Tekanan darah tinggi atau hipertensi boleh menyerang sesiapa sahaja, tak kira umur mahupun status. Puncanya juga berbeza-beza antaranya keturunan, perubahan bentuk fizikal, persekitaran, tabiat pemakanan dan gaya hidup.

IKLAN

Ubah Gaya Hidup, 6 Buah-Buahan KUDAPAN Ini Membantu Menurunkan Tekanan Darah TinggiJika anda disahkan menghidap tekanan darah tinggi maka jangan ambil mudah. Ini kerana tekanan darah tinggi yang serius ada hubung kait dengan penyakit jantung, gangguan otak, mata dan ginjal. Maka, tekanan darah tinggi perlu ditangani lebih awal dengan mengubah gaya hidup. Salah satunya mengamalkan buah-buahan setiap hari. Semoga ikhtiar ini menjadi penawar demi memiliki kesihatan yang baik.

Berikut 6 buah-buahan dipercayai mampu menormalkan tekanan darah tinggi:

PISANG
Buah yang lazat lagi berkhasiat ini kaya dengan sumber kalium yang bermanfaat dalam kawalan tekanan darah. Golongan dewasa disarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi sekurang-kurangnya 4.700 miligram kalium sehari. Selain membantu menstabilkan tekanan darah, kalium juga baik untuk kesihatan ginjal. Manakala kandungan potassium juga membantu mengurangkan ketegangan pada dinding pembuluh darah.

Ubah Gaya Hidup, 6 Buah-Buahan KUDAPAN Ini Membantu Menurunkan Tekanan Darah TinggiKIWI
Kajian menunjukkan bahawa kiwi dapat membantu mengurangkan tekanan darah pada penderita tekanan darah tinggi. Amalkan makan tiga biji buah kiwi setiap hari selama 8 minggu secara konsisten, ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Ubah Gaya Hidup, 6 Buah-Buahan KUDAPAN Ini Membantu Menurunkan Tekanan Darah TinggiDELIMA
Merujuk kepada jurnal Plant Foods for Human Nutrition (2012), meminum secawan jus buah delima selama 28 hari secara konsisten dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Ini adalah kerana kesan kandungan antioksidan di dalamnya yang membantu menurunkan tekanan darah dalam jangka masa yang singkat.

IKLAN

Ubah Gaya Hidup, 6 Buah-Buahan KUDAPAN Ini Membantu Menurunkan Tekanan Darah TinggiTEMBIKAI
Kajian Journal of Hypertension (2012) menunjukan bahawa memakan ekstrak buah tembikai dapat membantu menurunkan tekanan darah pada golongan dewasa, dengan pra-hipertensi atau hipertensi ringan. Penurunan tekanan darah yang terjadi pada pergelangan kaki dan arteri utama lengan atas.

IKLAN

Ubah Gaya Hidup, 6 Buah-Buahan KUDAPAN Ini Membantu Menurunkan Tekanan Darah TinggiAPRIKOT
Merupakan sumber kalium dan vitamin A yang sangat bagus untuk badan. Kandungan kaliumnya dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi agar kembali normal. Selain itu, aprikot turut membantu dalam mengawal kadar kolesterol dan lemak.

Ubah Gaya Hidup, 6 Buah-Buahan KUDAPAN Ini Membantu Menurunkan Tekanan Darah TinggiUBI BIT MERAH
Meminum jus ubi bit merah (beet fruit) turut dipercayai dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dalam jangka masa pendek. Kajian oleh Dietary Nitrate Provides Sustained Blood Pressure Lowering in Hypertensive (2015) menunjukkan dengan meminum 250ml jus ubi bit merah selama sebulan secara berturut-turut membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Selain dibuat jus, ubi bit merah juga boleh dicampur bersama salad atau dijadikan kudapan.

Ubah Gaya Hidup, 6 Buah-Buahan KUDAPAN Ini Membantu Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI