Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani prosedur dan pemeriksaan kesihatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selama beberapa hari, bermula Isnin.
Al-Sultan Abdullah berkenan menjalani prosedur dan pemeriksaan kesihatan susulan di IJN.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan pada Isnin berkata, baginda akan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara setelah menjalani pemeriksaan kesihatan itu yang dijangka selesai hujung minggu ini.
“Adalah dimaklumkan juga bahawa kesihatan Seri Paduka Baginda secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan,” katanya.
Ads
Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah dijadualkan menjalani prosedur itu pada pertengahan September lepas tetapi ditangguhkan.
Ads
Beliau berkata, penangguhan itu berikutan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke London, United Kingdom selama lima hari bermula 16 September lepas bagi menghadiri Istiadat Pemakaman Negara Ratu Elizabeth II.
Ads
“Seluruh rakyat diseru bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda menjalani prosedur tersebut serta pemeriksaan kesihatan susulan dengan lancar dan Baginda dikurniakan keafiatan yang berpanjangan,” kata Ahmad Fadil.
Kemunculan band popular, Indonesia, Padi Reborn dalam sebuah konsert khas sempena meraikan ulang tahun ke-25 kelmarin sememangnya amat dinanti-nantikan oleh para peminat kumpulan ini.
Kehadiran mereka bagi meraikan ulang tahun jubli perak bersama peminat, Sobatpadi dan penggemar muzik di Malaysia direalisasikan dengan persembahan bertenaga Piyu, Fadly, Ari (gitar), Rindra (bass) dan Yoyo (dram).
Sebelum menggunakan nama Padi Reborn, lima pemuzik ini memulakan langkah awal dalam dunia hiburan dengan menggunakan nama Padi pada 1997. Album Lain Dunia dipasarkan setahun kemudian meledak, mengutip lebih 800 ribu unit jualan dan menyemarakkan nama Padi sebagai antara kumpulan terbaik di Indonesia.
Para peminat dihiburkan dengan lagu-lagu hit kumpulan ini antaranya termasuklah Bayangkanlah, Sang Penghibur, Sesuatu Yang Indah, Menanti Sebuah Jawaban dan beberapa lagi lagu yang menjadi lagu hit sepanjang zaman kumpulan popular Indonesia ini.
Kemunculan Ratu Jazz, Dato’ Sheila Majid berkongsi pentas bersama Padi Reborn sememangnya ditunggu-tunggu oleh para peminat apatah lagi untuk menyaksikan paduan vokal penyanyi yang membawakan elemen Jazz serta vokal Fadly yang lebih kepada rock.
Ternyata pemilihan lagu Kasih Tak Sampai yang dinyanyikan secara duet memberi nafas baharu buat lagu yang dicipta pada tahun 2001. Tidak keterlaluan jika penulis katakan lagu “berhantu” itu nampak ‘hidup’ apabila kekuatan vokal Dato Sheila Majid bergandingan dengan Fadly.
Tidak lengkap persembahan Ratu Jazz jika tidak meminta Padi Reborn mempersembahkan lagu popular Antara Anyer dan Jakarta. Lagu popular Dato’ Sheila Majid yang diterbitkan pada tahun 1986 ini sememangnya amat popular baik di Indonesia dan Malaysia. Segenap ruang Zepp Kuala Lumpur menyanyikan lagi tersebut yang diberi sentuhan rock.
Persembahan diteruskan dengan lagu Warna dari album pertama Dato’ Sheila Majid. Penampilan Dato’ Sheila Majid yang santai dengan gabungan blouse hitam dan skirt jeans turut mencuri tumpuan kerana ia sekaligus menampakkan dirinya lebih muda dan ranggi, sesuai dengan persembahan yang diadakan pada malam ini! Lontaran vokal penyanyi yang berusia 57 tahun ini sememangnya tidak boleh disangkal lagi!
Sebanyak 23 buah lagu didendangkan oleh Padi Reborn termasuklah enam lagu yang dipersembahkan secara akustik yang padu dan membuai emosi! Menutup tirai persembahan dengan lagu Hitam dan Begitu Indah, sudah semestinya perjalanan pulan SobatPadi usai konsert pada malam tersebut disulami perasaan indah dan dibuai pelbagai emosi puas dapat menyaksikan kumpulan ini kembali beraksi di Kuala Lumpur setelah membuat konsert skala kecil sekitar 2018 yang lalu.
Lebih istimewa, pihak penganjur, Qew Communications Sdn. Bhd. berhasrat menderma sebahagian daripada hasil penjualan tiket kepada persatuan bukan kerajaan kanak-kanak asnaf.
Menurut Pengarahnya, Datin Rahizahwati Yahya, niat murni tersebut mula tercetus selepas melihat sambutan hangat daripada peminat setia Padi di sini. Katanya lagi, setiap RM1 daripada penjualan tiket tersebut akan kami salurkan kepada rumah kebajikan terbabit.
Foto Kredit: Razak Latif
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kedatangan Ramadan membawa seribu satu makna tersendiri kepada setiap individu. Tidak terkecuali, Sharifah Aryana Syed Zainal Abidin yang mengambil keberkatan bulan mulia ini untuk menjadi individu lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Mengakui perasaannya bercampur-baur untuk ‘berubah’ dari segi imej namun adik kepada pelakon Sharifah Amani ini percaya hidayah dari Allah dan hikmah di sebalik penghijrahan berkenaan.
Menerusi perkongsian di media sosial, Sharifah Aryana atau mesra disapa Yana tampil anggun berhijab sepanjang Ramadan ini dan berharap agar orang ramai tidak bersikap skeptikal terhadap imej tersebut.
“My niat is betul-betul untuk change for the better. I actually didn’t want to do this. By this, I mean macam address the fact that I nak try pakai tudung. Just want to say that I use the word ‘try’. Ada orang tanya I, ‘Oh ni is for Ramadan ke or for good?’
And honestly, I pun tak tahu. I feel like I have always known that I akan pakai tudung one day tapi bila tu I tak tahu.
I turned 30 last year and there are a few moments that happened that led me to today. I felt that when I turned 30, I felt this overwhelming sense of calmness.”
Tambahnya lagi, “After giving birth to Amin and after going through a lot, I do want to try and get better, I do want to try and be better. I tahu diri I, I know that this is a huge adjustment. So I tak nak pressure myself sebab kalau I want to do it, I want to do it properly and I want to do it for good.
I don’t want to macam over promise and then macam tak jadi ke apa. So i’m kindly asking you all to be patient with me and kalau boleh janganlah macam marah Yana. Or jangan kecam Yana.
I’m just a human, I’m just trying my best, it doesn’t matter that happened in your past, it doesn’t matter how you used to be or how you are. If you want to try and if you feel like there’s a voice calling your name already to just, try it out anyways.”
Semoga Sharifah Aryana kuat untuk terus melakukan kebaikan dan niat menjadi hambaNya yang bertakwa dipermudahkan.
Anak bongsu kepada pasangan Syed Zainal Abidin Rashid dan Fatimah Abu Bakar ini pernah membintangi filem Mukhsin dan kini ligat mengusahakan perniagaan produk penjagaan wajah iaitu Confidence Cosmetics.
Yana mendirikan rumah tangga dengan Jad Hanif Jimmy pada Januari 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Amin yang bakal menginjak usia tiga tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Leka ‘membelek’ laman Instagram pagi tadi, tiba-tiba terpandang posting terbaru selebriti tinggi lampai ini. Dalam diam, rupa-rupanya Datin Fouziah Gous dan suami diberi rezeki bertandang ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini. Alhamdulillah, berbekalkan usia yang masih muda dan berkemampuan dari segi wang ringgit serta tenaga yang masih kuat.. pasangan suami isteri ini memanfaatkan kurniaan Allah SWT untuk melaksanakan rukun Islam kelima tersebut.
Berkongsi beberapa foto sebelum berangkat ke sana di samping keluarga tersayang ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi, jelas kelihatan riak teruja di wajah Datin Fouziah dan Dato’ Zhafran.
Aktres berusia 35 tahun itu kelihatan cukup anggun dalam persalinan jubah biru dan bertudung litup rona kelabu. Sementara suaminya pula segak menyarungkan kurta berwarna biru lembut.
“Assalamualaikum wbt.. Syukur Alhamdulillah, saya Fouziah Gous & Zhafran Yusof, dengan penuh takzim ingin memaklumkan bahawa kami berdua akan menunaikan Fardhu Haji (1439H) dan akan berlepas ke Tanah Suci pada Khamis 16 Ogos 2018.
Di kesempatan ini, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan & kekhilafan yang secara sengaja atau tidak sengaja kami lakukan di sepanjang persahabatan / perkenalan kita. Mohon dihalalkan makan minum saya dan segala hutang, jika ada.
Doakan kesihatan dan keselamatan kami sentiasa terpelihara sepanjang ibadah haji nanti. Terima kasih.”
Semoga pasangan ini selamat pergi dan pulang ke tanah air serta dipermudahkan segala urusan. Aaminn..
Sumber: Instagram Fouziah Gous
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!