Keindahan tas tangan THESELINA jelas menyerlah kala dipersembahkan dengan latar moden di Ecoworld Ballymore, London.
Pelancaran jenama baru yang diasaskan oleh Ratu Perhubungan Awam, Selina Yeop Jr itu turut disempurnakan oleh Duta Malaysia Ke United Kingdom & Ireland Utara, Dato’ Ahmad Rasidi Hazizi.
Mendambakan sebuah tas yang sempurna, mampu memuatkan segala barangan penting dan dalam masa yang sama cantik bergaya, koleksi terbaru THESELINA ini mungkin pilihan paling tepat.
Paling menarik adalah tas genggam Twilight. Biarpun bersaiz agak besar berbanding tas genggam lain, namun ia boleh memuatkan barangan penting untuk acara malam seperti telefon pintar, powerbank, gincu dan bedak kompak, selain item peribadi seperti wang dan kad pengenalan.
Terdapat 10 rekaan yang ditampilkan menerusi tiga koleksi yang berlainan iaitu Twilight, The Work Hard, Play Harder serta Travel.
Koleksi ini dilancarkan di pasaran Eropah pada musim panas 2017 dan boleh didapati menerusi www.modestrove.com. Norzalina Mohd Alias
https://youtu.be/wNDxNxuWxJQ