Siapa yang tak mengenali pelakon tempatan berbakat besar, serta hero malaya Datuk Rosyam Nor bukan? Sebentar tadi, Datuk Rosyam berkongsi rasa kesyukuran apabila dia selamat menimang cucu kelima, jam 2.38 pagi tadi.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh aktor yang berusia 56 tahun itu di laman Instagramnya menerusi hantaran video menyaksikan Datuk Rosyam memangku cucunya itu, namun masih belum diketahui jantinanya.
“Alhamdullilah. Hadiah besar dari Allah pada Ramadhan kali ini. Lahir seorang lagi cucu ke 5 penyambung zuriat aku jam 2.38 pagi tadi. Mak dengan ayahnya big boss minta aku berikan nama,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan menzahirkan ucapan tahniah kepada Rosyam Nor atas kurniaan yang terindah tersebut apatah lagi cucunya itu lahir di bulan penuh keberkatan.
Ads
Untuk rekap, anak ketiga kepada pelakon, penerbit, pengacara dan usahawan itu iaitu Nurlisa Mohamed Noor memilih Khairul Azhar Fazli sebagai suami, dan berkahwin sekitar bulan Julai tahun lepas.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri enggan melaporkan, malu untuk bersuara dan masih cinta. Itulah antara punca kes keganasan rumah tangga terus menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Pengakuan selebriti Puteri Sarah yang mendakwa pernah dipukul suaminya, Syamsul Yusof mengejutkan banyak pihak.
“Saya tak mahu buka cerita mengenai kejadian itu. Akan tetapi Syamsul tidak mahu melepaskan saya.” Puteri Sarah
Ini jawapan Puteri Sarah yang terpaksa mengemukakan bukti baharu kepada mahkamah mendakwa dirinya pernah dipukul suaminya, Syamsul Yusof.
Menurut Puteri Sarah, 38, dia bagaimanapun tidak membuat sebarang laporan polis selepas kejadian tersebut kerana ketika itu mash lagi wujud rasa cinta terhadap suaminya.
Bercakap kepada Gempak, Sarah turut mendakwa ibu mertuanya iaitu Datin Patimah Ismail yang menyelamatkannya dengan membawa dirinya keluar dari rumah.
“Masa itu tak buat sebab sayang… bila orang kata saya buka aib ketika itu, saya tak nak buat apa-apa tindakan atau buat laporan polis. Sebab saya tak mahu buka aib, malah tiada siapa yang tahu mengenai perkara itu.
Yang selamatkan saya ketika itu ialah ibu mentua saya. Dia yang keluarkan saya daripada rumah pada tiga tahun lalu. Malah Syamsul pun tahu kenapa (keluar rumah).” Puteri Sarah
Puteri Sarah ditemui ketika menghadiri sebutan pertama kes perceraian yang difailkan terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur pada Selasa.
Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata inside dipukul itu merupakan salah satu fakta anak guamnya keluar dari rumah.
“Itu (dipukul) antara fakta mengapa Sarah membuat keputusan keluar rumah. Kami kemukakan fakta ini selepas Syamsul menuduh anak guam saya bertindak keluar dari rumah (nusyuz).
Jadi pihak kami perlu memberikan penerangan kepada mahkamah apa yang sebenarya berlaku. Selepas kejadian itu, beliau (Sarah) kembali semula ke rumah atas sebab jasa baik pihak keluarga mentua.
Jadi, Syamsul memberi andaian dan gambaran bahawa anak guam saya yang keluar ke rumah tanpa izin. Itu tidak betul sebab anak guam saya ada asas.”
6 tahun Puteri Sarah Liyana menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Bahagia menjaga dan menguruskan keperluan anak-anak serta suami. Namun langit tak selalunya cerah. Kita tidak akan tahu apa yang bakal berlaku di kemudian hari tetapi yakinlah dengan perancangan Ilahi.
Pesan Puteri Sarah, wanita usah terlalu selesa dengan apa yang ada sekarang kerana kita tak akan tahu apa yang akan jadi kemudian hari. Bekerjalah dan niat kerana Allah SWT. Insha-Allah rezeki sentiasa murah dan berkah.
Dengarkan luahan hati seorang isteri dan ibu yang sangat kental memperjuangkan hak wanita teraniaya.
Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Pada prosiding itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie Roshdan Sujak.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Aka Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam dan Sumayyah.
Sumber: Gempak
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekali lagi nama negara harum di mata dunia. Kali ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah diberi penghormatan menerima anugerah dari Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) International Medal 2021 sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam bidang pembedahan perubatan di Malaysia.
Berita tersebut turut dikongsikan oleh koresponden TV3, Haliza Hashim melalui hantaran di laman Instagram miliknya.
Malah, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada beliau sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam bidang pembedahan perubatan di Malaysia.
Turut menzahirkan ucapan tahniah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menurut catatan di akaun Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas penganugerahan tersebut yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
“Penganugerahan tersebut membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa,” menurut hantaran itu.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Dr Noor Hisham dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kecemerlangan yang berterusan.
Dr Noor Hisham menerima anugerah tersebut daripada Presiden RSCEd Prof Michael Griffin pada majlis santapan malam bagi memuliakan keberangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, felo terhormat RSCEd yang juga Canselor Diraja Universiti Kebangsaan Malaysia.
Turut berangkat pada majlis itu Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Untuk rekod, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima anugerah utama dalam pengiktirafan Nona Superhero Award 2021 yang lalu.
Sumber: Utusan Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow, macam tak percaya buah jambu batu mengandungi vitamin C paling tinggi berbanding buah-buahan lain. Selama ini kalau nak cepat dapat vitamin C memang makan buah limau saja. Rupa-rupanya, ada lagi buah yang lebih hebat kandungan vitamin C. Buah tempatan pula tu! Terima kasih kepada Prof Dr Imelda Balchin sebab merungkaikan misteri buah jambu batu yang pastinya ramai masih tak tahu.
Sebagai pengetahuan bersama, vitamin C merupakan vitamin penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan. Antara sebab anda perlu mendapatkan vitamin ini adalah disebabkan 6 hal berikut.
KHASIAT JAMBU BATU
Mudah sebenarnya nak dapat vitamin C. Lagi pun harga bagi sebiji jambu batu berharga dalam lingkungan RM1.50 ke RM 2 saja.
Sumber: Facebook Prof Dr Imelda Balchin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!