Comelnya Wan Khaleeda Wan Hafizol! Diam tak diam, anak perempuan selebriti Fizo Omar dan Fazeera Nazri ini sudah pun menginjak usia setahun pada 25 Jun lepas. Bersempena ulang tahun kelahiran yang pertama Wan Khaleeda, pasangan selebriti berkenaan berpeluang mengadakan majlis keraian yang dihadiri kenalan rapat.

IKLAN

Menariknya, Wan Khaleeda yang baru berusia setahun sudah mempunyai adik! Pada 19 Mei lepas, Fazeera atau mesra disapa Faz selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Wan Umaira.

Walau baru bersalin namun Faz nampak bertenaga dan berseri-seri! Malah ibu muda ini melihat kehadiran Wan Umaira ialah ‘hadiah’ paling tidak ternilai yang diberikan mereka buat Wan Khaleeda.

Genap Setahun & Dah Ada Adik, Birthday Wan Khaleeda Anak Fizo & Fazeera Disambut Meriah!
Kredit Instagram @ffezyranesry

Kongsinya, “Happy 1st Birthday to my first baby! How time passes just like air. I’m so excited to explore the world and count the stars with you!

Umi and daddy have given you the most precious gift so you will not be lonely.

Umaira is a gift for us, another angel sent from Heaven that keeps us together forever. May Allah grant us abundance of blessings, health and wealth!”

VIDEO FIRST BIRTHDAY WAN KHALEEDA MERIAH!

Fizo dan Faz memilih rona merah jambu bagi sambutan hari lahir Wan Khaleeda baru-baru ini.

Genap Setahun & Dah Ada Adik, Birthday Wan Khaleeda Anak Fizo & Fazeera Disambut Meriah!
Kredit Instagram @ffezyranesry
Genap Setahun & Dah Ada Adik, Birthday Wan Khaleeda Anak Fizo & Fazeera Disambut Meriah!
Kredit Instagram @ffezyranesry
Genap Setahun & Dah Ada Adik, Birthday Wan Khaleeda Anak Fizo & Fazeera Disambut Meriah!
Kredit Instagram @ffezyranesry
Genap Setahun & Dah Ada Adik, Birthday Wan Khaleeda Anak Fizo & Fazeera Disambut Meriah!
Kredit Instagram @ffezyranesry
Genap Setahun & Dah Ada Adik, Birthday Wan Khaleeda Anak Fizo & Fazeera Disambut Meriah!
Kredit Instagram @ffezyranesry

Malah anak perempuan kedua bagi Fizo dan anak sulung Faz berkenaan dilihat tenang dan ceria sepanjang majlis berlangsung.

IKLAN

Dalam pada itu, usahawan dan aktor berkenaan turut tidak melepaskan peluang menitip ucapan istimewa buat anak tersayang.

“Sekejap je masa berlalu dah setahun dah Khaleeda, ada adik dah pun. Big girl dah anak daddy.

Daddy harap semua puteri-puteri daddy menjadi anak solehah, berjaya dunia akhirat, dapat membahagiakan daddy dan umi dan dapat memberikan manfaat kepada orang ramai.”

IKLAN
Genap Setahun & Dah Ada Adik, Birthday Wan Khaleeda Anak Fizo & Fazeera Disambut Meriah!
Kredit Instagram @ffezyranesry
Genap Setahun & Dah Ada Adik, Birthday Wan Khaleeda Anak Fizo & Fazeera Disambut Meriah!
Kredit Instagram @ffezyranesry
Genap Setahun & Dah Ada Adik, Birthday Wan Khaleeda Anak Fizo & Fazeera Disambut Meriah!
Kredit Instagram @ffezyranesry

Sehari sebelum mengadakan majlis hari lahir Wan Khaleeda, pasangan ini melangsungkan majlis tahnik cahaya mata terbaharu mereka iaitu Wan Umaira Wan Hafizol.

Berkongsi momen indah itu di media sosial, kelihatan penceramah terkenal iaitu Ustaz Syamsul Debat hadir menyempurnakan majlis.

Fizo mendirikan rumah tangga bersama Fazeera pada 21 Oktober 2021. Faz yang merupakan wanita kelahiran Kuching, Sarawak ialah bekas pramugari Air Asia dan Qatar Airways. Dia turut menyambung pengajian peringkat ijazah dalam bidang pendidikan di UNITAR.

Hasil perkahwinan terdahulu Fizo dan usahawan Mawar Abdul Karim, mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Wan Maryam.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/beza-khaleeda-adik-dia-ni-11-bulan-je-fazeera-terima-rezeki-tak-rancang-bakal-sambung-master/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI