Habib menyambut kemerdekaan dengan jualan Bazar Merdeka selama 4 hari bermula 30 Ogos sehingga 2 September 2019 di 17 bilik pameran serata negara.
Sebagai perintis industri barangan kemas yang mempunyai sejarah penglibatan selama 61 tahun di dalam industri, Habib melakar sejarah seiring dengan perkembangan negara tercinta, Malaysia. Bagi menghargai pelanggan setia jenama ini dan kepada seluruh warganegara Malaysia, Bazar Merdeka diraikan secara besar-besaran dengan pelbagai aktiviti, tawaran dan promosi menarik khas untuk penggemar barangan kemas.
Sambutan kemerdekaan tahun ini membawakan koleksi merdeka istimewa dengan perincian batu permata delima, zamrud, safir dan berlian yang unik. Aneka juadah tempatan turut disajikan sepanjang Bazar Merdeka untuk kudapan para pengunjung.
Ads
“ Merdeka bermakna kita dapat menjalankan kehidupan harian dengan selesa, seperti ucapan Bapa Kemerdekaan negara, Tun Abdul Rahman, “Mulai 31 Ogos 1957, (kita) akan menjadi sebuah negara berdaulat dah demokratik untuk selama-lamanya, yang dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan serta sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya.” Saya amat berbangga menjadi rakyat Malaysia dan bersyukur dengan keamanan yang dapat kita capai dengan negara yang berbilang kaum,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Habib, Dato’ Sri Meer.
Ads
Para pengunjung diajak beramai-ramai memeriahkan Bazar Merdeka di Habib dan mengambil peluang keemasan untuk menikmati tawaran hebat yang disediakan. Selaras dengan kesedaran gaya hidup yang lebih menitik beratkan kelestarian alam sekitar, Habib menawarkan hadiah set penyedut minuman logam dengan setiap pembelian RM 3,000 di dalam satu resit.
Jualan Merdeka Habib kini berlangsung di kesemua 30 bilik pameran Habib sehingga 2 September 2019 di seluruh negara. Sementara itu, potongan lebih hebat disediakan semasa jualan selama 4 hari sempena Bazar Merdeka di 17 bilik pameran yang terlibat.
Antara tawaran menarik yang disediakan termasuklah:-
Ads
• RM 118 dan RM 462 untuk dua jenis loket emas 916 bermotifkan bunga raya,
• RM 118 untuk loket emas 916 Bendera Malaysia,
• RM 62 untuk sepasang subang mutiara,
• Kepingan emas seberat 2g bermotifkan bangunan bersejarah Malaysia,
• Potongan sehingga 80% untuk barang kemas berlian dan batu permata terpilih,
• Potongan RM10 hingga RM 25 segram untuk emas 916/999,
• Harga tertinggi untuk belian balik barangan kemas berlian dan emas,
• Hadiah percuma dengan setiap pembelian barangan kemas berlian dan permata bernilai RM3,000 dalam satu resit.
Bazar Merdeka akan berlangsung di 17 bilik pameran Habib berikut:
• Ampang Point, Selangor (HQ)
• Plaza Angsana, Johor
• Ayer Keroh, Melaka
• Seremban 2, Negeri Sembilan
• Meru, Ipoh
• Gurney Plaza, Pulau Pinang
• Aman Central, Kedah
• Sungai Petani, Kedah
• Kota Baru
• Kuala Terengganu
• East Coast Mall, Kuantan Pahang
• The Spring, Kuching, Sarawak
• Imago Shopping Mall, Sabah
• Alamanda Putrajaya
• Setia City Mall, Selangor
• Aeon Mall, Nilai
• Mid Valley South Key, Johor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengucap panjang bila dapat tahu Lufya berdepan detik menakutkan dengan anak kecilnya baru-baru ini. Syukur ibu dan anak ini semakin sembuh dan selamat daripada menjadi mangsa culik. Selepas dua hari kejadian berlaku, barulah Lufya tampil mendedahkan insiden berkenaan.
Memuat naik gambar bukti yang menunjukkan beberapa kesan luka di wajahnya, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar ini menerusi media sosial miliknya berkongsi kisah di sebalik kejadian tersebut.
“2 hari lepas Fya diserang oleh seorang lelaki yang nak cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di playground Kota Damansara ada lebih kurang jam 4-5 petang.
Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukul Fya menggunakan batang kayu ke kepala, badan serta menyebabkan kecederaan pada wajah dan badan.
Alhamdulillah anak selamat dan Fya pun selamat. I’m a fighter! Terpanggil nak share sesuatu yang penting walaupun kita ni wanita yang lemah, kita kena ada ilmu mempertahankan diri. Ikutkan orang yang menyerang tu lelaki yang agak besar dan kuat.”
Tambah selebriti berusia 37 tahun ini lagi, “Dengan izin Allah juga Fya dapat melawan dan menyelamatkan anak Fya. Syukur alhamdulillah moral of the story is we must always stay alert. Kita tak tahu orang zaman sekarang ni sanggup buat perkara-perkara yang keji.
Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya.”
Lufya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia empat tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertambah kaya-raya Putera William selepas kemangkatan nendanya baru-baru ini. Putera William diramal menjadi lebih kaya apabila bakal mewarisi estet diraja seluas 56,655 hektar dengan nilai mencecah £1 bilion (RM5.2 bilion), lapor stesen penyiaran CNN semalam.
Kredit foto: Instagram (@princeandprincessofwales)
Menurut laporan Forbes menganggarkan bahawa kekayaan peribadi mendiang Ratu Elizabeth II yang bernilai £433.7 juta (RM2.26 bilion) pada tahun lalu adalah terdiri daripada permata, koleksi seni, pelaburan serta dua kediamannya iaitu Istana Balmoral di Scotland dan Rumah Sandringham di Norfolk.
Putera William ketika istiadat pengebumian diraja mendian Ratu Elizabeth II (Gambar: Getty Images)
Ratu Elizabeth mewarisi kedua-dua harta itu daripada bapanya, Raja George VI.Sebahagian besar kekayaan keluarga diraja Britain berjumlah sekurang-kurangnya £18 bilion (RM93.9 bilion) berupa tanah, harta dan pelaburan kini diwariskan kepada monarki baharu, Raja Charles III dan pewaris-pewarisnya.
Kedudukan sebagai pewaris takhta Britain yang pertama bakal menjadikan Putera Willian sebagai seorang yang lebih kaya apabila mewarisi takhta ayahandanya.
Raja masa depan itu bakal mewarisi harta pusaka Duchy of Cornwall daripada Raja Charles III. Baginda memiliki portfolio hartanah yang meluas meliputi 56,655 hektar yang kebanyakannya terletak di barat daya England.
Kredit foto: Harpers Bazaar US
Hartanah yang dicipta oleh Raja Edward III pada tahun 1337 itu bernilai £1 bilion (RM5.2 bilion), demikian menurut pengiraan untuk tahun kewangan yang lalu. Hasil daripada hartanah itu digunakan untuk membiayai aktiviti awam, swasta dan amal oleh Duke of Cornwall, kata laman webnya. Gelaran itu kini dipegang oleh Putera William. – AGENSI
Sumber: KOSMO
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasanya sudah lama kita tidak mendengar perkhabaran pelakon, pengacara dan penyanyi Anis Al Idrus yang cukup popular suatu ketika dahulu dengan drama Cuak serta lagu Mengapa. Entah kenapa selepas dirinya berkahwin, populariti Anis dilihat terus malap dan hilang dari radar dan lensa media.
Namun baru-baru ini, Anis mengejutkan semua pihak dan memaklumkan dirinya sudah bercerai dengan suami yang dikahwininya setahun lepas. Pendedahan tersebut nyata mengejutkan semua pihak apatah lagi tiada angin tiada ribut Anis mengumumkan diri sudah kembali solo.
Tanpa mendedahkan punca perpisahan menerusi hantaran di Instagramnya, Anis memohon doa yang baik-baik buat dirinya. “Kehidupan ini ada pasang surutnya dan saya bersyukur dengan jalan yang sudah Tuhan tentukan sehingga membawa diri saya untuk kembali solo.
“Saya percaya dengan suratan, qada dan qadar yang ditetapkan Tuhan. Saya juga sedar bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,” tulis Anis yang juga merupakan graduan Management & Science University (MSU).
Terdahulu, Anis yang juga merupakan pengacara dan usahawan ini mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya pada 7 Julai 2017, yang merupakan eorang pereka dalaman, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim. Suaminya mempunyai anak dari perkahwinan terdahulu, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Menerusi tembual bersama Mstar, Anis turut mendedahkan yang buat masa ini dia kini fokus pada kerjaya seninya termasuk bidang lakonan dan pengacaraan.
Anis yang juga merupakan seorang pempengaruh kecantikan turut menyatakan populariti bukan lagi satu yang dikejarnya, kerana Anis sendiri sudah puas selepas menjejakkan diri dalam bidang seni sejak usia 15 tahun. NONA mendoakan semiga yang baik-baik saja buat Anis Al Idrus!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.