Happy birthday Bunga Citra Lestari! Tanggal 22 Mac lepas merupakan ulang tahun kelahiran penyanyi kelahiran Indonesia ini yang ke-40. Tampil muda remaja dan terpancar wajah penuh bahagia, ulang tahun kelahiran Bunga diraikan meriah di samping ahli keluarga dan kenalan rapat.
Daripada foto-foto yang dikongsikan di laman Instagram miliknya, kelihatan Bunga dikelilingi beberapa jambak bunga-bungaan segar dan hadiah berjenama mewah pemberian insan-insan tersayang.
Tidak cukup itu, pelantun lagu Cinta Sejati ini turut menerima beberapa biji kek hari lahir! Lebih bermakna, hari istimewa tersebut diraikan bersama anak tersayang, Noah.
Tampil dengan dress bercorak abstrak biru putih, gaya dan wajah Bunga nyata tidak makan dek usia. Tetap anggun dan awet muda persis anak dara.
Berkongsi rasa terharu dan gembira dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi daripada orang sekeliling, Bunga menerusi media sosial mengungkapkan terima kasih.
“Thank you for all of you who came and celebrated my 40th birthday. I feel so blessed and thankful for your wishes and joy for me.
Thank you for the love. And life might be full of ups and downs, but cheers to 40 wisdoms with 20 spirit!”
Kehidupan Bunga Citra Lestari menjadi perhatian peminat lebih-lebih lagi sejak suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020.
Cekal mendepani hidup, Bunga yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia tersebut pada 9 November 2008 turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Sinclair yang bakal menginjak usia 13 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanggal 12 Ogos merupakan tarikh kelahiran aktres cantik Filipina, Marian Rivera Gracia Dantes. Memasuki usia 36 tahun semalam, ulang tahun hari istimewa tersebut sudah
pasti meninggalkan memori terindah buat jelitawan ini. Mana tidaknya, selain dilimpahi dengan populariti, kemewahan dan kebahagiaan hidup berkeluarga… tahun ini juga menyaksikan perniagaan Marian iaitu Flora Vida semakin berkembang maju. Begitu juga tawaran daripada pelbagai syarikat yang mahu menjadikan wajah suri hati Dingdong Dantes ini sebagai penghias kempen produk mereka.
Berkongsi foto terbaru di samping keluarga tersayang sempena ulang tahun kelahiran semalam, tiada apa yang lebih diimpikan Marian selain kesejahteraan keluarga dan para peminat. Ujarnya, “As I turn another year older, l’m reminded of how the simplest things can mean the most. I’m grateful to be spending this day with my family and my only birthday wish is that all of you are safe and healthy. Let’s continue to pray and help each other. Thank you so much for all your birthday greetings!”
Dengan status isteri, ibu dua anak dan usia meniti lewat 30an… raut wajah sempurna dan susuk tubuh langsing Marian mampu membuatkan peminat memandangnya berkali-kali. Tidak hairanlah Marian menerima julukan selebriti wanita paling seksi di Filipina lebih daripada tiga kali. Dia yang dilahirkan pada 12 Ogos 1984 di Madrid, Sepanyol, anak kepada Francisco Javier Gracia Alonso dan Amalia Revera ini mempunyai pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari De La Salle University Dasmarinas. Bapanya, Francisco ialah warganegara Sepanyol manakala ibunya pula Amalia ialah rakyat Filipina.
Disebabkan perkahwinan campur tersebut, Marian mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog. Beberapa tahun mencipta nama dalam industri seni Filipina, jelitawan ini akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan aktor kacak Filipina, Dingdong Dantes pada 30 Disember 2014. Berdasarkan populariti mereka berdua dan kejayaan masing-masing, perkahwinan mereka pernah dinobatkan The Royal Wedding di Filipina pada tahun berkenaan.
Hampir setahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan romantis ini dikurniakan anak perempuan comel iaitu Maria Letizia pada 23 November 2015. Empat tahun kemudian, kehadiran cahaya mata lelaki yang dinamakan Jose Sixto G. Dantes IV menyerikan lagi rumah tangga Marian dan Dingdong. Anak perempuan sulungnya kini berusia lima tahun sementara anak kedua iaitu pula berusia setahun pada 16 April lepas.
Sejak kelahiran Sixto, Marian dilihat selesa dengan penampilan lebih segar dan memilih potongan rambut pendek. Ternyata, ramai yang memuji imej baru tersebut. Pendek kata, apa sahaja fesyen yang digayakan selebriti kesayangan Filipina ini pasti disambut baik peminat setianya.
Berbekalkan bakat, wajah yang cantik dan personaliti menarik dimiliki Marian, aktres yang memiliki ketinggian 158 cm ini turut menjadi buruan agensi pengiklanan yang mahu melantiknya sebagai duta atau penghias kempen pelbagai jenama mewah. Difahamkan sehingga tahun lepas, nilai kekayaan Marian dianggarkan mencecah USD 6 juta!
Selain aktif dengan aktiviti seni, Marian juga sebenarnya pengasas bisnes bunga-bungaan segar Flora Vida. Bagi merancakkan lagi perniagaan tersebut, pada 10 Jun lepas Marian telah melancarkan edisi terbaharu Flora Vida by Marian yang berkonsepkan dried bloom collection. Menariknya, dalam masa hanya 5 hari selepas ia dilancarkan, koleksi ini habis dijual! Sememangnya aura Marian cukup berbisa.
Apa sahaja yang dijual mahupun dipromosikan pasti laris di pasaran. Patutlah ramai pengusaha dan syarikat berskala besar berebut-rebut menjadikan jelitawan Filipina ini sebagai duta. Jelas Marian, bukan mudah membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga namun kerana tanggungjawab terhadap peminat dan anak-anak serta suami dia tetap akan memastikan semuanya berjalan lancar.
Kalau tengok penampilan dan rupa paras Datin Arianie Abidin pasti ada yang tidak menyangka suri hati Dato’ Hattan ini sudah pun berusia 51 tahun. Dia bukan saja memiliki wajah awet muda malah mesra orangnya. Bersandarkan gaya dan aura positif Datin Arianie tidak hairanlah dia kelihatan muda.
Apatah lagi isteri kepada pelantun lagu Memburu Rindu ini merupakan bekas ketua pramugari MAS. Pastinya Datin Arianie cukup arif dalam soal penampilan diri dan bergaul dengan orang ramai.
Jelitawan ini sah bergelar isteri Dato’ Hattan pada tahun 1996 dan dikurniakan seorang cahaya mata tunggal diberi nama Adam Eiman. Rumah tangga mereka kemudian dilanda badai sebelum kedua-duanya memutuskan untuk bercerai pada tahun 2005.
Ibarat kata pepatah, kalau sudah jodoh takkan ke mana. Mereka akhirnya ditakdirkan bersatu dan kembali bergelar suami isteri pada Julai 2013. Kini anak lelaki tunggal mereka meniti usia 26 tahun dan mengikut jejak langkah bapa tersayang dalam industri muzik.
Menerusi perkongsian Datin Arianie di media sosial, ibu kepada seorang ini memuat naik foto dirinya dan suami di sisi anak tersayang ketika majlis graduasi permata hati kesayangan.
Difahamkan Adam Eiman merupakan graduan dari Taylor’s University dan selamat bergraduasi pada Mac 2022.
Kongsinya, “We are grateful and proud of all the things you have done. Love you a lot and pray to Allah SWT to give you the ability to do more in life. Congratulations on your graduation.”
Sebagai emak, saya banyak nasihatkan Adam. Alhamdulillah, dia anak yang ikut cakap. Balik dari universiti pun, dia akan terus masuk bilik dan buat hal dia sendiri.
Kalau keluar dengan kawan-kawan, dia akan maklumkan kepada saya dulu dan jenis yang suka bercerita tentang aktivitinya kepada kami berdua.
Tapi biasalah, anak lelaki pasti ada sikap degil dan nakal. Paling penting jangan terlalu mengongkong anak,” terang Datin Arianie sambil mengakui kerap mengingatkan Adam tentang masa depan dan bijak mengatur hala tuju hidup.
Kini, Adam Eiman merupakan seorang komposer dan penulis lirik yang pernah memenangi trofi Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23) menerusi anugerah Album Terbaik album penyanyi Yonnyboii berjudul Deluxe Version.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.