You nailed it again! Itulah ungkapan yang paling sesuai digambarkan mengenai penampilan  Ernie Zakri di pentas Anugerah Juara Lagu 37 yang diadakan semalam.

Ernie Zakri melangkah ke pentas AJL 37 dengan membawakan lagu berjudul Korban ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi ini sendiri. Tampil di pentas AJL 37 selepas tidak dapat melakukan persembahan tahun lalu kerana berada dalam proses berpantang usai melahirkan cahayamata pertamanya,  Nur Khawla Soleha, kali ini Ernie Zakri mengenakan busana berkonsepkan kelopak bunga mawar cukup anggun sekali.

IKLAN

Guna 80 Meter Organza, Pakai Sneakers! Kisah Di Sebalik Busana ERNIE ZAKRI  Di Pentas AJL 37

Menjengah laman Instagram milik Ernie Zakri, penampilan “comeback” Ernie di pentas AJL37 kali ini hadir membuai perasaan. Seiring bibit lagunya, maka dizahirkan dalam penghasilan busananya.

Pusaran rona monokromatik hitam putih juga merah mewakili liku kehidupan; tetap ada manisnya, walau dibaur derita. Cinta hadir dalam segenap bentuk dan bersilih ganti; namun tidak akan pernah terhenti.

Guna 80 Meter Organza, Pakai Sneakers! Kisah Di Sebalik Busana ERNIE ZAKRI  Di Pentas AJL 37
Hadir dalam siluet “ballgown”, “bodice” atas diolah korset berstruktur cekung, juga dibalas dengan lengan senada. Lapisan organza dari tujuh rona diseliratkan dan dijahit satu persatu membentuk pusaran multiwarna.

Ball gown tersebut merupakan rekaan @amaze_official_ yang menerima banyak pujian di kalangan netizen yang menyifatkan ia amat bersesuaian dengan pelantun Korban ini. Memiliki vokal yang cukup padu, Ernie Zakri sekali lagi membuatkan penonton terpukau dengan kemagisan suaranya.

Guna 80 Meter Organza, Pakai Sneakers! Kisah Di Sebalik Busana ERNIE ZAKRI  Di Pentas AJL 37

Di sebalik ballgown menawan yang digayakan oleh Ernie, rupanya ada kisah disebaliknya mengenai busana elegan yang digayakan olehnya. Rupanya Ernie hanya memakai sneakers di dalam gown ini, dek kerana gown terlalu berat!

Guna 80 Meter Organza, Pakai Sneakers! Kisah Di Sebalik Busana ERNIE ZAKRI  Di Pentas AJL 37

IKLAN

Mana tidaknya,  lebih 80 meter organza digunakan untuk menghasilkan lapisan pusaran kelopak mawar dan semestinya ia amat berat untuk Ernie yang memiliki susuk tubuh kecil ini.

Terima kasih suami @syamel_official yang sentiasa berada disisi sepanjang malam. I’m here because of you.

Untuk kesayangan saya @aqilahmaria_ dan @yayazakri , terima kasih kerana execute everything dari mula sampai selesai.

Team kesayangan saya @amaze_official_ , @nazlivingastyle , @sahirsabri , @haikalshuib dan @dreammachine.official , terima kasih kerana berjaya menghasilkan yang terbaik. Moga Allah swt limpahkan rezeki seluas alam untuk kalian kerana bekerja seikhlas hati dalam setiap proses untuk persembahan ini.

Kejayaan semalam adalah kejayaan kita semua. Tanpa mereka, saya takkan dapat membuat persembahan dengan baik. 10% hanyalah saya, 90% adalah mereka. ❤️ Sayang semua. Moga terus diberi ruang untuk sama sama bekerja. Amin.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Ernie menggayakan busana indah rekaan @amaze_official_  kerana pada pentas AJL ke 35, Ernie turut menggayakan busana pereka yang sama yang mengetengahkan unsur peranakan. Busana tersebut turut mendapat pujian dek peminat yang memuji keunikan busana yang digayakan oleh Ernie Zakri.

Guna 80 Meter Organza, Pakai Sneakers! Kisah Di Sebalik Busana ERNIE ZAKRI  Di Pentas AJL 37

Suara penuh emosi Ernie Zakri mendendangkan lagu Gundah ciptaannya dan Sharon Paul membawa tuah apabila diumumkan pemenang trofi Vokal Terbaik dengan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000 diAJL 35.

IKLAN

Menerusi laman Instagram Ernie pula, penyanyi yang dinobatkan sebagai pemilik trofi vokal terbaik menerusi nyanyian Gundah itu turut menceritakan serba sedikit kisah di sebalik baju berkenaan selain melahirkan penghargaan buat semua yang terlibat bagi menjayakan anugerah berkenaan.

“Ya, baju ini saya “pay homage” to Allahyarhamah Rokayah binti Abdullah, nenek saya. Berasal dari Melaka, gemar memakai kebaya, bercinta dengan atok awal tahun 50-an,”ujar Ernie yang merupakan salah seorang peserta finalis di Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) yang dinantikan oleh penonton dan peminat acara gilang-gemilang ini.

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI