IG Carmen Dell’orefice

Hingga kini, Carmen masih menerima tawaran untuk muncul di pentas fesyen dunia seperti Anna Sui, Stephane Rolland, Philip Plein, Mugler, Guo Pei, Sephora dan H&M.

JERRY HALL (66 Tahun)

Jerry Hall telah mencuri perhatian dunia dengan raut wajah yang berani, senyuman yang cantik serta rambut perang yang cantik meleret.

 

Memiliki darah British, Ireland dan Belanda, Jerry memulakan kariernya pada 1975. Pada 1977, Jerry telah menghiasi muka depan bagi 40 majalah fesyen antarabangsa. Tubuhnya yang tinggi lampai membuatkan dia menjadi antara model termahal ketika itu dengan pendapatan seribu dolar sehari.

Fashionable Pada Usia Matang Bukan Halangan 6 Ikon Fesyen Ini Tampil Memukau
Kredit Foto: IG Jerry Hall

Tidak terhad kepada peragaan, Jerry mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan iaitu teater dan filem..

Kecantikannya turut memikat penyanyi lagenda Mick Jagger dan kedua-duanya berkahwin di Bali serta dikurniakan 4 orang anak. Selepas bercerai, Jerry berkahwin semula pada 2016. Kecantikan Jerry diwarisi dua anak perempuannya yang aktif sebagai model iaitu Elizabeth Jagger dan Georgia May Jagger.

IKLAN

FAITH ABDULMAJID (67 Tahun)

Bukan mudah bekerja sebagai model kulit hitam pada era 70-an, namun bagi Iman Abdulmajid takdir membawanya menjadi model kulit majalah Vogue pada 1976.

Selepas itu, pelbagai tawaran kerja sebagai model datang kepadanya.

Fashionable Pada Usia Matang Bukan Halangan 6 Ikon Fesyen Ini Tampil Memukau
Kredit Foto: IG Faith Abdulmajid

Terkenal dengan fizikal tinggi lampai, langsing dan leher jinjang, Iman digunakan secara meluas sebagai inspirasi dan model kegemaran pereka dunia untuk persembahan fesyen seperti Yves Saint Laurent, Thierry Mugler, Halston, Versace, Calvin Klein dan Issey Miyake.

Fashionable Pada Usia Matang Bukan Halangan 6 Ikon Fesyen Ini Tampil Memukau
Kredit Foto: IG Faith Abdulmajid

Model senior ini adalah isteri kepada penyanyi legenda ikonik David Bowie. Perkahwinan itu kekal sehingga kanser meragut nyawa Bowie pada 2016.

PAT CLEVELAND (72 Tahun)

IKLAN

Dikenali sebagai salah seorang supermodel pertama berketurunan Afrika yang mencuba pentas fesyen dan majalah.

Pat Cleveland terkenal dengan gaya berjalannya yang tersendiri seolah-olah dia sedang menari secara dramatik di atas pentas.

Fashionable Pada Usia Matang Bukan Halangan 6 Ikon Fesyen Ini Tampil Memukau
Kredit Foto: IG Pat Cleveland

Mempunyai darah campuran Afrika, Ireland, Scotland, Sweden dan India, Pat memiliki tubuh langsing dengan rambut hitam kerinting.

Fashionable Pada Usia Matang Bukan Halangan 6 Ikon Fesyen Ini Tampil Memukau
Kredit Foto: IG Pat Cleveland

Bermula dari rumah fesyen Chloe yang diterajui oleh Karl Lagerfeld, pereka seperti Thierry Mugler, Yves Saint Laurent, Oscar De La Renta dan Valentino sering mempercayai hasil kerja Pat.

Sehingga kini Pat masih aktif sebagai model. Anak perempuannya, Anna Cleveland kini meneroka kerjaya sebagai model dengan ‘DNA’ berjalan seperti ibunya.

CATHERINE LOEWE (68 Tahun)

Sosok wanita berambut putih dengan tulang pipi tajam menonjol ini mencuri perhatian di beberapa pertunjukan fesyen Jean-Paul Gaultier.

Fashionable Pada Usia Matang Bukan Halangan 6 Ikon Fesyen Ini Tampil Memukau
Kredit Foto: IG Catherine Loewe

Warga Switzerland ini memulakan kariernya sebagai model pada 2011. Sebelum ini Catherine merupakan seorang peguam dan ahli sejarah seni.

Fashionable Pada Usia Matang Bukan Halangan 6 Ikon Fesyen Ini Tampil Memukau
Kredit Foto: IG Catherine Loewe

Kini wajah anggun Catherine masih menghiasi halaman majalah fesyen di Eropah dan turut hadir dalam persembahan terakhir rumah fesyen Jean-Paul Gaultier pada musim bunga 2020.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI