Semakin menginjak usia, semakin matang seseorang itu melayari kehidupan. Begitu juga penyanyi bersuara lunak, Misha Omar yang bersyukur meniti kehidupan indah di samping suami dan anak-anak tersayang.
Tiada apa yang lebih membahagiakan figura ini selain melihat insan kesayangan membesar di depan mata dan menyayangi dirinya sepenuh hati.
6 Januari lepas Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar genap meniti usia 42 tahun. Bersyukur dengan pertambahan umur dan menyambut ulang tahun kelahiran baru-baru ini, Misha turut menzahirkan rasa penghargaan terhadap peminat tersayang atas doa dan ucapan yang dititipkan khas buat dirinya.
Kredit Instagram @mishaomarKredit Instagram @mishaomarKredit Instagram @mishaomar
“Happy birthday to me! This is 42, people! Terima kasih buat kalian yang sudah menghantar mesej tanda ingatan dan doa yang baik-baik untuk saya. Terharu diingati. Lebih mengujakan apabila menyedari diri ini disayangi, kalian.
Terima kasih semua! Semoga doa-doa yang kalian berikan buat saya akan Allah gantikan dengan hal-hal yang baik juga buat kalian semua. Silaturahim kita moga Allah terus jaga sampai bila-bila ya. Terima kasih sekali lagi.”
Ads
Misha turut memuat naik video ketika dia sedang memegang sebiji kek sambil dirai dengan nyanyian lagu hari lahir. Cukup sederhana saja sambutan ‘birthday’ pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta ini.
Sememangnya Misha antara selebriti yang selesa dengan gaya sederhana. Bahkan ketika perkahwinannya dulu, dia menetapkan syarat untuk tidak diberikan wang tunai atau barangan berjenama sebagai hantaran perkahwinan.
Tahun ini, rumah tangga Misha dan Firos Ezzwan Rossly bakal memasuki usia 10 tahun. Penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta yang juga seorang juruterbang MAS pada 2 Mei 2014.
Kredit Instagram @mishaomarKredit Instagram @mishaomar
Misha juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Mohammad Adam yang berusia 18 tahun dan Latifah.
Ads
Hasil perkongsian hidup dengan Firos, dia turut dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Idris Ezzwa yang dilahirkan pada 24 Ogos 2016.
Kredit Instagram @mishaomarKredit Instagram @mishaomarKredit Instagram @mishaomar
Sebelum ini Misha mendedahkan berdepan ujian saat mengandungkan anak sulungnya itu. Bagaimana pun, kehadiran Idris menjadi pelengkap kehidupan buat mereka sekeluarga. Kini, Idris berusia tujuh tahun dan semakin bijak.
Misha pernah berhadapan cabaran ketika hamil anak sulungnya itu. Menurut Misha, kehadiran Idris merupakan pelengkap kehidupannya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpikat dengan keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. 20 Mei lalu, Baginda berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-96 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.
Dalam titah Baginda yang juga Pro-Canselor UiTM pada hari pertama istiadat, Baginda mahu agar kualiti pengajaran dan pembelajaran di universiti dipertingkatkan dalam memastikan kakitangan serta pelajar mempunyai kepakaran yang cukup dan akses kepada sumber pembelajaran terkini.
Baginda bertitah, peningkatan kualiti tersebut bertujuan untuk memastikan pelajar khususnya, diberikan sokongan untuk memahami kandungan pengajaran dengan baik.
Universiti juga perlu melaksanakan program persediaan agar pelajar dapat bersaing di peringkat global, antaranya program persediaan yang mencakupi aspek bahasa, kebudayaan dan kepakaran teknikal.
Titah Baginda lagi, dengan lambakan maklumat yang ada pada hari ini dari pelbagai saluran media, kemampuan dan kemahiran menganalisis data dengan menggunakan aplikasi serta sebarang tindakan dalam membuat keputusan malah menyelesaikan masalah, merupakan ‘sharp skills’ yang perlu dikuasai warga universiti.
Dalam pada itu, Tengku Permaisuri Norashikin turut bertitah bahawa kurikulum UiTM harus digubal selaras dengan keadaan serta permintaan semasa dan ia perlu datang daripada pemegang taruh dalam konteks bagi meningkatkan ketampakan modal insan negara.
Istiadat konvokesyen selama 15 hari sehingga 3 Jun ini menyaksikan seramai 24,713 graduan menerima ijazah kedoktoran, sarjana, sarjana muda, diploma dan sijil profesional dalam bidang masing-masing.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beza usia 23 tahun sedikit pun tidak menjadi halangan buat selebriti terkenal Hollywood, Thalia hidup bahagia di sisi suami tercinta yang juga maestro muzik terkenal Amerika Syarikat iaitu Tommy Mottola.
Dia yang kini berusia 54 tahun dan ibu kepada dua cahaya mata menikmati alam rumah tangga penuh makna serta indah bersama Tommy yang mencecah usia 77 tahun.
Tanggal 2 Disember pastinya menjadi detik terbahagia bagi pasangan romantis ini apabila mereka akhirnya disatukan secara sah sebagai suami isteri.
Perkahwinan gilang-gemilang Thalia dan Tommy menjadi perhatian media antarabangsa kerana status kedua-duanya yang memiliki nama besar dalam industri muzik.
Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda mula dikenali penonton di Malaysia selepas lakonannya dalam telenovela Rosalinda dan Maria Mercedes disiarkan di negara ini kira-kira 33 tahun lalu. Bukan hanya tertawan dengan rupa paras cantiknya bahkan Thalia juga berbakat besar sebagai pelakon.
Mengimbau momen indah perkahwinan, Thalia menerusi media sosial meluahkan rasa gembira bergelar isteri kepada Tommy Mottola.
“Hari ini kita meraikan 25 tahun perkahwinan. Satu suku abad cinta, menemani dan menggalakkan kita setiap hari, setiap saat, setiap bab dalam hidup kita.
Saya melihat gambar-gambar ini dan video-video ini dan saya merasai kesejukan malam New York, keterujaan yang tidak muat di dada saya, tanggapan melihat begitu ramai orang cantik yang datang bersama-sama untuk mendoakan kami apa-apa melainkan rahmat. Hampir terapung di atas awan cinta, keriangan, impian!
Awak ialah cinta hebat dalam hidup saya. Saya cintakan awak dengan mendalam.
25 tahun perkahwinan! Selamat ulang tahun sayangku!”
Thalia bergelar isteri kepada Tommy Mottola yang juga usahawan dan bekas CEO Sony Music pada 2 Disember 2000.
Hasil perkongsian hidup bersama jutawan kelahiran Amerika berkenaan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi dan Matthew Alejandro Mottola Sodi.
Tommy yang bertindak selaku penerbit muzik dan buku serta usahawan berjaya dalam industri seni Amerika ini juga sebenarnya bekas suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey.
Namun perkahwinan bersama pelantun lagu My All berkenaan hanya bertahan selama lima tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan berpisah pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia dan berkahwin pada 3 Disember 2000.
Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran isterinya sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan tak hairanlah pasangan ini mampu menikmati kehidupan serba mewah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Majlis raikan cinta pasangan Shila Azmah dan Haris Idraki berakhir dikemuncaknya. Resepsi pasangan romantis ini telah diadakan dengan gilang-gemilang di hotel JW Marriot, Putrajaya. Memilih busana hitam sebagai tema untuk ‘majlis besar,’ kedua pasangan raja dan ratu sehari berarak ‘megah’ menuju ke pentas singgahsana yang tersergam indah,
Pelamin berkonsepkan Zen ini benar-benar ‘serasi’ dengan busana yang digayakan oleh pasangan mempelai. Sentuhan pelamin Adiputra_decor yang ringkas dan tidak terlalu sarat menjadikan penampilan pengantin cukup menyerlah pada malam yang bersejarah ini.
Shila memecah tradisi dengan mencipta kelainan apabila ‘berani’ mengayakan persalinan rona hitam tidak seperti kelaziman raja sehari yang memilih rona putih. Untuk majlis resepsi, Shila menggayakan dua helai gaun rona hitam yang kedua-duanya direka oleh pereka terkenal, Azura Couture.
Penulis berkesempatan menemubual pereka terkenal ini untuk bertanyakan dengan lebih terperinci tentang busana yang dipakai oleh Shila dan pasangannya, Haris. Ikuti temu bual eksklusif ini.
Apakah perasaan Azura apabila diberi tanggungjawab untuk mereka busana perkahwinan Shila?
Tentulah gembira bukan kerana dia seorang artis yang popular.tetapi saya pandang daripada sudut kepercayaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Saya dan Shila sudah agak lama bekerjasama untuk baju show Shila dan sebagainya. Sebagai seorang artis yang popular sudah tentu terlalu ramai designer yang ingin bersama menghasilkan pakaian untuk Shila. Pendek kata saya sudah menghasilkan pakaian untuk Shila sejak awal kemunculannya lagi dalam pentas seni. Shila memang seorang pelanggan yang setia.
Kesetiaan Shila dengan saya itu saya anggap sebagai satu penghargaan yang besar. Apabila Shila memilih saya sebagai designer busana perkahwinannya, bukan 1 baju tetapi 5 helai baju Shila dan 2 helai baju Haris, saya rasa terharu dan gembira sekali atas hubungan dan kepercayaan yang dijalinkan dari dahulu sampailah sekarang. Hubungan itu sama sekali tidak pernah berubah.
Azura Couture dipertanggungjawabkan untuk menyediakan berapa persalinan untuk Shila dan pasangannya?
5 persalinan untuk pengantin perempuan dan 2 persalinan untuk pengantin lelaki. Untuk majlsi resepsi material custom made telah disuntik bagi memperindahkan lagi kedua-dua gaun hitam yang digayakan (bersanding dan upacara memotong kek).
Apakah fabrik dan pilihan warna yang digunakan?
Fabrik yang saya gunakan terdiri daripada chiffon, lace, chiffon silk, beaded lace, songket dan netting.
Berapa lamakah tempoh menyiapkan busana perkahwinan Shila
Tempoh menyiapkan pakaian perkahwinan Shila tidak sampai sebulan untuk kesemua baju. Mesti ramai tidak percaya tetapi itulah kenyataannya. 25 Mac 2018 material sampai dan 16 April majlis bermula (khatam al-Quran). Bayangkan bagaimana sibuknya.
Boleh ceritakan sedikit tema dan konsep busana perkahwinan Shila dan pasangannya?
Tema konsep untuk majlis khatam al-Quran
Sopan: Sebenarnya apa yang saya fikirkan untuk khatam al-Quran adalah sesuatu yang sopan dan feminin.tetapi tetap bermain dengan sedikit unsur glamour bagi menampakkan kelainan. Konsepnya lebih kepada Arabic.
Malam berinai
Morrocan Night: Saya menggabungkan elemen Morrocan dan Bollywood serta memberi sedikit sentuhan moden.
Bersanding sebelah lelaki
Tema tradisional: Kedua-duanya akan memakai busana rona burgandy. Saya menggabungkan sedikit songket pada pakaian mereka supaya Shila dan Haris dapat ‘look’ yang berbeza dalam setiap penampilan mereka.
Bersanding besar
Black theme: Saya sendiri yang memberi idea kepada Shila untuk cuba lari dari pastel dan putih. Jadi Shila bersetuju memakai busana rona hitam untuk sesuatu kelainan. Saya menyediakan dua persalinan pada malam itu di mana Shila menggayakan dua gaun yang sangat romantik.
Bagaimana boleh tercetusnya idea untuk mengilhamkan busana ini?
Setiap rekaan yang saya hasilkan, idea akan lahir daripada pengamatan saya kepada si bakal pemakai. Seperti Shila, terlalu banyak baju yang saya pernah buat untuk Shila jadi saya cuma ingin pastikan busana perkahwinan Shila adalah berbeza daripada pakaian-pakaian show tetapi sebagai designer juga saya akan pastikan setiap ilham saya tidak akan menenggelamkam si pemakai dan ‘tidak syok sendiri dalam berkarya.’
Adakah idea rekaan busana datangnya dari Shila atau gabungan Shila dan juga pihak Azura Couture?
Idea lahir daripada ilham bersama. Shila akan beritahu beberapa konsep yang dia suka dan saya sebagai designer akan pilih yang sesuai dan olah dalam bentuk fesyen.
Adakah Shila punya apa-apa permintaan untuk busana perkahwinannya? Mungkin busana idaman.
Saya agak bertuah sebenarnya.kerana Shila sentiasa memberi kebebasan untuk saya berkarya. Begitu juga untuk busana perkahwinannya. Mungkin sebab itu saya masih bersamanya sampai sekarang menghasilkan baju-baju Shila.
Adakah Shila seorang yang cerewet dalam membuat pilihan tema busana perkahwinannya?
Oh! tidak sekali. Dia sangat straight to the point. Dia seorang yang tahu apa dia mahu dan sangat percaya pada kerja saya sehinggakan tiada kesukaran langsung untuk menyiapkan baju Shila walaupun dalam masa yang singkat. Bila adanya rasa percaya dan yakin, semuanya jadi mudah.
Dalam keadaan berbadan dua, adakah ia satu cabaran yang besar untuk menyiapkan busana perkahwinan Shila?
Tidak sama sekali..mungkin ada sedikit letih kerana kali pertama mengandung tetapi saya boleh katakan saya enjoy buat kerja saya di samping team Azura Couture yang sangat cekap. Shila tidak langsung memeningkan kepala saya. Dia hanya datang berbincang, fitting bila saya panggil dan seterusnya pakai apabila tiba masanya. Tiada tekanan langsung. Shila sangat memahami yang kerja kreatif tidak boleh diganggu.
Adakah Azura mempunyai hubungan yang rapat dengan Shila secara peribadi?
Mungkin apabila sudah lama bekerjasama, hubungan rapat itu seperti ahli keluarga sendiri.
Sebagai pereka fesyen, apakah perasaan anda apabila dapat merealisasikan busana impian ratu sehari di hari bahagia mereka?
Tersangatlah bahagia.
Signature rekaan busana Azura Couture?
Sebenarnya apabila menyebut tentang signature, saya lebih dikenali dengan rekaan wedding ball gown.
Doa Azura buat Shila dan juga pasangannya.
Saya amat bersyukur Shila berjumpa dengan pasangan hidup yang sesuai. Secara peribadi saya senang melihat Shila di samping Haris yang sangat bersederhana. Sama seperti Shila juga yang tidak pernah berubah dari awal saya kenal dia sampailah sekarang. Semoga Shila bahagia hingga ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.