MARIAN RIVERA

Tanggal 12 Ogos merupakan tarikh kelahiran aktres cantik Filipina, Marian Rivera Gracia Dantes. Memasuki usia 36 tahun semalam, ulang tahun hari istimewa tersebut sudah
pasti meninggalkan memori terindah buat jelitawan ini. Mana tidaknya, selain dilimpahi dengan populariti, kemewahan dan kebahagiaan hidup berkeluarga… tahun ini juga menyaksikan perniagaan Marian iaitu Flora Vida semakin berkembang maju. Begitu juga tawaran daripada pelbagai syarikat yang mahu menjadikan wajah suri hati Dingdong Dantes ini sebagai penghias kempen produk mereka.

IKLAN

Berkongsi foto terbaru di samping keluarga tersayang sempena ulang tahun kelahiran semalam, tiada apa yang lebih diimpikan Marian selain kesejahteraan keluarga dan para peminat. Ujarnya, “As I turn another year older, l’m reminded of how the simplest things can mean the most. I’m grateful to be spending this day with my family and my only birthday wish is that all of you are safe and healthy. Let’s continue to pray and help each other. Thank you so much for all your birthday greetings!”

Genap 36 Tahun, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Curi Perhatian Walau Dah Anak 2! Genap 36 Tahun, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Curi Perhatian Walau Dah Anak 2! Genap 36 Tahun, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Curi Perhatian Walau Dah Anak 2!

Dengan status isteri, ibu dua anak dan usia meniti lewat 30an… raut wajah sempurna dan susuk tubuh langsing Marian mampu membuatkan peminat memandangnya berkali-kali. Tidak hairanlah Marian menerima julukan selebriti wanita paling seksi di Filipina lebih daripada tiga kali. Dia yang dilahirkan pada 12 Ogos 1984 di Madrid, Sepanyol, anak kepada Francisco Javier Gracia Alonso dan Amalia Revera ini mempunyai pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari De La Salle University Dasmarinas. Bapanya, Francisco ialah warganegara Sepanyol manakala ibunya pula Amalia ialah rakyat Filipina.

Disebabkan perkahwinan campur tersebut, Marian mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog. Beberapa tahun mencipta nama dalam industri seni Filipina, jelitawan ini akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan aktor kacak Filipina, Dingdong Dantes pada 30 Disember 2014. Berdasarkan populariti mereka berdua dan kejayaan masing-masing, perkahwinan mereka pernah dinobatkan The Royal Wedding di Filipina pada tahun berkenaan.

Hampir setahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan romantis ini dikurniakan anak perempuan comel iaitu Maria Letizia pada 23 November 2015. Empat tahun kemudian, kehadiran cahaya mata lelaki yang dinamakan Jose Sixto G. Dantes IV menyerikan lagi rumah tangga Marian dan Dingdong. Anak perempuan sulungnya kini berusia lima tahun sementara anak kedua iaitu pula berusia setahun pada 16 April lepas.

Genap 36 Tahun, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Curi Perhatian Walau Dah Anak 2! Genap 36 Tahun, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Curi Perhatian Walau Dah Anak 2! Genap 36 Tahun, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Curi Perhatian Walau Dah Anak 2! Genap 36 Tahun, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Curi Perhatian Walau Dah Anak 2! Genap 36 Tahun, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Curi Perhatian Walau Dah Anak 2!

IKLAN

Sejak kelahiran Sixto, Marian dilihat selesa dengan penampilan lebih segar dan memilih potongan rambut pendek. Ternyata, ramai yang memuji imej baru tersebut. Pendek kata, apa sahaja fesyen yang digayakan selebriti kesayangan Filipina ini pasti disambut baik peminat setianya.

Berbekalkan bakat, wajah yang cantik dan personaliti menarik dimiliki Marian, aktres yang memiliki ketinggian 158 cm ini turut menjadi buruan agensi pengiklanan yang mahu melantiknya sebagai duta atau penghias kempen pelbagai jenama mewah. Difahamkan sehingga tahun lepas, nilai kekayaan Marian dianggarkan mencecah USD 6 juta!

IKLAN

Genap 36 Tahun, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Curi Perhatian Walau Dah Anak 2! Genap 36 Tahun, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Curi Perhatian Walau Dah Anak 2! Genap 36 Tahun, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Curi Perhatian Walau Dah Anak 2! Genap 36 Tahun, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Curi Perhatian Walau Dah Anak 2!

Selain aktif dengan aktiviti seni, Marian juga sebenarnya pengasas bisnes bunga-bungaan segar Flora Vida. Bagi merancakkan lagi perniagaan tersebut, pada 10 Jun lepas Marian telah melancarkan edisi terbaharu Flora Vida by Marian yang berkonsepkan dried bloom collection. Menariknya, dalam masa hanya 5 hari selepas ia dilancarkan, koleksi ini habis dijual! Sememangnya aura Marian cukup berbisa.

Apa sahaja yang dijual mahupun dipromosikan pasti laris di pasaran. Patutlah ramai pengusaha dan syarikat berskala besar berebut-rebut menjadikan jelitawan Filipina ini sebagai duta. Jelas Marian, bukan mudah membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga namun kerana tanggungjawab terhadap peminat dan anak-anak serta suami dia tetap akan memastikan semuanya berjalan lancar.

Sambutan hari jadi takkan meriah tanpa ini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI