Bagi yang baru bergelar suami isteri, detik ini pastinya mengujakan kerana ianya disambut dalam suasana serta ‘status’ baru. Pastinya detik-detik yang dilalui bersama berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Nona kongsikan koleksi foto 9 pasangan selebriti yang menyambut hari raya buat pertama kalinya tahun ini sebagai suami isteri.
Tumpang bangga melihat kejayaan yang diraih Vie Shantie Khan. Mana tidaknya, pada usia belum cecah 40 tahun dia sudah pun mampu menguruskan empayar perniagaan yang kian berkembang maju dan mengumpul aset peribadi. Satu pencapaian luar biasa yang menjadi pembakar semangat dan suntikan inspirasi kepada ramai wanita!
Tanggal 26 Julai lepas genap 39 tahun usia Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Blackstone ini. Kian matang melayari kehidupan sebagai ahli perniagaan, isteri dan juga ibu, Vie Shantie meluahkan rasa syukur kerana diizinkan Allah SWT untuk bergelar usahawan berjaya dan dikelilingi insan tersayang.
Titip isteri Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan ini, “Tahun terakhir usia tiga puluhan. Sebuah dekad yang membentuk diri ini lebih daripada apa yang mampu diungkap dengan kata-kata.
Aku diuji dengan cara yang tak pernah terlihat oleh dunia. Menangis dalam diam ketika badai tak disedari sesiapa. Belajar membina dari serpihan, dan tersenyum meski hati masih berdarah.
Hari ini mengingatkan aku, betapa aku dikelilingi jiwa-jiwa yang benar-benar peduli.
Setiap ucapan, setiap hadiah kecil penuh makna, setiap doa yang dibisikkan untukku. Begitu besar ertinya.
Aku rasa sungguh diberkati kerana disayangi sedalam itu. Semoga Allah memulangkan kasih ini kepada kalian berlipat ganda. Tiga puluh terakhir ini bukan sekadar helaian yang ditutup.
Ia adalah satu lingkaran penuh sebuah perjalanan menjadi seorang wanita, seorang ibu, seorang kekasih, dan seorang pejuang yang akhirnya belajar bahawa dia tidak perlu berjuang sendirian selamanya.”
Tahun 2023 pastinya menjadi antara detik terindah buat Vie Shantie dalam kerjayanya apabila dia mendedahkan kepada umum mengenai kejayaan syarikatnya memperoleh kontrak perdagangan arang batu di antara Malaysia, Singapura dan China selama 15 tahun.
Bukan itu saja, dia juga berjaya menandatangani perjanjian persefahaman dengan salah sebuah syarikat perlombongan dan pembinaan terbesar di dunia. Siapa sangka, anak kelahiran Kampung Pulau Simpangan, Tuaran di Sabah ini mampu menakluk pasaran global!
Selain menguruskan perniagaan Black Stone, wanita berjiwa besar ini juga merupakan pengasas jenama muslimah V Hijrah.
Hasil perkongsian hidup bersama ahli perniagaan dan politik, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan, Vie Shantie dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Vie Raissa.
Terdahulu Vie Shantie pernah berkahwin dengan aktor Dato’ Sri Eizlan Yusof dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usianya baru 27 tahun namun sudah pun memiliki apa yang didambakan oleh setiap wanita antaranya ialah keluarga yang bahagia, sukses dalam perniagaan bersama suami, berpenampilan menarik, berpendidikan tinggi serta mampu berdikari.
Inilah ciri-ciri wanita inspirasi yang wajar dicontohi khususnya oleh gologan muda seperti YM Tengku Norhanim Tengku Othman atau lebih mesra dengan sapaan Hanim. Ibu kepada dua cahaya mata perempuan berusia 5 tahun dan 11 bulan ini merupakan anak jati Kelantan.
Sesibuk mana pun, Hanim dan suami tetap akan meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Justeru, dengan memilih perniagaan sebagai fokus utama adalah sangat tepat. Setidak-tidaknya dapatlah mereka memanfaatkan masa yang lebih fleksibel bersama keluarga.
KAHWIN MUDA
“Saya dan suami kenal dalam masa singkat. Ketika itu saya masih menuntut di Universiti Malaya dan suami baru tamat pengajiannya dalam jurusan Automatif di TOC The Automative College. Selepas berkahwin barulah bermula fasa mengenali hati budi masing-masing.
Alhamdulillah walaupun berkahwin pada usia muda namun perkahwinan kami masih bertahan. Tahun ini genaplah enam tahun usia perkahwinan kami. Saya yakin suami adalah insan terbaik buat saya dan anak-anak. Suami sentiasa berada bersama walau dalam apa jua keadaan.
Walaupun cerewet suami seorang yang bertanggungjawab, penyayang dan faham kesibukan saya menguruskan perniagaan. Jika saya tidak sempat memasak suami tidak pernah memaksa. Sebab itulah suami menyediakan pembantu rumah.
Berkahwin di usia muda memang banyak cabarannya. Masing-masing ada ego tetapi itu semua tak akan ke mana kalau kedua-duanya tak mahu mengalah. Suami mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Apa yang membuatkan saya terpesona dengan sikap suami ialah ketenangannya yang menyejukkan jiwa.
Suamilah teman paling rapat dengan saya. Tak pernah saya memandang rendah terhadap segala nasihat yang diberikan oleh suami apatah lagi untuk menyesal atau merungut kerana sedar kami saling melengkapi. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
Selain bertolak ansur kami juga saling jujur dalam perhubungan. Jika berselisih faham biasanya kami akan tunggu keadaan kembali reda kemudian barulah kami berbincang secara baik,” ungkap Hanim.
PERNIAGAAN
Pemilik jenama Adeliciousz Crispy Choco Jar ini sangat komited dalam apa jua yang dilakukan, baik dari segi urusan keluarga mahupun perniagaannya. Adeliciousz Crispy Choco Jar yang bermula sejak tahun 2014 kini bukan hanya dikenali di Malaysia bahkan telah pun memasuki pasaran global seperti Thailand, Brunei dan Singapura.
“Adeliciousz Crispy Choco Jar adalah nadi kesungguhan saya dan suami dalam mengemudi perniagaan sejak beberapa tahun lalu. Selepas melahirkan anak sulung, Adelea, kami memulakan perniagaan ini. Idea untuk berniaga sebenarnya datang daripada suami.
Setelah yakin produk ini banyak permintaan maka suami mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Atas permintaan yang sangat menggalakkan telah mencetuskan lagi semangat kami untuk berniaga secara online dari rumah.
Saya dan suami sangat komited serta mahu legasi perniagaan ini bertahan lama. Biarpun turut merasa tempias kegawatan ekonomi namun Adeliciousz Crispy Choco Jar masih mampu bersaing dalam pasaran,” bual Hanim sambil tersenyum.
KONGSI REZEKI
“Tak dinafikan wang sangat penting ketika ini. Untuk hidup harmoni dan bahagia kita perlukan wang. Kalau tak ada wang bagaimana kita hendak menggembirakan keluarga, pergi bercuti dan memberikan pendidikan terbaik buat anak-anak? Maka segala-galanya wang. Namun apa yang penting jangan jadi hamba duit.
Sebab itulah saya dan suami bertungkus lumus daripada sekarang. Kejar betul-betul peluang yang ada selain bekerja keras idem masa depan keluarga seterusnya dapat memberikan manfaat buat orang lain untuk menjana pendapatan dengan menjadi agen dan stokis.
Dari situ dapat lihat produk kita mampu menjadi sumber rezeki buat mereka yang ingin mengubah nasib diri serta keluarga menjadi kepada lebih baik,” akhiri graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Timur dari Universiti Malaya ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai simbolik hari perkahwinannya bersama pegawai tentera, Muhammad Hanif Hamidi, Dayah atau nama penuhnya Nur Hidayah Abu Bakar, 30, telah mencipta lagu berjudul Imamku. Melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan hati yang merupakan seorang tentera, pengacara terkenal, Dayah Bakar nyata ceria menjalani hari-hari bergelar isteri.
Dayah yang terkenal dengan sifat ceria dan ramah-tamah ini beruntung kerana tidak berdepan dengan masalah ‘ibu mentua’ yang menjadi ketakutan sang isteri. “Saya sangat blend dan sayang dengan kedua-dua mentua macam mak ayah saya sendiri. Kalau orang tanya, saya tak cakap pun mereka ibu atau bapa mentua sebaliknya saya akan cakap itu mak atau ayah saya.
Alhamdulillah, saya dikurniakan ibu dan bapa mentua yang sangat baik. Ada juga yang bertanya, karakter Happy Go Lucky saya sama ke bila bersama mentua? Jawapannya, sebijik macam ini tak berubah apa pun termasuk sifat clumsy saya. Saya berharap keluarga mentua dapat terima saya seadanya.
Selalu juga saya dengar susah nak mengambil hati ibu mentua, ada saja perkara yang tidak kena. Ada juga mak saya pesan kalau nak bergurau dengan kedua mentua biar elok sikit, jaga adap dan sopan. Tapi bagi saya ia datang secara semula jadi, sebab saya ada rasa hormat dan sayang kepada kedua ibu bapa mentua, saya percaya dengan itu.
Bila ada yang cakap sukar untuk mengambil hati ibu mentua, nasihat saya, mereka orang yang sudah berusia, kita sebagai orang muda kena pandai cari jalan bagaimana nak memenangi hati kedua mentua. Kita tak boleh jangka orang suka dengan kita. Mungkin sifat saya yang suka berborak ini merupakan bonus. Saya akan bersembang dengan keluarga mentua dan bergurau dengan mereka. Jadi mereka pun akan rasa selesa.
Kenangan bergelar menantu yang diingati? Saya sangat terharu dengan layanan keluarga mentua apabila suami ditahan di wad hospital kerana Influenza B. Sepanjang menjaga suami di hospital ada satu hari saya terpaksa pergi ke Kedah kerana kerja.
Namun, ibu mentua saya sangat memudahkan urusan dengan menawarkan diri untuk menjaga suami di hospital. Kemudian saya boleh saja pergi ke airport untuk ke Kedah. Tapi bapa mentua insist nak hantar ke airport. Saya ingat mereka nak drop sahaja tapi mereka hantar saya sampai check-in dan berlepas, padahal saya hanya pergi ke Kedah sahaja.
Ketika ini saya benar-benar touching. Mengikut adik ipar saya, bapa mentua saya memang seorang yang caring,” bicara Dayah yang merupakan menantu pertama dalam keluarga suaminya.
Ada orang memenangi hati ibu mentua dengan masakan, bagaimana pula dengan Dayah? “Keluarga mentua saya semua tahu, saya seorang wanita yang tidak cekap di dapur. Tetapi saya cuba. Sehingga kini ada juga resipi kebanggan jika saya pulang ke rumah keluarga mentua, antaranya Grilled Lamb. Ketika pertama kali masak untuk keluarga yang menetap di Kuala Pilah, mendapat pujian, alhamdulillah.
Sifat caring ayahnya menurun kepada suami saya. Kalau orang tengok figure suami saya macam sentiasa bersedia nak pergi berperang. Ayah dia juga seorang bekas pegawai tentera. Apa yang saya tengok, suami saya ini dia seorang yang tak pandai berkata-kata sangat. Dia seorang yang very straight forward. Tapi perbuatan dia yang melambangkan apa yang tersimpan dalam hatinya.
Hubungan ibu dan bapa mentua saya boleh dijadikan pengajaran buat pasangan muda macam saya. Ketika makan di luar ayah mentua saya tersalah order ayam. Dia tak suka ayam rebus, mak di sebelah sedang menikmati hidangan kegemarannya. Apabila tengok bapa mentua tak berapa gemar dengan hidangannya, mereka bertukar hidangan. Walaupun dah tukar makanan, ayah saya tetap membantu ibu buka bungkusan ayam tersebut dan perbuatan ayah mentua terus mengingatkan saya kepada suami sendiri,” tutur Dayah mengakhiri perbualan.
Foto: Instagram @dayahbakar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyakit jantung kini menyerang generasi muda dan kekal sebagai punca kematian No. 1 negara. Ketahui simptom, faktor risiko serta kepentingan saringan awal.