Memang seronok tengok foto kawan-kawan atau selebriti pergi melancong. Paling best bila mereka berkongsi keistimewaan lokasi yang mereka kunjungi. Sambil melihat keindahan tempat orang kita juga boleh belajar tentang adat dan budaya negara lain.
IKLAN
Catriona Ross baru-baru ini telah melancong ke Jepun. Menurut pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini, percutian kali ini merupakan kunjungan ke empat ke Negara Matahari Terbit itu.
Ibu kepada 3 orang anak ini bersama suami telah mengunjungi salah satu bandar terbesar di Jepun yang digelar Fukuoka. Menurut Catriona salah satu lokasi yang wajib dikunjungi adalah kedai kopi Starbucks.
Kongsi Catriona di laman media sosialnya,”If you step foot in Fukuoka, make a pit stop in Dazaifu and head to Starbucks which is on the way to the Shinto shrine.
Sumber: GoogleSumber: GoogleSumber: Google
What? Starbucks? Starbucks kat KL berlambak-lambaklah! Sis, do your research sis. Read up. Its not just any Starbucks. This particular Starbucks cafe was designed by a Japanese architect called Kengo Kuma and his design used lebih daripada 2000 (ribu) baton untuk create those amazing effect you see inside the cafe as well as the entrance and bila I sampai, I was mesmerized! It was amusing and beautiful. If you suka architechture, make this a stop tau,” kongsi Catriona.
Cerita Catriona ini buat rasa berkobar-kobar nak cari tiket untuk ke Jepun. Tambah Catriona, “In love with everything about Fukuoka. This is our 4th visit to Japan.
IKLAN
We’ve explored Tokyo, Osaka & Kyoto before and each of those cities have their own unique quality. I hardly dislike anything during my travels as its all about experiencing a new place and a different culture.
Fukuoka has a very laid back feel to it. Its not fast paced hence has a very relaxed vibe to it and there are no complaints from me since i get to have lots of fresh seafood here everyday,” cerita Catriona.
Tak sabarnya nak sambut raya! Beberapa hari je lagi ni. Bila balik kampung nanti, boleh la jumpa saudara-mara dan berkumpul ramai-ramai. Mesti penuh satu rumah dan kecoh.
Tapi bila dah ramai-ramai berkumpul, tidak dinafikan pasti ada antara kita yang tidak berasa selesa dengan sesetengah ahli saudara yang kecoh seperti ‘mak cik bawang’. Ada saja yang tak kena dan ada saja hal yang mereka nak ambil tahu tentang diri kita.
Kalau bukan perihal kahwin, perihal zuriat. Tak cukup dengan itu tanya pula pasal kerja dan macam-macam lagi! Silap-silap, hobi kita yang suka berkebun pun boleh jadi topik untuk mem’bawang’.
Mesti banyak di luar sana yang stress, benci dan marah bila buka je mulut si ‘makcik bawang’ ni. Tapi, apa jadi sekali pun kena jaga tutur bicara, sopan santun dan adab jangan sesekali dilupakan.
Tak susah sebenarnya nak handle ‘makcik bawang’ ni yang penting kena pada caranya. Jom cuba cara di bawah ni.
SENYUM DAN DIAM
Tak susah bukan? Lagipun, senyum itu satu sedekah. Kalau anda tidak mahu menjawab soalan yang diajukan, iyalah takut tersalah cakap atau terkasar bahasa, perkara paling senang yang anda perlu lakukan hanya senyum dan diam. Apabila berasa marah, tahan dulu api kemarahan dengan berdiam diri. Ini kerana, banyak kata-kata dan keputusan yang tidak baik akan dikeluarkan bila emosi tak stabil.
TERIMA SOALAN DENGAN HATI TERBUKA
Tak dinafikan, soalan yang diajukan adakalanya sangat ‘pedas’ sehingga menyinggung perasaan kita sebagai seorang wanita. Seperti dirobek-robek hati ini lagi-lagi bila sentuh soal kahwin. Betul tak? Bila dah kahwin tanya pula pasal anak. Bila dah beranak-pinak soalan lain pula yang keluar. Apa pun, cuba respon secara normal dan jawab dengan hati yang terbuka.
PEMBUKA BICARA DAN SALAM PERKENALAN
Anggap saja soalan-soalan yang diajukan kepada kita sebagai cara mereka untuk memulakan bicara. Orang kata soalan basi saja. Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita memulakan bicara dengan perihal kehidupan kita. Jadi, kurang rasa stress nak menjawab soalan tu.
SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
Layan saja setiap pertanyaan daripada mereka dan jangan terima soalan dalam keadaan yang marah. Jangan sesekali berasa terhina dengan soalan yang diterima dan jaga hati diri sendiri. Pada masa yang sama, minta mereka tadah tangan dan doakan yang terbaik dan dengan cara ini perbualan akan diakhiri dengan perkara yang baik-baik saja. Lebih manis begitu, bukan?
Senang cerita, orang buat baik, kita balas baik. Bila orang buat jahat, kita buat baik juga. Kepada makcik bawang di luar sana, cuba jadi individu yang lebih sensitif dan jangan cakap ikut sedap mulut saja. Sama-sama kita menjaga ikatan persaudaraan yang terjalin di bulan baik hari baik. Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya!
Bijak dan berjiwa penyayang! Itu sikap bagi menggambarkan peribadi anak perempuan bekas Perdana Menteri ini. Walau berstatus seorang ibu tapi ia sama sekali tak menjadi halangan buat Nooryana Mohammad Najib atau mesra disapa Yana Najib ini untuk menuntut ilmu.
Buktinya, ketika anak sulungnya iaitu Adam Razak baru berusia tiga tahun Yana berjaya menggenggam Ijazah dari Harvard University! Bukan calang-calang.
Yang pasti nama Nooryana mungkin agak asing bagi segelintir masyarakat namun dalam kalangan ahli politik dan mengikut dunia politik tanah air, tentu mengenali personaliti berkenaan. Yana kini merupakan ibu kepada dua cahaya mata dan anak kepada Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Meniti usia 33 tahun, Yana juga ialah kakak kepada Norashman Najib iaitu anak bongsu kepada pasangan pemimpin negara ini.
Selamat melahirkan anak keduanya yang diberi nama Aidan Najib Daniyar pada 1 November tahun lalu, Yana yang menetap di Singapura ketika ini sempat berkongsi foto Aidilfitri di samping keluarga dan anak-anak buat tatapan followers kesayangan.
Kongsinya, “A little late to the Raya party but finally we got there. Sorry, Singapore tak boleh handle last minute kecoh. This Ramadan was all about being grateful.
I cannot thank Allah enough for my partner for life, our precious boys, our families as well as our nannies, aunties who make our household tick.
Selamat Hari Raya and Eid Mubarak to all. Maaf Zahir Batin.”
Daripada perkongsian Yana, jelas membuktikan wanita ini sangat mementingkan nilai kekeluargaan dan cukup rapat dengan ahli keluarga. Pendek kata, media sosial milik Yana sarat dengan gambar dirinya bersama suami dan anak termasuklah kedua-dua ibu bapa tersayang.
Menelusuri sisi peribadinya, Yana bukan sekadar memiliki jiwa penyayang malah seorang pelajar yang cukup berdedikasi dan cemerlang dalam akademik kerana telah berjaya memperoleh pelbagai ijazah.
Sebelum bergelar isteri, dia merupakan graduan Bachelor of Science in Foreign Service dari Georgetown University pada 2011.
Dua tahun selepas berkahwin, Yana menggenggam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Wharton, University of Pennsylvania pada tahun 2017 dan kira-kira dua tahun lepas iaitu pada tanggal 31 Mei dia menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Harvard University!
Nooryana selamat bergelar isteri kepada Daniyar Kessikbayev yang berasal dari Kazakhstan pada 19 Mac 2015. Hasil perkongsian hidup, Yana dan suami dikurniakan dua anak lelaki iaitu Adam Razak yang meniti usia lima tahun dan Aidan Najib, enam bulan.
Walau berpendidikan tinggi, Yana tidak lupa untuk meraikan insan memerlukan terutamanya kanak-kanak. Ketika negara dilanda pandemik Covid-19, dia dan Datin Seri Rosmah menghulurkan bantuan berupa makanan kepada para frontliners.
Tidak cukup itu Yana dan abangnya, Riza turut pernah menceriakan kanak-kanak dari Rumah Amal Ashraf Al Barakh dengan membawa mereka ke restoran makanan segera di samping menonton wayang bersama anak-anak istimewa tersebut.
Dengan statusnya sebagai anak kepada bekas pemimpin negara, Yana enggan menjadikan ia halangan untuk beramah mesra dan mendekati kehidupan anak-anak ini.
Jantung Kuala Lumpur sentiasa berdegup dengan seribu impian dan cita-cita. Terutamanya di lokasi Golden Triangle, atmosfera gaya hidup urban dengan pusat membeli-belah, hiburan dan perniagaannya menjadi tarikan warga kota.
Selepas berbulan-bulan kita terperuk di rumah untuk merendahkan lengkung jangkitan COVID-19, kini tiba masanya untuk memulihkan semangat yang hilang. Almaklumlah ramai yang masih takut-takut nak keluar, bimbang penyakit berjangkit menular semula.
Paranoid ke tempat awam? Majoriti mesti jawab, ya. Jadi untuk mengatasi perasaan tersebut, cuba ikut lima terapi norma baru ni. Takkanlah sampai bila-bila kita nak jadi caveman… Selagi SOP KKM dipatuhi, pakai pelitup muka, kerap cuci dan sanitasi tangan serta amal penjarakan sosial, insyaAllah selamat.
Sekadar idea dan pandangan peribadi penulis, lima terapi ni dijamin berkesan untuk menyuntiki keberanian diri selepas pandemik COVID-19. Mudah dan terjangkau, cubalah!
(1) Menginap Di Pohon Beringin
Apa, pohon beringin? Banyan Tree atau pohon beringin merupakan sebuah pohon berkayu keras, rimbun dan banyak terdapat di Asia. Rantaian hotel dan resort mewah di bawah Banyan Tree kini berkembang pesat, termasuk yang baru di Kuala Lumpur ini.
Meskipun tidak semua fasiliti beroperasi sejak dibuka semula pada 1 Jun lepas, tapi anda masih boleh beristirahat melihat panorama horizon Kuala Lumpur dari setiap sudut hotel. Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas dan Menara TRX… Semuanya tergambar jelas di depan mata. Tarik nafas, hembus. Bliss!
Kedatangan tetamu sentiasa disambut dengan mesra, bayangkan ruang menyambut tetamu yang elegan bertatahkan lantai marmar dan perabot rona tanah. Aduh, sangat menenangkan.
(2) Menjamu Selera Di Restoran Tertinggi
Bayangkan di hotel yang sama, anda boleh menghirup udara segar dan menikmati bayu malam di rooftop. Ya, Banyan Tree Kuala Lumpur mempunyai rooftop bar tertinggi di Malaysia iaitu Vertigo dan juga restoran Horizon Grill untuk sajian makanan laut yang enak.
Tentu bertenaga semula dapat menjamu selera berlatarkan backdrop langit Kuala Lumpur yang indah. Menghirup minuman air kisar buah-buahan sambil mengimbau semula cita-cita yang belum kesampaian, tentu tak sabar nak mengejarnya!
(3) Berjoging Di Taman KLCC
Tidak jauh daripada sini, sarungkan sepatu sukan dan berjoginglah mengelilingi trek Taman KLCC. Mengeluarkan peluh adalah salah satu cara melepaskan stres dan ketakutan. Cuma setengah jam sudah memadai, asalkan bukan beriadah secara berkumpulan. Face mask pun tak perlu pakai ya.
(4) Shopping Beg Tangan Idaman
Wanita dan beg tangan memang tak dapat dipisahkan. Dari Banyan Tree Kuala Lumpur, terdapat satu laluan berhawa dingin yang menyambung ke pusat membeli-belah Pavilion Mall Kuala Lumpur.
Ambil laluan ini dan berkunjunglah ke butik-butik rumah fesyen antarabangsa yang berdekatan. Butik Hermes, Ferragamo, Aigner, Dior dan sebagainya hanya terletak di sekeliling Bukit Bintang. Inilah masa terbaik mendapatkan beg tangan dalam rona-rona yang eksklusif.
Terdapat juga stesen MRT dan monorel berdekatan. Anda boleh mengambil pengangkutan awam untuk membeli-belah di Suria KLCC, Avenue K atau The Gardens Mall.
(5) Beradu Di Kamar Indah
Masih menekankan elemen serius dengan dinding polos rona korporat, mood mewah mula tercipta apabila anda merebahkan badan di atas katil empuknya di kamar penginapan.
Terdapat juga kamar mandi dengan ciri-ciri spa, umpamanya tab mandi gergasi berbentuk bujur telur, paip pancuran hujan dengan cahaya LED yang boleh diubah untuk fungsi berbeza.
What a life! Tentu selepas menginap semalam dua di sini, semangat kita untuk bekerja lebih kuat dan kreatif akan kembali semula. Cara yang perlahan tapi berkesan untuk kembali bersosial dan believe in yourself selepas musim COVID-19.
PERCUTIAN SELAMAT
Demi memastikan suasana kembali bercuti yang selamat untuk tetamu Banyan Tree, sebuah program SafeSanctuary telah dilancarkan. Bermula Jun 2020, pengurusan hotel mengambil tiga langkah kerja iaitu Protect, Provide and Prevent.
Antara protokol am yang mesti dipatuhi untuk menginap di hotel ialah:
Semua urusan daftar masuk, daftar keluar dan pembayaran dilakukan secara contactless.
Menukar penggunaan napkin atau tuala kain dengan tisu basah dan napkin kertas pakai buang.
Guna cecair pembasmi kuman yang disediakan di semua tempat utama.
Setiap tetamu disediakan sanitiser dan pelitup muka individu.
Pemeriksaan suhu badan dan deklarasi kesihatan diperlukan daripada semua tetamu atau associates yang datang.
Mengamalkan penjarakan sosial di kawasan awam.
Meningkatkan tahap kebersihan hotel dengan membuat disinfeksi menyeluruh di kawasan yang kerap disentuh tetamu hotel.
Kawasan awam di dalam hotel akan dibersihkan setiap jam dengan disinfektan yang diperakui badan EPA.
Sajian a la carte ditawarkan semula dengan standard keselamatan makanan yang tinggi.
Penyediaan meja (table setup) hanya dibuat selepas ketibaan tetamu untuk mengelakkan pencemaran.
Untuk lebih maklumat tentang protokol penginapan hotel, klik di sini.