Negara Jerman cukup dekat di hati rakyat Malaysia menerusi jenama-jenama seperti Mercedes Benz, BMW, Porsche dan Volkswagen. Selain terkenal sebagai negara penjana ekonomi terbesar di Eropah, Jerman juga menjunjung tinggi adat dan budaya mereka termasuklah sajian tradisi yang masih dikekalkan.
Sempena kedatangan bulan Oktober ini, Cinnamon Coffee House di Hotel One World Petaling Jaya akan dipenuhi dengan sajian Jerman yang mendapat sentuhan penuh dedikasi dari sekumpulan cef hotel berpengalaman.
Ads
Mana tidaknya, dalam meraikan The German Food Promotion, Executive Sous Chef, Saiful Baharin membawakan hidangan istimewa Jerman antaranya termasuklah aneka sosej panggang, Lamb Meatball in Capers Sauce and Parsley, Beef Fillet Steak with Buttered Herb and Caramelised Onion, Cheese Crusted Chicken and Shrimp in Tomato Sauce, Paprika Pan-Fried Potatoes with Glazed Onion and Braised Cabbage, Walnut Crusted Salmon and Mango Relish, German Strudel, Mohr Im Hemd, Bavarian Cheese Cake and Peach Streusel.
Ads
Promosi hidangan Jerman ini boleh dinikmati pada harga RM118 bersih untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun.
Ads
Ia boleh dinikmati di Cinnamon Coffee House dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam setiap hari kecuali hujung minggu sepanjang Oktober dari 2 hingga 31 Oktober! Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang telah dijanjikan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion. Pakej PRIHATIN ini menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat.
Menurut Tan Sri Muhyiddin, keutamaan kerajaan pada waktu ini ialah membendung penularan pandemik COVID-19. Rakyat mampu menarik nafas lega dengan berita gembira yang disampaikan oleh Perdana Menteri ini. Oleh itu, rakyat sewajarnya mematuhi perintah Stay At Home oleh Perdana Menteri.
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion ini;
1. Peruntukkan RM500j kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). RM1 bilion untuk pembelian peralatan dan perkhidmatan.
2. Dana khas RM8 juta untuk tanggung kos ujian saringan RM300 polisi insurans. Penangguhan bayaran premium selama 3 bulan.
3. Meningkatkan elaun khas dari RM400 kepada RM600. Elaun khas RM200 sebulan kepada ATM, PDRM, Kastam, Imigresen, APM dan RELA.
4. Bantuan Prihatin Nasional. Pemberian tunai secara one-off untuk B40 dan M40. RM1600 kepada isi rumah berpendapatan RM4000 kebawah. RM1000 isirumah berpendapatan RM4000-RM8000. RM800 kepada individu bujang berpendapatan RM2000 kebawah. RM500 individu bujang yang berpendapatan RM2000-4000.
5. Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibayar pada bulan Julai 2020.
6. Penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) akan terima bantuan RM200.
7. Bantuan kepada Warga Emas, Kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU), gelandangan dan orang Asal.
8. PTPTN dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) ditangguhkan 6 bulan.
9. MySalam: Pesakit boleh tuntut RM50 sehari di hospital. Turut menikmati ialah pesakit B40 yang dikuarantin.
10. Pengeluaran Skim Persaraan Swasta RM1500 tanpa penalti cukai.
11. Sewa Program Perumahan Rakyat (PPR) dikecualikan sehingga 6 bulan.
12. Perumahan Awam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berikan pengecualian sewa 6 bulan.
13. Pengecualian sewaan selama 6 bulan kepada semua premis sewaan persekutuan.
14. Diskaun 15 peratus hingga 50 peratus penggunaan elektrik bagi tempoh 6 bulan bermula April. Diskaun 2 peratus akan dinikmati oleh semua pengguna.
15. Internet percuma pada semua pelanggan bermula 1 April sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
16. Bantuan tunai RM500 one-off kepada penjawat awam termasuk pekerja kontrak.
17. RM500 kepada pesara kerajaan.
18. RM1 bilion kepada dana jaminan makanan.
19. Program subsidi upah membantu majikan kekalkan pekerja. Program ini akan menyediakan upah RM600 setiap bulan kepada pekerja. Majikan tidak dibenarkan memotong gaji pekerja sedia ada.
20. Pemandu E-Hailing: Kerajaan berikan bantuan One-Off RM500.
21. Pekerja kontrak akan dibayar gaji yang dibayar oleh kontraktor walaupun pekerja tidak hadir bekerja.
22. Dana tambahan RM4.5 bilion untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
23. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan perkenalkan program khidmat rundingan majikan. Pilihan pengguna bayaran dan penstrukturan bayaran semula.
24. Pengecualian pembayaran levi tabung pembangunan sumber manusia.
25. Penangguhan bayaran ansuran cukai oleh semua Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
26. Inisiatif perbankan menangguhkan pembayaran balik selama 6 bulan.
27. Moratorium untuk pinjaman TEKUN, MARA, Koperasi dan sebagainya selama 6 bulan.
28. RM2 bilion untuk projek2 kecil infrastruktur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Malaysia #QuranHour kali ke-9 bertemakan “Malaysia Berakhlak Mulia, Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar” yang berlangsung baru-baru ini sempena Hari Kebangsaan ke-66 mengajak rakyat berbilang kaum serta pemimpin membina negara yang maju, sejahtera dan progresif berpandukan solusi al-Quran.
Program berinteraksi al-Quran melalui baca, faham dan amal ini bersiaran secara langsung dari lokasi perdana Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya diadakan serentak di seluruh negara pada jam 12 hingga 1 tengah hari, 30 Ogos 2023.
Program ini dibawa secara langsung oleh penyiar rasmi RTM di TV1, dan rakan sinergi media, TV9, TV AlHijrah, Astro Oasis dan platform digital Facebook Quran Hour, Sinar Harian serta Sinar Islam Plus.
Malaysia #QuranHour anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) kali ini memfokuskan agenda anak muda dan peranan orang dewasa.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff, gabungan anak muda dan orang dewasa saling melengkapi dalam melahirkan Gen Q (Generasi Al-Quran) dan pemimpin abrar yang membawa legasi kebaikan serta membumikan al-Quran.
Surah Al-Insan (Manusia), Al-Fatihah (Pembukaan) dan Al-Asr (Masa) menjadi pilihan agar mampu melahirkan Muslim yang bersyukur, minda yang cerdas dan berkemahiran.
“Kita bersyukur dan berterima kasih atas penglibatan pemimpin muda dari pelbagai latar belakang pada Malaysia #QuranHour. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menjadi Zon Neutral untuk kita bersatu hati di bawah naungan al-Quran.
” Dalam al-Quran banyak menyebut bahawa Allah SWT menyeru kepada seluruh manusia al-Quran sebagai panduan Allah SWT dalam membina negara.”
Pengisian bacaan al-Quran dibimbing oleh lima qari iaitu Abdul Qowiy Abd Rashit, Tilmiz Afif, Amir Naufal Rifqi, Faris Hadi Taufik dan Yusuf Kassim. Ia diselang selikan dengan sesi tadabbur disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi, dan Ustaz Mujib Othman.
Antara tetamu yang hadir ialah Datin Setia Nik Roslini Raja Ismail, isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, Nizran Noordin, Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre, Ir. Muhammad Hasanuddin Thoyieb MM mewakili penganjur Indonesia#QuranHour, Pengasas WUIF, Datuk HussamuddinYaacub dan pihak pengurusan rakan sinergi media.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
10 malam terakhir Ramadan, Datuk Jamal Abdillah dikurniakan zuriat keenam!
Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 64 dan isteri menyambut kelahiran anak keenam, seorang bayi perempuan diberi nama Rahil Laura Salsabila Yamani, di sebuah pusat perubatan swasta sebentar tadi.
Bayi tersebut dilahirkan pada jam 2.55 petang melalui proses pembedahan. Laura merupakan cahaya mata keempat hasil perkongsian hidup Jamal dengan Datin Zai Izzati Khiruddin, 28. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2017. Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 yang juga perkahwinan keempatnya.
Pasangan ini mempunyai tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani atau Zack dan Iskandar Rayyan Yamani, setahun. Melalui perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu penyanyi, Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Memetik Berita Harian Online, Datuk Jamal melahirkan rasa syukur isteri dan anak bongsunya, sihat selepas menjalani proses pembedahan.
“Alhamdulillah syukur kerana kelahiran anak saya ini sempurna segala-galanya. Terima kasih kepada sahabat yang banyak mendoakan semuanya baik. “Bayi ini seberat 2.94 kilogram (kg),” katanya.
Terdahulu, Jamal dilaporkan memilih tarikh 1 April untuk melahirkan anak bongsunya itu, iaitu sempena tarikh ulang tahun perkahwinan keenam bersama Zai Izzati. Bagaimanapun, Jamal berkata, doktor memberitahu, usia kandungan ketika itu masih muda dan tarikh bersalin, ditangguhkan dua minggu kemudian.
Ketika ditanya mengenai pemilihan nama anak, Jamal menggabungkan dua nama diberi sahabatnya dan dua lagi nama pilihan peribadinya.
Menurut JAmal Rahil Laura Salsabila Yamani mempunyai maksud yang indah di mana Rahil merupakan ibu kepada Nabi Yusuf. Manakala Salsabila bermaksud mata air di syurga.
Berkongsi perasaan menyambut insan baharu apatah lagi menjelang Aidilfitri, Jamal bersyukur kehadiran Laura melengkapkan hidupnya bersama isteri dengan dua pasang cahaya mata lelaki dan perempuan.
“Alhamdulillah sudah empat anak… Cukuplah. Doktor sudah nasihat dan tidak benarkan isteri hamil lagi sebab semua anak kami lahir secara pembedahan,” katanya.
Sumber: Berita Harian Online
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.