Pada 22 November 2022, pelakon utama drama Korea terkenal ‘Autumn in My Heart’ Song Hye-kyo meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-42 bersama rakan-rakan baiknya.

IKLAN

Genap 42 Tahun, 6 Rahsia Cantik Bintang ‘Autumn in My Heart’ SONG HYE-KYOTidak dinafikan pesonanya sering memukau pandangan. Figura bertubuh genit ini dianggap cukup bertuah kerana memiliki kecantikan semula jadi biarpun tanpa solekan. Tambahan pula, dengan potongan bentuk badan yang langsing membuatkan ramai yang cemburu.

Genap 42 Tahun, 6 Rahsia Cantik Bintang ‘Autumn in My Heart’ SONG HYE-KYOBukan sekadar itu, peminat begitu teruja serta tidak henti-henti memuji kejelitaan bintang Korea Selatan ini yang dikatakan tidak dimamah usia.

Mengikut usia rasmi, Song Hye-kyo genap 41 tahun tetapi di Korea kiraan umur bertambah satu tahun menjadi 42 tahun.

Genap 42 Tahun, 6 Rahsia Cantik Bintang ‘Autumn in My Heart’ SONG HYE-KYOMelalui satu hantaran di akaun Instagram, dia tidak lupa untuk menzahirkan rasa syukurnya kepada peminat yang turut memberikan ucapan hari lahir buatnya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah. Saya menerima semua bunga dan hadiah yang anda kirimkan. Terima kasih. Ya! Saya harap anda semua sentiasa sihat dengan perkara yang gembira.”

Genap 42 Tahun, 6 Rahsia Cantik Bintang ‘Autumn in My Heart’ SONG HYE-KYO
Genap 42 Tahun, 6 Rahsia Cantik Bintang ‘Autumn in My Heart’ SONG HYE-KYOBerikut 6 amalan kecantikan Song Hye-kyo:

BERSENAM
Sering melakukan senaman yoga dan kardio untuk memperbaiki keadaan kesihatan. Aktif berolahraga memang efektif untuk menjadikan kulit dan tubuh awet muda. Selain itu, bentuk badan pun terjaga.

IKLAN

Genap 42 Tahun, 6 Rahsia Cantik Bintang ‘Autumn in My Heart’ SONG HYE-KYOURUT WAJAH DENGAN AIS
Menggunakan kiub ais untuk mengurut wajah. Menurutnya kaedah ini boleh menjadikan kulit tegang dan wajah lebih runcing. Mengurut wajah dengan ketulan ais sangat berkesan melegakan kesakitan, keradangan dan lebam pada permukaan kulit. Kaedah itu juga berkesan untuk mengurangkan kesan sembab pada wajah akibat kurang tidur.

Genap 42 Tahun, 6 Rahsia Cantik Bintang ‘Autumn in My Heart’ SONG HYE-KYOGUNA PRODUK PERAWATAN WAJAH ANTI PENUAAN
Ibu Song Hye-kyo menasihatkannya memulakan penggunaan produk anti penuaan walaupun masih muda. Biasanya Song Hye-kyo menjalani ritual penjagaan kulit wajah pada waktu malam dengan mula memakai penyegar anti penuaan. Perawatan kulit wajah diteruskan dengan serum, krim muka, dan masker wajah.

Genap 42 Tahun, 6 Rahsia Cantik Bintang ‘Autumn in My Heart’ SONG HYE-KYOMAKAN BUAH, SAYUR & AIR MINERAL
Pelakon cantik ini sangat mengambil berat makanan yang dimakan. Beliau mengelak makan makanan ringan, makanan segera dan juga coklat. Buah-buahan dan sayur-sayuran memang wajib ada dalam diet hariannya terutama labu.

IKLAN

Genap 42 Tahun, 6 Rahsia Cantik Bintang ‘Autumn in My Heart’ SONG HYE-KYOMASKER WAJAH DARIPADA CAMPURAN PUTIH TELUR & MADU ASLI
Merawat wajah dengan masker yang diperbuat daripada bahan dapur. Ramuan kegemarannya ialah masker wajah campuran putih telur dan madu asli.

Genap 42 Tahun, 6 Rahsia Cantik Bintang ‘Autumn in My Heart’ SONG HYE-KYOMASKER WAJAH MADU ASLI
Pupur wajah daripada madu asli menjadikan kulit wajah lebih cerah dan menyamarkan garis-garis halus.

Genap 42 Tahun, 6 Rahsia Cantik Bintang ‘Autumn in My Heart’ SONG HYE-KYOSong Hye-kyo pertama kali debut sebagai watak utama dalam drama ‘Autumn in My Heart’ memegang watak Eun-seo bersama aktor Song Seung-heon dan Won Bin. Beliau sebelum itu telah banyak berlakon dalam sitkom dan drama bersiri sejak tahun 1995.

Sumber: Instagram Song Hye-kyo

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI