Pelakon terkenal serta Raja Bollywood, Shah Rukh Khan dikhabarkan kini sedang menunaikan umrah di Tanah Suci di mana gambar-gambar pelakon itu yang berada di Makkah tular di media sosial sejak semalam. Menerusi foto-foto yang tersebar, Shah Rukh Khan kelihatan memakai pakaian ihram dengan memakai pelitup muka berwarna biru.
Dalam gambar-gambar tersebut, kelihatan Shah Rukh Khan sedang menunggu sesuatu dan beliau juga dilihat ditemani beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadinya.
Menerusi laman web Hindustan Times, Shah Rukh Khan menunaikan umrah selepas selesai menjalani penggambaran filem Dunki di Arab Saudi. Selepas menunaikan umrah, Shah Rukh Khan dilaporkan akan menyertai Festival Filem Laut Merah di Jeddah.
Ads
Perkhabaran Shah Rukh Khan menunaikan ibadah umrah disambut baik peminat dan rata-rata memberikan komen positif mereka mendoakan agar ibadah pelakon itu terlaksana dan diterima Allah S.W.T.
Dalam satu temubual bersama Times of India sebelum ini, Shah Rukh mengakui bahawa dia tidak pernah menunaikan umrah sebelum ini. “Menunaikan ibadah itu sudah semestinya ada dalam agenda saya. Saya teringin ke sana bersama anak lelaki saya Aryan dan anak perempuan Suhana.” Namun tidak diketahui sama ada keluarga Shah Rukh Khan menemaninya menunai umrah atau tidak.
Ads
“Sangat gembira melihat beliau menunaikan umrah dengan hasrat melawat tempat suci ini,” kata salah seorang peminatnya.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peneraju jenama hijab terkemuka tanah air, ARIANI meluaskan lagi empayar perniagaan dengan mencatat sejarah baharu apabila berjaya membuka House of Ariani. Berkeluasan sekitar 37, 100 meter persegi menjadikan House of Ariani sebagai gedung tudung dan butik pakaian Muslimah terbesar di Malaysia.
Sebagai peneraju jenama hijab di Malaysia, ARIANI sentiasa memberi keseimbangan antara trend semasa dan permintaan. Sehingga kini ARIANI mempunyai ratusan koleksi tudung terdiri daripada pelbagai jenis fabrik termasuk selendang, bawal, satin, tudung instant serta koleksi premium. Ianya sekaligus menjadikan ARIANI sebagai sentral galeri hijab yang dapat memenuhi permintaan pelanggan pelbagai peringkat usia.
Menurut Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd, Datin Farah Haryani Muhammad Philip pembukaan House of Ariani menunjukkan komitednya ARIANI dalam meneruskan legasi perniagaan industri hijab yang bertapak selama 15 tahun dengan rangkaian pelanggan yang bukan hanya di dalam Malaysia bahkan Brunei, Singapura dan negara-negara seberang.
ARIANI menghimpunkan kesemua jenamanya di bawah satu bumbung. Selain untuk menarik lebih ramai pelanggan, House of Ariani turut memberi pengalaman baharu kepada pelanggan setia. Konsep House of Ariani bagi menyuntik mood pelanggan dengan ambience store berkonsepkan moden dan mewah namun pada harga mampu milik.
Bangunan ini merangkumi ruang perniagaan sebanyak 4 tingkat yang menghimpunkan lebih ratusan produk ARIANI. Setiap aras menempatkan kepelbagaian koleksi mengikut kategori. Aras bawah dan Aras 1 memfokuskan koleksi tudung, shawl dan koleksi Haji & Umrah.
Manakala koleksi ARIANI READY-TO WEAR (ARTW) boleh didapati di Aras 2 yang menghimpunkan pelbagai seleksi pakaian siap seperti baju kurung moden, jubah, blouse, jaket dan blazer, dan lain-lain.
ARIANI buat pertama kalinya turut memperkenalkan sub-brand terbaharu iaitu ARYAN, jenama pakaian lelaki yang terdiri daripada baju Melayu, kurta, kemeja dan t-shirt. Selain itu, ruang eksklusif VIP turut disediakan khas untuk pelanggan-pelanggan tetap.
Menariknya lagi, reka bertuk kedai ini turut dilengkapi dengan teknologi pintar dan gaya hiduo mewah sekaligus mengangkat jenama ARIANI setanding jenama-jenama luar. Menyerlahkan lagi interior kedai, kombinasi rona vibrant fuschia dan keemasan dipilih sebagai warna utama yang dipadankan dengan fabrik velvet.
Selain memberikan pengalaman eksklusif, terdapat juga communal space yang bagi membantu para pelanggan membeli dengan lebih selesa dan sesi rundingan dengan lebih terperinci.
Tambahan lagi, penggunaan aliran pancaran cahaya menyerlahkan lagi kualiti produk. Kedudukan yang strategik serta berhampiran dengan Jakel Mall yang merupakan syarikat induk ARIANI menjadi faktor kepada pembukaan House of Ariani serta mudah untuk dikunjungi pelanggan di dalam mahupun luar kawasan Lembah Klang.
ARIANI turut mengadakan JUALAN MEGA LEBARAN bermula 10 Mac sehingga malam raya. Malah, ARIANI turut melancarkan koleksi tudung lebaran terbaharu yang memfokuskan kepada corak dan warna lebih segar dan moden.
House of Ariani turut memberikan 1,000 helai tudung percuma kepada pelanggan yang menjadi pengunjung terawal sempena pembukaan hari pertama.
Kredit Foto: House of Ariani
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos demi meringankan beban kerajaan menangani Covid-19… semalam, anakanda baginda yang juga Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan menyalurkan Elaun Diraja baginda selama enam bulan kepada Tabung Covid-19 Pahang.
Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman menerusi satu kenyataan media berkata untuk tujuan tersebut baginda tidak akan mengambil bayaran elaun itu bermula April 2020 sehingga September 2020.
“Baginda berharap agar bantuan-bantuan yang dicadangkan dan diluluskan menggunakan Tabung Covid-19 Pahang dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan dengan segera.
Baginda turut bertitah supaya seluruh rakyat Pahang sentiasa menjaga kebersihan diri dan keluarga serta menjaga kebersihan diri dan keluarga serta mematuhi arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Pemangku Raja Pahang juga mendoakan kesejahteraan pesakit Covid-19 di seluruh Malaysia termasuk di Pahang khasnya diberi kesembuhan segera oleh Allah SWT.
Selain berharap kesemua petugas barisan hadapan sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.”
Pada 29 Januari 2019, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang di Istana Abu Bakar. Dalam istiadat tersebut, baginda diingatkan oleh ayahandanya supaya berbuat baik dalam melaksanakan tanggungjawab, tugas dan amanah dengan penuh ketakwaan.
Titah Al-Sultan Abdullah, “Jangan sesekali paduka anakanda bersikap riak dan angkuh. Ambillah resmi padi, makin berisi makin menunduk.”
Berhubung penularan wabak Covid-19 ketika ini, KDYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong sedang menjalani tempoh kuarantin diri sehingga 9 April ini selepas kakitangan Istana Negara disahkan positif Covid-19.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan pereka fesyen Rico Rinaldi yang terkenal dengan rekaan busananya yang menawan, disarung indah dan sempurna lelaki mahupun perempuan, baik orang biasa, golongan VIP mahupun selebriti.
Kerjaya sebagai pereka fesyen sememangnya glamor, apatah lagi dengan sentuhan magis dan daya kreativiti mereka merealisasikan impian pelanggan untuk tampil menawan mengikut citarasa dan pilihan mereka.
Selepas pulang dari mengerjakan haji baru-baru, pereka fesyen berkenaan baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau kini sedang ‘berhijrah’. Jelasnya, Rico enggan lagi mereka dan menolak tembahan busana yang seksi selepas mendapat penjelasan dari seorang pendakwah terkenal iaitu Ustazah Asma’ Harun.
“Allahu Akbar, bukan mudah keputusan dan tindakan yang dilakukan, begitu juga dengan ramai lagi sahabat kita yang sedang menempuh jalan hijrah yang payah. Mari bersama menyokong beliau dan sesiapa sahaja dengan apa cara yang ada, insyaAllah kita akan turut mendapat bahagian pahala dalam perjuangan mereka ini”, jelas Ustazah Asma’ Harun.
Rico yang juga graduan Diploma Fesyen dan Rekaan dari Universiti Lim Kok Wing ini meluahkan hasratnya itu, dan perkhabaran itu mendapat respon positif dari peminat dan pendamba rekaannya itu. Ramai yang memuji niat Rico untuk tidak lagi mengejar ‘nikmat dunia’.
Namun ‘penghijrahan’ Rico tidak mudah. Selepas mengumumkan keputusannya itu, Rico mendedahkan hampir 10 orang kliennya membatalkan tempahan malah ada yang meminta dipulangkan semula duit deposit/pendahuluan yang telah dibayar awal oleh mereka.
“Fuh, satu tamparan hebat pernah aku alami. Bayangkan satu customer kau boleh dapat paling busuk RM3500-RM5000 tu paling basic untuk baju nikah. Tapi semua minta cancel. Time hantar text dekat manager aku tentang ‘hijrah kecil’ aku, hati aku sangat kuat dan yakin. Tapi tak sangka rezeki tu terus ‘hilang’ sekelip mata,” tulis Rico.
Namun, Rico kekal tenang dengan situasi yang menimpa dan menjelaskan “Rezeki berkat itu luas, dia bukan banyak tapi dia boleh bawa ke syurga,” jelas Rico. NONA mendoakan penghijrahan Rico Rinaldi ini berjalan lancar. Semoga Rico sentiasa istiqomah dalam niatnya.
Kredit foto: Instagram (@thericorinaldi)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
The Devil Wears Prada mengupas realiti salah guna kuasa di tempat kerja, memperlihatkan peralihan dunia fesyen ke era digital dan konflik kepimpinan moden.