Tidak hanya membina pengaruh menerusi karya-karyanya yang diterima ramai, penyanyi Ernie Zakri terus mencipta sensasi selepas wajahnya dipilih menghiasi papan iklan digital tersohor di New York Times Square.
Meluahkan rasa syukur dengan perkembangan terbaharu itu, Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri menganggap ia sebagai pencapaian manis dalam kerjaya seninya.
“Semestinya, saya sangat gembira dengan berita ini. Alhamdulillah, ia sememangnya salah satu kejayaan terbesar dalam kerjaya saya sebagai seorang penyanyi solo.
”Saya tak pernah terbayang yang satu hari nanti wajah saya akan terpampang di papan iklandigital New York Times Square yang memang dikenali seluruh dunia,” ujarnya.
Ads
Dalam masa sama, penyanyi Gundah itu turut menyifatkan 2023 sebagai tahun yang banyak memberikan kenangan manis buatnya secara peribadi, selain pelbagai perancangan yang sedang disusun rapi.
Terkenal dengan kemantapan vokal yang hebat, Ernie gembira melihat segala penat lelahnya kini membuahkan hasil. Kejayaan terbaharu ini adalah salah satu daripadanya.
Ads
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Ernie. Semoga terus sukses!
Kredit Foto: Instagram Ernie Zakri
Ads
Sumber: Sinarplus
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejuk mata memandang anak Fedtri Yahya iaitu Indah Sutera Jannah. Pertengahan April lepas, nama gadis comel ini menjadi bualan di warga maya selepas bapanya yang juga personaliti terkenal televisyen berkenaan berkongsi video keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) anak tersayang yang berjaya mendapat 8A di media sosial miliknya.
Menangis sebak sebaik mengetahui keputusan cemerlang puteri sulung, Fedtri menzahirkan rasa syukur dan berharap agar ia menjadi inspirasi serta ikutan adik-beradiknya yang lain.
“Kejayaan kecil hari ini untuk yang lebih besar pada masa hadapan. Aminnn… kakak tak sangka dapat. Sebab katanya subjek Sirah agak payah. Apa pun syukur. Contoh terbaik untuk adik-adik.”
Pastinya April menjadi bulan istimewa bukan saja buat Indah Sutera Jannah atau mesra disapa Sutera. Malah bagi Fedtri dan isteri tercinta kerana kejayaan manis yang diperoleh anak sulung mereka itu. Lebih bermakna, April merupakan bulan ulang tahun kelahiran Sutera.
Tanggal 30 April genap 12 tahun usia Sutera. Sebagai meraikan hari kelahiran puteri kesayangan, Fedtri mengadakan sambutan majlis hari lahir di sebuah restoran baru-baru ini.
Terserlah wajah gembira ‘birthday girl’ diraikan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Pada majlis itu, anak Fedtri Yahya anggun berbusana dress merah lengkap hijab sedondon dan mengenakan mahkota.
Sementara itu, Fedtri tidak ketinggalan menitipkan pesanan manis buat Sutera.
“30 April. Selamat ulang tahun buat anakanda tercinta- Indah Sutera Jannah yang ke-12. Semoga menjadi puteri yang solehah dan memberi manfaat kepada ummah.
Terima kasih buat pasukan yang bertungkus-lumus saat akhir untuk majlis kecil-kecilan, santai tapi penuh makna.”
Fedtri Yahya mendirikan rumah tangga bersama Nur Anati Ismail pada tahun 2011. Hasil perkongsian hidup selama 13 tahun mereka dikurniakan empat cahaya matai aitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Wildan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Semoga kejayaan anak selebriti ini menjadi suntikan semangat dan inspirasi kepada masyarakat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masyarakat makin sakit! Selepas insiden bapa kandung liwat anak perempuan selama berbelas tahun, kejadian sumbang mahram yang makin menjadi-jadi selain kegiatan tidak bermoral anak-anak muda hingga berlanjutan ke kes pembuangan bayi, kali ini muncul pula video viral kelakuan lucah seorang lelaki tidak dikenali di belakang rumah kawasan kejiranan.
Bukan saja berani bertindak demikian ketika waktu siang, malah individu terbabit juga seolah-olah tidak gentar menunjukkan kemaluan meskipun mengetahui ia adalah kawasan perumahan yang dihuni ramai orang. Kalau ada wanita yang terserempak dengan orang macam ini di tempat terpencil, tidak tahulah apa yang akan berlaku. Memang menakutkan!
Berdasarkan rakaman video berdurasi 12 saat tersebut, pengguna akaun Facebook Nana’s kejadian tersebut berlaku di Taman Klang Utama pada pukul 2.20 petang. Walaupun telah berkali-kali diusir beredar namun si pelaku masih meneruskan ‘niat’ sehinggalah wanita terbabit mengugut untuk menelefon polis.
“Tengok liar tingkap ada seorang lelaki tengah menghadap kat celah tingkap. Lepas dia nampak saya perasan dia, dia terus ke rumah sebelah sambil tutup zip seluar lepas tu hilang sekejap. Saya anggap dia kencing jelah. Tak lama lepas tu, saya nampak dia lalu lagi belakang rumah saya.
Time tu saya beranikan diri buka pintu, tapi grill masih bermangga dengan niat nak hamun dia. Buka je pintu, ya Allah saya nampak dia buat benda tak senonoh kat belakang rumah saya. Saya halau dia lepas tu ugut panggil polis baru dia berambus. Seramnya sampai sekarang tak hilang. Menggigil kejap tangan. Lepas ni suri rumah kena berhati-hati. Orang sekarang bukan kira siapa kita janji dia puas hati.”
INI TINDAKAN PANTAS ANDA JIKA BERLAKU GANGGUAN SEDEMIKIAN
Jenis-jenis gangguan seksual terbahagi kepada tiga iaitu bukan lisan, fizikal dan lisan. Jika anda mengalami situasi seperti ini yang mendorong kepada tiga jenis gangguan seksual tersebut sama ada di rumah atau pejabat, ini antara tindakan yang patut diambil.
Jika disabitkan bersalah, pelaku akan dikenakan hukuman di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan bahawa:
Sesiapa yang berniat untuk menjatuhkan maruah mana-mana wanita menggunakan perkataan lucah, membuat sebarang bunyi atau isyarat atay mempamerkan apa-apa objek yang berhasrat perkataan atau bunyi itu didengar, atau isyarat atau objek itu hendaklah dilihat oleh wanita itu, hendaklah dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya.
Dengan perkongsian ini diharapkan agar semua wanita dari segenap peringkat umur lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling. Elakkan juga melalui kawasan sunyi dan terpencil serta menjauhi individu berkelakuan pelik yang berpotensi mencederakan anda! SUZIANA ABU DAUD
Sumber: Fb (Nana’s) & Women’s Centre for Change (WCC)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Comelnya anak-anak Vie Shantie Khan. Memang mewarisi kecantikan ibu mereka! Iyalah, bak kata pepatah ‘Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi’. Diam tak diam, sudah empat orang cahaya mata Vie Shantie. Tiga daripadanya ialah perempuan dan seorang lelaki. Alhamdulillah.
Tanggal 2 Januari lalu merupakan ulang tahun kelahiran yang pertama bagi anak keempat Vie Shantie iaitu Vie Raissa. Makin sihat dan comel Raissa! Daripada gambar yang dikongsikan Vie Shantie di media sosial miliknya, jelas membuktikan anak kecil itu mewarisi sepasang mata bundar yang cantik daripada ibunda tersayang.
Kini, apabila Raissa sudah berusia setahun barulah usahawan muslimah VHijrah berkenaan terbuka untuk berkongsi momen kelahiran cahaya matanya itu kepada umum.
Betapa cekal dan tabahnya Vie Shantie melalui detik kelahiran Raissa. Ujarnya, “2 Januari 2021. Tepat pada saat ini, waktu ini, cuma tahun yang berbeza. Ada satu NYAWA dan AMANAH yang Allah SWT berikan kepada kami sebagai ibu bapa yang menjaganya, mendidiknya, memberikan kasih sayang serta membimbingnya di sepanjang kehidupannya.
Dari awal mengandungkan Raissa, dia memberikan satu pengalaman lain dari 3 adik-beradiknya. Baru pertama kali saya merasa apa itu alahan dan ‘morning sickness’ semasa berbadan dua. Mual, muntah, lesu dan semua perasaan yang aneh saya rasa. Dia membuatkan saya menjadi insan luar biasa dengan kehadirannya.
Ternyata, Allah SWT takdirkan dia juga keluar dengan cara yang berbeza dari mereka bertiga. Trauma melahirkan secara pembedahan masih lagi mengusik jiwa, ujian di saat dia lahir dan terpaksa dipindahkan ke hospital lain, bertarung nyawa kerana kurang oksigen membuatkan jantung ini terhenti seketika. Ditambah pula, dengan daddynya yang terpaksa meninggalkan kami kerana perjuangan kerjaya dan hal lainnya. Hanya Allah SWT tempat berserah.”
Sememangnya wanita bergelar ibu dikurniakan Allah dengan kekuatan luar biasa. Dalam keadaan sakit tidak menentu dan ketiadaan suami tercinta di sisi, hanya kepada Allah sahaja tempat untuk berlindung dan berserah.
Bersyukur anak yang dikandung kini meniti usia setahun dan dikurniakan kesihatan yang baik, Vie Shantie berharap agar Raissa kuat mendepani cabaran dan ujian hidup kelak. “Mummy ingin berpesan pada Raissa, ini adalah takdir ketentuan kehidupan kita bersama. Suka dan duka semuanya adalah takdir Allah SWT yang sudah ditetapkan untuk kita.
Setiap perjuangan, darah, keringat dan pengorbanan Mummy membesarkan Raissa adalah pengalaman terindah dalam kehidupan Mummy. Raissa, Zaara, Zaalia dan Zareef adalah rezeki dan rahmat yang terbesar pada hayat Mummy yang bergelar manusia. Happy 1st birthday my baby sayang mummy Vie Raissa Darling Cinta.”
Vie Raissa merupakan anak Vie Shantie dengan suami baharu. Sebelum ini, jelitawan tersebut pernah berkahwin dengan aktor Dato’ Sri Eizlan Yusof dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.
Kredit foto: Instagram Vie Shantie
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.