Genap setahun mantan Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Razak menerima hukuman di penjara, anak perempuan kesayangannya Nooryana Najwa selamat melahirkan anak ketiga, sekaligus menjadi cucu perempuan pertama dalam keluarga itu.

Kelahiran Amelia Rahah Daniyar pada 23 Ogos 2023 disambut dengan rasa syukur kepada Allah SWT. Pasangan Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Adam Razak dan Aidan Najib Daniyar.

IKLAN

Menurut Yana, mereka sekeluarga menyambut kelahiran si comel ini pada hari yang penuh dengan nostalgia. Menerusi hantarannya di media sosial, foto bayi dalam balutan selimut pink yang bersulam nama ‘Amelia Rahah’ dibanjiri ucapan tahniah.

Genap Setahun Bossku Di Penjara, Amelia Rahah Daniyar Lahir & Jadi Cucu Perempuan Pertama Najib Razak!
Instagram @yananajib

 

Genap Setahun Bossku Di Penjara, Amelia Rahah Daniyar Lahir & Jadi Cucu Perempuan Pertama Najib Razak!
Instagram @yananajib

 

“Seolah-olah cucu perempuan pertama Bossku nak bagi tau Atoknya, ‘I don’t want you to be upset today…’

I know Grandpa is longing to hold you in his loving arms, my precious girl. We keep praying that Allah will reunite us soon.” Yana Najib

 

Sering berkongsi tentang kerinduannya terhadap bapa tersayang, luahan wanita jelita lulusan Universiti Harvard ini seolah-olah menggambarkan harapannya untuk melihat keluarga mereka berkumpul semula satu hari nanti.

Genap Setahun Bossku Di Penjara, Amelia Rahah Daniyar Lahir & Jadi Cucu Perempuan Pertama Najib Razak!
Instagram @yananajib

 

MASA IBADAH

Sementara itu, pentadbir akaun Facebook Najib Razak turut memuat naik hantaran terbaharu.

IKLAN

“Di sebalik tirai besi
Beralaskan dinginnya lantai simen
Tikar sejadah menjadi teman
Sujud
Mengerjakan solat lima waktu
Merayu belas kasihanNya meringankan ujian beban
Mendoakan ketenangan, kebebasan derita…”

Genap Setahun Bossku Di Penjara, Amelia Rahah Daniyar Lahir & Jadi Cucu Perempuan Pertama Najib Razak!
Facebook Najib Razak

 

Hantaran berkenaan juga memberi bayangan sepanjang di penjara, kebanyakan masa dihabiskan oleh Najib Razak, 69 tahun dengan memberi tumpuan pada ibadah.

Turut ditulis, Datuk Seri Najib Razak masih belum tahu tentang kelahiran cucunya. Dan tidak ada cara untuk memberitahu beliau tentangnya dalam masa terdekat.

IKLAN

Lebih menyedihkan hari ini ketika dikurniakan insan baru dalam keluarga, seorang lagi cucu, beliau sepatutnya berada di samping keluarga tercinta meraikan kehidupan dan generasi akan datang. Bukan di mana beliau berada hari ini, di sebalik tirai besi.

Pentadbir Facebook beliau turut memohon bantuan sesiapa yang membaca dari Kajang agar membantu menyampaikan berita kelahiran si comel tersebut kepada datuknya.

 

Sayu mengenangkan bila ada keluarga terpisah sebegini. Isteri rindukan suami, anak rindukan bapa dan cucu-cucu tak dapat bermain dengan datuk tersayang.

Semoga suatu hari nanti keluarga ini bersatu semula, insyaAllah!

 

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/anak-bossku-yana-najib-makin-lincah-berpolitik-kelibat-jelitawan-ini-hadiri-pau2023-tarik-perhatian/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI