Makin berseri-seri isteri Ungku Ismail ini lepas bersalin anak ketiga pada Oktober lepas. Tak dinafikan, sejak bergelar ibu tiga anak, penampilan baharu Nad Zainal bertambah anggun. Biarpun tanggungjawab kian bertambah dengan kehadiran cahaya mata namun aktres ini tetap ligat jana pendapatan.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin sah bergelar isteri kepada pelakon kacak, Ungku Ismail pada 23 Januari 2023.
Bagaimana pun, mereka mengumumkan berita perkahwinan tersebut kepada peminat selepas hampir seminggu bernikah.
Masih aktif sebagai pelakon, figura berusia 33 tahun berkenaan melebar sayap perniagaan pula dengan mengusahakan bisnes tudung dengan suami tercinta.
Difahamkan tudung jenama Nadi Kesuma sudah pun mempunyai penggemar tersendiri dan dijual dengan harga berpatutan.
Namun yang paling menarik perhatian peminat ialah penampilan Nad selepas melahirkan anak. Bintang filem Kami Histeria ini kelihatan makin ramping dan sihat.
Sebelum ini Nad pernah berkongsi amalan pemakanan demi mengekalkan susuk tubuh ideal. “Kita ni orang Melayu dik, mana boleh tinggal nasi. Nak makan nasi boleh, makanlah korang.
Tapi makan tu kenalah dengan portion yang betul. This is how Nanad eat nasi everyday tapi berat still turun laju lepas bersalin.”
Bergelar doktor muda, mungkin sesuatu yang diimpikan gadis-gadis sewaktu usianya dulu. Namun yang pasti tidak semua mampu mengecap cita-cita tersebut. Lantas, Sharifah Nur’ Insyirah Binti Saifuddin Shah ataupun mesra dipanggil Affa yang juga merupakan anak tunggal dalam keluarga sudah membuktikan tiada apa yang mustahil.
“Dari kecil saya mengimpikan untuk menjadi seorang doktor, dan alhamdulillah berkat kesabaran belajar dalam Ijazah perubatan selama 6 tahun, serta menjadi doktor pelatih selama 2 tahun di Sabah, dan pastinya diiringi doa ibu bapa dan orang tersayang saya berjaya juga bergelar Doktor. Saya pernah membesar dan menetap di United Kingdom serta bersekolah di Amerika Syarikat,sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Rusia”, ujar Dr. Affa membuka bicara.
Melihat pada perwatakan dan personalitinya yang ‘charming’, lemah lembut dan jelita, mempuyai ketinggian 171 cm, berdarah kacukan Pakistan, Arab dan India di sebelah bapa manakala Melayu, Cina, Belanda di sebelah ibu, Dr Affa juga pernah berkhidmat menjadi seorang pembaca berita, dan juga berlakon sebelum berpindah ke Sabah dan berkhidmat di KKM sebagai pegawai perubatan.
Jika awal dahulu, Dr. Affa ligat dan aktif dalam memperaga, muncul di kaca tv mahupun lensa kamera bagi mengisi masa lapang & menambah pengalaman, sudah tentu kini masanya terhad apatah lagi kini sudah bergelar isteri.
Sudah semestinya menambah rasa dalam kehidupannya kini apatah lagi kedua-duanya memiliki karier yang mengagumkan, yang dilihat jauh berbeza. Jadi bagaimana Dr. Affa menjalani kehidupan berumahtangga pada hari ini?
“Menjadi isteri kepada wakil rakyat bukan suatu perkara yang mudah dek jadualnya yang padat. Saya juga perlu sedar suami bukan ‘milik’ saya seorang tetapi masyarakat. Saya dan suami memiliki dua profesion yang berbeza tapi manisnya kami berkhidmat untuk masyarakat dan rakyat. Kami saling memberi sokongan dan professional dalam tugas masing-masing”.
Apa sikap dan keperibadian suami yang tidak semua tahu? Usik penulis. “Suami saya suka memasak. Kalau travel dialah yang akan masak dan saya pula akan mengemas. Suami pandai masak ayam masak merah dan gulai ikan. Dia juga suka membaca dan kalau masuk kedai buku memang lama, ada masa sampai 3 jam! Buku dan majalah yang selalu beliau baca adalah berkaitan teknologi, finance, economy, fesyen baju, senibina dan baru-baru ini saya tengok dia baca buku pasal serangga”
Bagaimana pula Dr Affa dan suami membahagikan masa antara kerjaya, peribadi dan keluarga. “Saya dan suami akan buat jadual dua bulan sekali, jadi kami berdua akan ‘aware’ dengan aktiviti masing-masing serta berapa banyak masa perlu luangkan untuk aktiviti bersama keluarga. Kami akan cuba selitkan walaupun 20 minit masa bersama untuk berbual, tanya mengenai hari masing2, berkongsi pendapat dan pandangan serta membaca buku bersama
Mengubah tona bicara, baru-baru ini juga Dr. Affa berkongsikan kisah bagaimana mendapatkan tubuh idaman apatah lagi Dr Affa ada berkongsikan transformasi diri dari saiz dahulu hingga kini. Jadi, apakah motivasi Dr. Affa untuk berbuat demikian dan kenapa? Sebab dah bersuamikan ahli politik kah? Gurau penulis.
“Saya memang seorang yang gemar melakukan aktiviti sukan, berlari 5 km setiap hari dan hiking di masa lapang. Sebagai seorang doktor kita harus menunjukkan contoh yang baik kepada pesakit dan orang ramai. Motivasi saya ialah untuk kekal sihat dan menjadikan ia satu gaya hidup dan bukan satu beban paksaan.”
Jelas Dr. Affa lagi, “Ia lebih kepada disiplin diri kerana bukan mudah untuk bangun 6 pagi setiap hari untuk lari 5 km. Awal dahulu mungkin agak mencabar tapi lama kelamaan kita akan rasa bersemangat, badan rasa ringan dan kekal bertenaga sepanjang hari. Seminggu sekali saya akan melakukan aktiviti seperti zumba, pound fitness dan berbasikal. Dari sudut rutin diet pula saya amalkan meminum air 3 liter sehari, saya juga pengemar teh hijau, lavender dan ginger tea juga (tanpa gula).
Selain itu, saya lihat kadar sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis dalam kalangan rakyat Malaysia makin meningkat, walaupun pada usia muda. Jadi ini memberikan saya semangat untuk kekal sihat di samping mempengaruhi orang ramai untuk sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat”, ujar Dr Affa mengakhiri temubual bersama NONA.
Suatu ketika dulunya, wajahnya pernah tular dek seakan-akan mirip pelakon jelita, Mira Filzah. Dan kini dialah Dewi Remaja 2022. Peserta dari Sabah, Tracie Sinidol telah mengenepikan 15 lagi finalis lain sekaligus dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2022. Menerusi kemenangan ini, Tracie Sinidol, 21 tahun, telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi.
Tempat kedua dimenangi oleh Bee Aishah, manakala tempat ketiga pula menjadi milik Kimberly Chua. Akhir sekali Alyssa Azmi pula berpuas hati di tempat keempat. Empat lagi peserta yang turut bertanding pada pentas akhir Dewi Remaja 2022 malam ini ialah Auni, Rashika, Zafira, Hyele, Dina dan Janani.
Namun siapakah sebenarnya Tracy? Jom kita rekap antara beberapa fakta menarik tentang dirinya.
Tracie Sinidol pernah tular sebelum ini apabila raut wajahnya dikaitkan dengan beberapa selebriti popular termasuklah Mira Filzah, Diana Danielle dan Angelababy.
Gadis peranakan Murut dan Dusun ini pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau Tambunan.
Dengan bakatnya dalam bidang lakonan, Tracie telah menimba pengalaman menerusi projek telemovie Malaysiaku 16 September dan Budak Pasar arahan Dato Jurey Rosli.
Penyertaan dalam pencarian Dewi Remaja 2022 adalah untuk menyerlahkan lagi identiti dirinya sendiri tanpa berselindung di sebalik raut selebriti lain.
Tracie memasang impian untuk berjaya seperti juara terdahulu, Scha Alyahya yang diangkat kerana bakat dan keperibadian yang diminati ramai.
Tahniah dan selamat maju jaya NONA ucapkan kepada Tracie.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpegun tengok kulit mulus Siti Nordiana pada usia 37 tahun. Kalau tak mekap pun gebu, macam tak percaya kalau hari-hari wajahnya ‘ditempel’ bedak padat, eyeshadow dan maskara tebal demi kerjaya nyanyian. Tentu besar belanja Nana untuk jaga kecantikan!
Peluang bertemu Nana sewaktu majlis pelancaran lagu ‘Amaran’ baru-baru ini turut membuka beberapa rahsianya tentang kecantikan. Manis menggayakan dress jingga terang, Nana dengan keramahannya yang biasa mesra menjawab setiap pertanyaan Nona dengan senyuman.
Nak muka berseri dan awet muda, rupa-rupanya pelantun lagu popular ‘Bukan Mengungkit Tapi Membangkit’ serta ‘Paling Comel’ itu cuma amalkan selawat yang diturunkan oleh ibunya setiap pagi.
Apa selawatnya, jom tonton temu bual Nona dengan Siti Nordiana di bawah ni…
NAIK PELAMIN
Selama 22 tahun dalam industri seni, nama penyanyi popular ini masih lagi evergreen di kalangan peminat lagu balada.
Awal Disember, Nana baru saja melangsungkan Konsert Minggu Ini berjudul ‘In Person With Siti Nordiana’ di saluran RTM yang mana mengubat kerinduan ramai peminat terhadapnya.
Nana yang sering dikaitkan bersuara mirip penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebelum ini merupakan juara Gegar Vaganza musim kedua, dan sejak itu nama beliau yang sedikit malap kembali bersinar terang.
Terserlah kekuatan vokalnya menyampaikan pelbagai genre lagu, sekaligus membuktikan versatiliti Nana dalam nyanyian.
Merupakan seorang ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, Muhammad Rayyan Nakhaie (13 tahun), Nana baru-baru ini dilihat semakin berseri-seri di atas pelamin. Siapakah gerangan lelaki yang mengisi hatinya?
“Feeling Juhi Chawla, pinjam pelamin @hanisileena jap! Pelamin sendiri belum nampak bayang lagi!” Siti Nordiana
Gurauan Nana disamping anak bujang kesayangan buat ramai terkejut! Didoakan semoga penyanyi popular ini kekal bahagia dengan kehidupannya, makin sukses dan bertemu cinta baru, insyaAllah.
Kini Nana bukan saja aktif sebagai penyanyi, malah pelakon, usahawan dan duta kosmetik Nuraysa. Memang tepat pemilihan Siti Nordiana sebagai duta, cantik semula jadi orangnya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak nekad melakukan penghijrahan pada lima tahun lalu, pada ulangtahun kelahiranya yang ke-38, pelakon cantik manis dan bertubuh kecil molek, Wan Sharmila yang lebih...