Sejak tampil dengan imej menutup aurat sepenuhnya, pelakon jelita Nora Danish kelihatan semakin berseri-seri dan ‘muda’ persis seorang remaja pada usia 42 tahun.
Sering berkongsi doa, kata-kata hikmah dan rutin menghadiri majlis ilmu di media sosial membuatkan ramai yang kagum dengan cara Nora untuk kekal istiqamah.
Ramai yang memuji dan memberi sokongan buat ibu tunggal kepada dua anak ini agar segala kebaikan yang ditunjukkan menjadi asbab pahala untuk dirinya mudah ke syurga.
Tulis Nora, ia bukan untuk merasa dirinya terpaling bagus sebaliknya demi memperbaiki diri yang serba serbi kekurangan.
Ads
Rajin Gali Ilmu Agama
Sahabat baik kepada Betty Rahmad ini turut meluahkan kesyukuran apabila sering diberi peluang menghadiri majlis-majlis ilmu.
Nora turut menitipkan pesanan buat para pengikut dan peminatnya agar tidak menolak untuk hadir ke majlis ilmu jika diberi peluang.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Nora kekal istiqamah, dikurniakan nikmat kesihatan yang baik seterusnya sentiasa berkongsi kebaikan buat semua.
Musim solekan tebal seinci sudah tidak relevan lagi. Sekarang ini ramai yang suka wajah tampak semula jadi tetapi tetap flawless! Banyak pilihan produk yang ada di pasaran cuma anda sendiri perlu mencubanya. Dalam keadaan sekarang, mungkin tidak boleh menggunakan tester jadi anda minta pandangan dari pembantu jualan di kedai.
Untuk memilih bedak asas yang sesuai, anda tidak perlu menjadi professional. Cukup sekadar anda tahu jenis kulit agar pencarian bedak asas menjadi lebih mudah. Ikut tips di bawah agar solekan wajah anda lepas ni lebih cantik dan menarik!
Ambil tahu warna dasar kulit anda
Apa itu warna dasar? Ia adalah jenis cerah atau gelap kulit anda. Ia juga boleh jatuh dalam golongan warna dasar kulit sederhana. Jika anda kurang pasti jenis warna dasar, cuba bandingkan kulit wajah anda dengan selebriti atau model yang memiliki jenis kulit seperti anda. Lihat bagaimana mereka describe kulit wajah mereka.
Ambil tahu jenis kulit
Sebelum membuat pembelian bedak asas, penting untuk anda tahu jenis kulit. Jika jenis berminyak, pilih bedak asas BUKAN oil-based dan sebaliknya. Anda tentu tidak mahu kelihatan seperti permukaan pinggan yang terlalu berkilat dan berminyak kan!
Periksa kandungan
Anda perlu rajin membaca label kandungan pada pek bedak asas. Bimbang juga jika ada di antara kandungannya sensitif untuk kulit anda. Elakkan bahan kimia dan pilih produk menggunakan bahan semula jadi kerana ia lebih selamat untuk kulit.
Mencuba di tempat terang
Jika anda hendak membeli bedak asas, disarankan untuk memilih di kedai dan sekiranya anda sudah selesa dengan jenama tertentu, barulah anda boleh membeli secara online. Penting untuk anda mencuba bedak asas di kedai untuk memastikan warnanya sesuai dengan kulit.
Paling penting, cari tempat yang mempunyai pencahayaan terang kerana anda mungkin akan tersalah pilih dek kerana lighting yang terlalu gelap atau suram!
Iritasi pada kulit
Elakkan membeli produk atau jenama yang boleh memberi iritasi pada kulit, walaupun sedikit. Ramai wanita yang menyedari rasa tak selesa pabila menggunakan sesetengah produk tetapi masih meneruskan pemakaian kerana ia kelihatan cantik pada wajah.
Pilih dengan bijak kerana kulit wajah yang rosak mengambil masa untuk kembali kepada asal. Sebab itu anda perlu mencubanya sendiri di kedai.
Sapuan pada rahang
Anda boleh mencuba pelbagai jenis warna bedak asas dengan menyapu sedikit pada bahagian rahang, bukan di pergelangan tangan atau belakang tapak tangan. Biarkan beberapa saat untuk melihat pilihan warna yang sebati dengan kulit.
Tolong elakkan warna yang lebih cerah kerana anda mungkin nampak seperti memakai topeng!
Bedak asas yang melembap
Sekiranya anda memiliki kulit wajah kering, pilih bedak asas yang mempunyai pelembap sekaligus. Selain mencantikkan solekan wajah, ia juga boleh melindungi kulit daripada kekeringan.
Litupan tepat
Bedak asas menjadi keutamaan dalam setiap solekan wajah kerana ia berupaya menyembunyikan cela dan noda pada wajah lebih-lebih lagi si jeragat dan pilihan terlalu banyak di pasaran; dari yang cair sehingga yang padat.
Jika anda inginkan full coverage, gunakan bedak asas cair atau berkrim. Untuk kegunaan harian pula, disyorkan untuk anda menggunakan BB Cream atau CC Cream yang boleh meratakan kulit dan menutup cela pada wajah.
Ikut bajet
Walaupun ada bedak asas yang sangat sesuai dengan kulit wajah anda, selak dahulu bajet yang diperuntukkan. Jangan kerana ingin kelihatan cantik, anda terpaksa menanggung hutang di kemudian hari!
Tarikh luput
Amat penting untuk anda tahu tarikh luput produk pembelian kerana jika anda bukan seorang yang suka bersolek, pek bedak asas yang kecil sudah memadai. Takut nanti bila dah tamat tempoh, anda masih terus menggunakannya kerana dikatakan tidak alert dengan tarikh luput!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, pelakon dan usahawan terkenal Rozita Che Wan ada berkongsi hantaran gambar anak kesayangannya, Aaishah Dhia Rana ke sekolah nyata mengundang perhatian orang ramai. Mana tidaknya, penampilan Aaishah persis barbie doll, memang cantik dan comel sungguh!!
Melihat pada hantaran Instagram tersebut, Aaisyah kelihatan sangat simple, wajah yang polos tanpa secalit solekan dengan rambut yang didandan bertocang dua.
Umum mengetahui Aaisyah sebelum ini seringkali disolek dan didandan indah oleh Che Ta seperti kebiasaan, namun penampilan Aaishah kali ini langsung tidak berlebihan, namun aura manis Aaishah tetap terserlah. Tidak hairanlah, gambar yang dikongsikan ibunya itu meraih perhatian ramai.
Menurut Che Ta menerusi kapsyennya, gambar tersebut diambil selepas Aaisyah kembali semula ke sekolah memandangkan cuti penggal persekolahannya sudah tamat. “Dia nak nak nampak presentable”, ulas Che Ta.
“Cuti sekolah anak kami (saya) sudah habis, sekarang kena kembali ke sekolah. Pukul 5.30 pagi Aaisyah sudah bangun dan bersiap. Teruja untuk kembali ke sekolah. Maklumlah, lama cuti sekolah,” ulas Che Ta yang berkongsi telatah anak perempuan tunggalnya itu.
Tambah Che Ta lagi, walaupun anaknya gemar tampil cantik, namun nalurinya tetap sama seperti kanak-kanak lain yang seusia.
“Waktu sekolah, tiada bulu mata palsu. Cukuplah sekadar rambut ditocang dua dan bibir dicalit dengan lip gloss,” tegasnya yang tiada kompromoi dalam hal tersebut lebih-lebih lagi pemakaian mekap ke sekolah.
Akui Che Ta lagi, perkongsian tersebut dibuat bagi meleraikan pertanyaan sekali gus memberi pemahaman kepada warga maya mengenai isu anaknya ke sekolah.
Sumber: Sinar Plus
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebimbangan terhadap peningkatan kes COVID-19 di negara ini mendorong kebanyakan wanita berkerjaya agar bekerja dari rumah. Selain berusaha meningkatkan produktiviti dan menjaga kesihatan, peluang ini juga boleh dimanfaatkan untuk memelihara kecantikan.
Ketika di rumah, majoriti wanita sudah pastinya tidak bersolek dan inilah waktu terbaik untuk memanjakan kulit. Tapi awas, usah sesekali meninggalkan regim penjagaan wajah kerana kulit tanpa vitamin bagaikan hilang serinya. Lebih-lebih lagi jika anda sudah berusia!
Walaupun cuaca di Malaysia sukar dijangka, kejap hujan dan terik kemudiannya, anda tetap perlu melindungi kulit dari bahaya lembayung ungu. Dapatkan kulit wajah yang sihat dan memancar keseriannya dengan ilmu serta produk pilihan Nona di bawah.
(1) Cuci Wajah
Produk Pilihan: FOREO LUNA fofo (RM415)
Permulaan terbaik untuk regim penjagaan wajah anda. Peranti berus pembersih wajah paling pintar dari Sweden, FOREO LUNA fofo dilengkapi sensor untuk menganalisa tahap kelembapan kulit dan kondisinya di setiap zon muka. Algoritma fofo turut direka dengan kecerdasan buatan (AI) yang berupaya mencipta rutin pembersihan wajah yang khusus untuk setiap individu.
(2) Pilih Yang Serbaguna
Produk Pilihan: NUDESTIX Nudies Matte Blush (RM145)
Bertukar dari kompleksi polos kepada beach babe look! Dengan balm serba guna yang organik ini, anda boleh kelihatan lebih santai dan menawan di rumah, dengan effortless. Satu Nudies sahaja sudah memadai untuk dipakai sebagai pemerah pipi, pembayang mata dan gincu bibir.
Produk Pilihan: SK-II Facial Treatment Essence (RM759)
Paling menjimatkan masa dan efektif untuk memperbaiki kulit. Pupuk saja miracle water ini yang diperkaya dengan kandungan PITERA agar kulit menikmati khasiat vitamin, mineral dan asid amino.
(3) Lindungi Wajah
Produk Pilihan: Supergoop! CC Screen SPF50 (RM170)
Selain melindungi kulit dengan SPF 50 UV, formulanya yang berkrim dan melembap amat sesuai untuk menyamarkan ketidaksekataan kulit sambil memberi kemasan natural dan kulit berbayang segar semula jadi.
Produk Pilihan: SK-II Atmosphere Airy Light UV Cream (RM291)
Duduk di rumah pun, kulit mesti dilindungi daripada kerosakan UV. Layangkan saja krim tabir suria SK-II dengan kuasa SPF50+ PA++++ ni.
(4) Jangan Terlalu Polos
Produk Pilihan: Milani Baked Blush (RM45.80)
“Milani has the most amazing blushers and that’s on period!” Itu komen beauty influencer terkenal dari Hawaii, Bretman Rock tentang pemerah pipi Milani. Didatangkan dalam kemasan jubin terracota, anda hanya layangkan ke tulang pipi untuk wajah yang lebih berseri secara natural.
Produk Pilihan: Fenty Beauty Gloss Bomb
Usah biarkan bibir kering dan mengelupas walaupun hanya bekerja di rumah. Calitkan glos bibir agar ia kelihatan sihat dan ranum. Fenty Beauty melancarkan koleksi mini Gloss Bomb sempena musim Krismas ini iaitu ‘Glossy Pose: Holo’daze Edition’. Antaranya kit edisi terhad yang mengandungi 4 rona berkilau ini iaitu Cake Shake, Baby Brut, Taffy Tease dan Ruby Milk.
Produk Pilihan: NudeFix Cream Concealer (RM137)
Sentiasa pastikan kanvas kulit anda dalam keadaan photo-ready! Samarkan saja bayang gelap, jeragat atau bintik-bintik merah dengan penyamar cela terbaharu NudeFix. Ia dirumus dengan bahan semula jadi, ringan dan tersedia dalam pilihan 13 rona berpigmen tinggi untuk kemasan ‘you-but-better!’
(5) Tubuh Wangi Menggebu
Produk Pilihan: Lush Christmas Bathtime Favorites
Selain wajah, manjakan tubuh badan anda dengan produk mandian Lush. Sempena kedatangan musim percutian Krismas nanti, dapatkan set hadiah dengan pilihan sabun, skrub, bath bomb, bubble bar atau shower gel yang wangi serta menggembirakan!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.