Beruntungnya Reeve Damien dikurniakan ibu bapa yang prihatin dan menghargai usaha keras anak-anak! Jun lepas, anak sulung kepada Dato’ AC Mizal dan Datin Emylia Rosnaida ini selamat bergraduasi dan berjaya menggenggam Diploma in Business di Raffles Kuala Lumpur.
IKLAN
Berusia 19 tahun, kejayaan Reeve Damien menamatkan pengajian di menara gading pastinya berita paling menggembirakan buat pasangan selebriti berkenaan.
Bersyukur dengan pencapaian membanggakan anak tersayang dan sebagai menghargai penat-lelah Reeve menuntut ilmu, Dato’ AC Mizal dan Datin Emylia menghadiahkan percutian ke Tokyo, Jepun khas untuk anak teruna mereka. Bertuah!
Reeve berangkat ke bumi Matahari Terbit tersebut baru-baru ini dan kakak kepada pelakon Emelda Rosmila ini turut memuat naik video mereka sekeluarga di lapangan terbang.
“Safe flight our sayang Reeve Damien. Enjoy your rewards and presents, cause you study hard for your Diploma. You deserve this our son. Have fun and happy holidays. We love you.”
Reeve mengikut jejak langkah ayahnya sebagai penyanyi dan sudah menerbitkan beberapa single. Dia juga disifatkan seorang anak yang sopan dan baik.
Sebelum ini, Reeve Damien pernah menjadi bualan warga maya apabila dia menerima hadiah sebuah kereta mewah Mercedes Benz daripada ibu bapanya ketika hari lahir ke-18 pada Mei tahun lalu.
Walau kedua-dua ibu bapa terkenal dan pemilik stesen televisyen SUKE TV namun Reeve seorang anak selebriti yang ‘humble’.
Jumaat lalu, seluruh rakyat Malaysia meluahkan rasa bimbang apabila mendapat perkhabaran dari Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Samsudin bahawa tujuh petugas Istana Negara telah disahkan positif Covid-19. Pastinya perkara pertama yang terlintas di fikiran waktu itu adalah keselamatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
(KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah
Iskandariah.
Lebih membimbangkan apabila Tunku Azizah turut berkongsi perkhabaran tersebut di laman media sosial milik baginda.”Saya memohon kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan ugama, doakanlah saya sekeluarga selamat. Kami self quarantine dalam bilik masing-masing dan tidak bertemu sama sendiri,” titahnya sebaik mengetahui situasi berkenaan.
Tidak lama kemudian, baginda sekali lagi berkongsi keadaan yang sedang berlaku di Istana Negara ketika itu. “Ampun Tuanku, the team from Jabatan Bomba and Jabatan Kesihatan are already here. We will transport all of our staffs to the hotel that they’re supposed to be quarantined as soon as possible. The procedures that they will go through are as follows. All of them will have to change their clothes to the clothes given by Jabatan Kesihatan; each one will have to go through disinfection process before they board the bus. Their belongings will also go through disinfection process; and we will seperate our staffs to 3 groups.
This group will determine which bus they have to go in. First group is those who have been tested negative. Second group is those who haven’t received the swab test results and third group will be those who already have symptoms such as cough,flu or fever. Ampun Tuanku. Setakat ini sudah 9 orang positive, di istana hanya tinggal saya sekeluarga bersama 3 pembantu. Tiada siapa dibenarkan keluar bilik, no visitors. Ya Allah selamatkan Malaysia. I was in close contact with all 9 of them, please pray for us! Kepada Allah berserah.”
Beberapa hari sebelum kejadian itu berlaku, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan memberikan sumbangan makanan yang dimasak sendiri untuk para petugas perubatan termasuk di Hospital Sungai Buloh, CPRC, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan juga Pusat Perubatan Universiti Malaya. Keprihatinan baginda membantu frontliners Covid-19 mendapat perhatian meluas dan disenangi rakyat.
Sejak itu ramai rakyat yang mula menyedari bakat memasak Tunku Azizah. Hakikatnya, selain berbakat dalam masakan Raja Permaisuri Agong juga berbakat dalam seni mengait. Malah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula berkuatkuasa pada 18 Mac lepas, Tunku Azizah ada berkongsi minat baginda terhadap seni berkenaan.
Meskipun terpaksa menjalani tempoh kuarantin tetapi ia sedikit pun tidak menghalang baginda melakukan aktiviti kegemaran. Menariknya, Tunku Azizah hanya belajar mengait hanya menerusi video di YouTube! Daripada apa yang dikongsikan di Instagram Air Tangan Tunku Azizah, baginda sedang berusaha menyiapkan ‘baby blanket’ daripada 16 warna benang khas buat cucu baginda.
Tidak dinafikan, hasil seni Tunku Azizah cukup teliti, kemas dan cantik. Sambil menyatakan #roomarrestcorona, “Onto my day 2 challenge. This is a real challenge for a beginner. Thank god for YouTube.”
Memasuki kuarantin hari ketiga hari ini, Tunku Azizah turut melahirkan rasa rindu terhadap putera, puteri dan cucu tersayang. Nona mendoakan agar KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam keadaan baik dan dilindungi Allah SWT sepanjang tempoh kuarantin berakhir pada 9 April nanti.
Majlis penyatuan dua jiwa di antara Mira Filzah bersama pasangannya, Wan Emir Astar telah mencuri perhatian semua. Busana yang digayakan oleh Mira Filzah untuk majlis pernikahan dan resepsi sudah pasti menjadi bualan terutama peminatnya.
Foto: Instagram @mfmirafilzah
Artis kesayangan Malaysia, Mira Filzah tampil anggun dan berseri memperagakan baju nikah rekaan pereka fesyen terkenal RizmanRuzaini. Suaminya yang merupakan anak sulung kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid juga tidak kurang segaknya dalam persalinan serba putih.
Foto: Instagram @rizmanruzaini
Menurut Rizman Ruzaini baju Kurung Pahang rekaanya itu telah mendapat sentuhan sulaman tangan daripada mereka yang pakar. Sulaman tangan itu pula mengambil masa selama 200 jam untuk disiapkan serta bermain bersama puluhan ribu jemeki. Patutlah berseri-seri Mira Filzah di hari istimewanya itu.
Foto: Instagram @mfmirafilzah
Di majlis resepsi pertama yang berlangsung di Le Meridian, Putrajaya pula Mira Filzah tampil ibarat seorang ratu menggayakan busana pengantin rekaan pereka terkenal FiziWoo. Wan Emir Astar pula tampil segak dengan sutnya.
Foto: Instagram @fiziwoo
Menurut FiziWoo, rekaan busana pengantin buat Mira Filzah ini mengambil inspirasi dari motif Arabesque. Gaun buatan tangan ini telah mengambil masa selama 500 jam untuk disiapkan. Bukan mudah ya sebenarnya untuk membuat busana pengantin yang bakal menjadi memori terindah buat pengantin.
Foto: Instagram @mfmirafilzah
Di majlis resepsi kedua pula Mira Filzah dan suaminya telah mencuri perhatian setiap tetamu apabila tampil cantik dalam persalinan baby blue rekaan pereka fesyen terkenal, The Rico Rinaldi. Kali ini Mira Filzah selesa memilih seluar yang digandingkan dengan dress labuh untuk acara perkahwinan dalam taman.
Foto: Instagram @thericorinaldi
Menurut Rico pemilihan warna baby blue itu adalah hasil perbincangan bersama. “Basically saya dan Emir personally pilih warna itu dan dipersetujui oleh Mira Filzah,” kata Rico yang memilih warna baby blue bagi mengikut tema perkahwinan dalam taman impian Mira Filzah.
Jika RizmanRuzaini mengambil masa 200 jam untuk menyiapkan busana pernikahan, FiziWoo pula mengambil masa selama 500 jam untuk menyiapkan busananya, The Rico Rinaldi pula mengambil masa 130 jam untuk resepsi kedua. Maka jumlah keseluruhan untuk menyiapkan busana wedding of the year ini ialah 830 JAM. Tahniah Mira Filzah dan suami semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal bahagia hingga ke jannah.
Walau sudah 38 tahun filem terkenal Amerika ‘Back To The Future’ disiarkan namun ramai yang masih mengingati jalan cerita filem tersebut. Lebih-lebih lagi wajah kacak pelakon utamanya Michael J. Fox yang melakonkan watak sebagai Marty Mcfly. Tak dinafikan, sampai sekarang pengaruh dan aura Michael terkesan di hati penonton.
Dilahirkan pada 9 Jun 1961, Michael atau nama penuhnya Michael Andrew Fox ialah pelakon kelahiran Kanada-Amerika yang kini meniti usia 62 tahun. Dia memulakan karier lakonan sekitar tahun 1970an.
Nama Michael melonjak naik dan terkenal di serata dunia menerusi kejayaan filem ‘Back To The Future’ arahan Robert Zemeckis pada tahun 1985.
Rentetan sambutan menggalakkan, ‘Back To The Future Part 2’ ditayangkan empat tahun kemudian. Seterusnya ‘Back To The Future Part 3’ pada tahun 1990.
Belum puas mewarnai industri glamor di Hollywood, pemenang Emmy Award ini diuji hebat apabila didiagnosis menghidap penyakit Parkinson ketika baru berusia 29 tahun pada 1991. Sejak hari pertama dia disahkan penyakit berkenaan, isteri tercinta yang juga pelakon banyak memberi semangat dan sokongan.
Baru-baru ini, barisan pelakon veteran filem tersebut iaitu Michael, Christopher Lloyd, Lea Thompson dan Tom Wilson menarik perhatian warga maya apabila ditemukan di Fan Expo Portland.
Sepanjang pembabitan dalam industri seni, Michael membintangi pelbagai filem dan drama seperti Family Ties, Teen Wolf, Doc Hollywood dan sebagainya. Selain bergelar pelakon, Michael juga pernah menyumbang suara dalam filem animasi Stuart Little.
Sedar kekangan kesihatan yang dialami, Michael bagaimana pun enggan mengalah dan terus mahu berbakti kepada masyarakat dengan membina Michael J Fox Foundation For Parkinson’s Research pada tahun 2000. Ia menjadi pusat pembangunan dan khidmat terapi kepada pesakit Parkinson.
Bukan itu saja, Michael juga menerbitkan beberapa buku biografi seperti Lucky Man: A Memoir, Always Looking Up: The Adventures of an Incurable Optimist dan No Time Like The Future: An Optimist Considers Mortality.
Michael berkahwin dengan Tracy Pollan pada tahun 1988. Selama lebih 30 tahun bergelar suami isteri, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sam Micheal Fox, anak kembar perempuan Aquinnah Katheleen Fox dan Schyuler Frances Fox dan anak bongsu Esme Annabelle Fox.
Biarpun kesihatan Michael tidak seperti dulu tapi isteri tercinta tetap setia di sisi dan kemesraan mereka terserlah hingga ke hari ini.
Ditanya mengenai keharmonian rumah tangga, pasangan ini menganggap sikap saling menghargai dan cara mereka dibesarkan menjadi salah satu faktor mereka mampu mengekalkan perkahwinan bahagia.
Micheal menerusi temu bual People berkata “Sense of humor. Both our families had that.”
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...