Tindakan Achraf Hakimi meletakkan semua harta yang didaftarkan di bawah nama ibunya mengundang pelbagai reaksi masyarakat. Siapa sangka, bersandarkan populariti Hakimi sebagai antara pemain bola sepak terkenal dunia dan sudah berkahwin, dia tetap mendahulukan ibu tersayang dalam apa jua keadaan.

IKLAN

Misalnya, ketika perlawanan Piala Dunia Qatar yang lalu Hakimi tanpa segan menunjukkan rasa sayang terhadap insan melahirkan dan membesarkan dirinya hingga berjaya apabila dilihat meraikan kemenangan pasukan Maghribi dengan ibu tersayang di atas padang.

Jarang-jarang nampak pemain bola sepak bawa ibu ke padang untuk rai kemenangan. Terserlah betapa Hakimi menghargai pengorbanan ratu hatinya itu.

Gaji RM4.89 Juta Sebulan, Pemain Bola Sepak Ini Jadi Tumpuan Letak Semua Harta Bawah Nama Ibu!
Kredit Instagram @achrafhakimi

Kredit Instagram @achrafhakimi / Di samping ibu tersayang
Gaji RM4.89 Juta Sebulan, Pemain Bola Sepak Ini Jadi Tumpuan Letak Semua Harta Bawah Nama Ibu!
Kredit Instagram @achrafhakimi / Di samping ibu tersayang

Baru-baru ini nama Hakimi kian menjadi bualan warga maya selepas berita penceraiannya bertebaran di Internet. Lebih hangat, isteri Hakimi iaitu Hiba Abouk yang memfailkan penceraian dan menuntut separuh harta suaminya gagal berbuat demikian.

Ini selepas mahkamah memaklumkan kepada Hiba bahawa pemain bola sepak berusia 24 tahun itu secara sah tidak memiliki apa-apa kerana semua hartanya didaftarkan di bawah nama ibu yang dikenali sebagai Fatima.

Memetik laporan portal The Siasat Daily, Hakimi merupakan pemain pasukan Maghribi dan kelab bola sepak Perancis, Paris Saint Germain (PSG) yang dilaporkan menerima kira-kira RM4.89 juta sebulan namun 80 peratus daripada pendapatan itu dimasukkan ke dalam akaun milik ibunya.

Gaji RM4.89 Juta Sebulan, Pemain Bola Sepak Ini Jadi Tumpuan Letak Semua Harta Bawah Nama Ibu!
Kredit Instagram @achrafhakimi
Gaji RM4.89 Juta Sebulan, Pemain Bola Sepak Ini Jadi Tumpuan Letak Semua Harta Bawah Nama Ibu!
Kredit Instagram @achrafhakimi
Gaji RM4.89 Juta Sebulan, Pemain Bola Sepak Ini Jadi Tumpuan Letak Semua Harta Bawah Nama Ibu!
Kredit Instagram @achrafhakimi

Baca https://www.nona.my/cipta-hatrik-bolot-kasut-emas-piala-dunia-kylian-mbappe-pemain-bayaran-termahal-usd110-juta/

Ia sekaligus menunjukkan bintang bola sepak berkenaan tidak mempunyai harta, kereta, rumah, barang kemas. Bahkan pakaian dan barang perhiasannya juga didaftarkan dengan nama ibu.

IKLAN

Pasangan itu mula menjalin hubungan ketika Hakimi baru berusia 19 tahun manakala Hiba berumur 31 tahun.

Gaji RM4.89 Juta Sebulan, Pemain Bola Sepak Ini Jadi Tumpuan Letak Semua Harta Bawah Nama Ibu!
Kredit Instagram @achrafhakimi
Gaji RM4.89 Juta Sebulan, Pemain Bola Sepak Ini Jadi Tumpuan Letak Semua Harta Bawah Nama Ibu!
Kredit Instagram @achrafhakimi
Gaji RM4.89 Juta Sebulan, Pemain Bola Sepak Ini Jadi Tumpuan Letak Semua Harta Bawah Nama Ibu!
Kredit Instagram @achrafhakimi
Gaji RM4.89 Juta Sebulan, Pemain Bola Sepak Ini Jadi Tumpuan Letak Semua Harta Bawah Nama Ibu!
Kredit Instagram @achrafhakimi

Hiba yang kini berusia 36 tahun menjangka akan menerima sebahagian kekayaan Hakimi yang dianggapnya sebagai jutawan bernilai RM342.14 juta. Bagaimana pun dia tidak mempunyai tuntutan undang-undang terhadap semua aset itu.

IKLAN

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI