Sejak selamat bernikah Januari lalu, makin berseri-seri Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz. Sering berada di sisi walau ke mana saja, pasangan selebriti romantis ini juga dilihat saling menghargai di antara satu sama lain dan berkongsi momen indah mereka di media sosial.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin sah bergelar isteri kepada pelakon kacak, Ungku Ismail pada 23 Januari lepas. Bagaimana pun, mereka mengumumkan berita perkahwinan tersebut kepada peminat selepas hampir seminggu bernikah.

Hubungan serius Nad dan Ungku mula ‘dihidu’ ramai selepas aktor tersebut banyak berkongsi perkembangan pelakon Dendam Seorang Isteri itu ketika Nad terlantar di hospital akibat pendarahan paru-paru.

Layan Anak Tiri Macam Anak Sendiri! Rai Birthday Budi Kalsom, Ramai Kagum Sisi Bapa Penyayang Ungku Ismail
Kredit Instagram @nad.zainal

Kian bahagia melayari alam rumah tangga, Nad menerusi perkongsian di Instagram baru-baru ini memuat naik momen sambutan hari lahir anak keduanya, Budi Kalsom.

“Selamat Ulang Tahun anakku, Budi Kalsom. Abang Yem, Abah, Mommy sayang Budi. Cinta Hati saya dalam satu frame,” kongsi Nad Zainal.

Paling mencuri perhatian peminat, pastinya sosok bapa penyayang Ungku Ismail yang rajin melayan kerenah anak-anak Nad Zainal.

Meskipun anak tiri tapi Ungku Ismail melayan Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom dengan sepenuh kasih sayang.

Layan Anak Tiri Macam Anak Sendiri! Rai Birthday Budi Kalsom, Ramai Kagum Sisi Bapa Penyayang Ungku Ismail
Kredit Instagram @nad.zainal
Layan Anak Tiri Macam Anak Sendiri! Rai Birthday Budi Kalsom, Ramai Kagum Sisi Bapa Penyayang Ungku Ismail
Kredit Instagram @nad.zainal
Layan Anak Tiri Macam Anak Sendiri! Rai Birthday Budi Kalsom, Ramai Kagum Sisi Bapa Penyayang Ungku Ismail
Kredit Instagram @nad.zainal
Layan Anak Tiri Macam Anak Sendiri! Rai Birthday Budi Kalsom, Ramai Kagum Sisi Bapa Penyayang Ungku Ismail
Kredit Instagram @nad.zainal
Layan Anak Tiri Macam Anak Sendiri! Rai Birthday Budi Kalsom, Ramai Kagum Sisi Bapa Penyayang Ungku Ismail
Kredit Instagram @nad.zainal

Malah, rata-rata followers Nad memuji naluri kebapaan yang menebal dalam diri pelakon berusia 37 tahun tersebut. Untung anak-anak.

Pada September 2022, Nad dilaporkan bercerai dengan Muhammad Faliq Amiruddin yang dikahwini sejak 18 September 2015.

Layan Anak Tiri Macam Anak Sendiri! Rai Birthday Budi Kalsom, Ramai Kagum Sisi Bapa Penyayang Ungku Ismail
Kredit Instagram @nad.zainal
Layan Anak Tiri Macam Anak Sendiri! Rai Birthday Budi Kalsom, Ramai Kagum Sisi Bapa Penyayang Ungku Ismail
Kredit Instagram @nad.zainal
Layan Anak Tiri Macam Anak Sendiri! Rai Birthday Budi Kalsom, Ramai Kagum Sisi Bapa Penyayang Ungku Ismail
Kredit Instagram @nad.zainal

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim berusia tujuh tahun dan Budi Kalsom, dua tahun.

Semoga ikatan suci yang dibina Nad dan Ungku terus berkembang mekar serta berkekalan hingga ke syurga.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI