ADIBAH NOOR

Sebut saja nama Adibah Noor, ramai yang terkenangkan bakatnya sebagai seorang penghibur versatil. Kemampuan Adibah Noor Mohd Omar sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Ternyata, dia mempunyai bakat besar dalam industri seni.

IKLAN

Selain bergelar penyanyi dan menerbitkan dua album sebelum ini, pelantun lagu Terlalu Istimewa tersebut juga seorang pelakon.

Antara filem yang pernah dibintangi Adibah Noor ialah Sepet, Gubra, Mukhsin, Magika dan Talentime. Itu belum kira lagi drama-drama lakonannya. Memang talented!

Bagaimana pun Adibah Noor mengejutkan ramai peminat seni apabila muncul dengan penampilan terbaharunya baru-baru ini. Menerusi foto yang dikongsikan di Instagram, jelas kelihatan susuk tubuhnya yang semakin susut.

Memetik laporan media tempatan, difahamkan Adibah Noor sedang berusaha mengawal pemakanan dan mengurangkan berat badan.

Hanya 6 Suap Tiap Kali Makan, Penampilan Terbaharu ADIBAH NOOR Jadi Bualan!
Penampilan terbaharu Adibah Noor                                                                                                            Credit Instagram @adibahnoormohdomar
Hanya 6 Suap Tiap Kali Makan, Penampilan Terbaharu ADIBAH NOOR Jadi Bualan!
Credit Instagram @adibahnoormohdomar
Hanya 6 Suap Tiap Kali Makan, Penampilan Terbaharu ADIBAH NOOR Jadi Bualan!
Credit Instagram @adibahnoormohdomar

“Kalau dulu nasi lemak tu tiga bungkus saya makan. Sekarang cuma satu bungkus,”

Personaliti berusia 52 tahun tersebut juga dikatakan hanya makan sebanyak enam suap saja setiap kali makan dan mengurangkan pengambilan makanan, minuman kurang sihat serta bergula.

Dia juga dikatakan nekad untuk menjaga kesihatan sejak lebih dua bulan lalu memandangkan usia yang semakin meningkat.

IKLAN

“Sudah tiba masanya saya jaga kesihatan sebab dah tua. Lutut pun sudah sakit, jalan jadi mengah. Jadi saya terfikir sekarang masa terbaik untuk mulakannya.”

Selain kerjaya seni, Adibah juga berpengalaman sebagai pengacara majlis. Penyampaiannya yang santai dan bersahaja cukup menarik minat khalayak.

Hanya 6 Suap Tiap Kali Makan, Penampilan Terbaharu ADIBAH NOOR Jadi Bualan!
Credit Instagram @adibahnoormohdomar
Hanya 6 Suap Tiap Kali Makan, Penampilan Terbaharu ADIBAH NOOR Jadi Bualan!
Credit Instagram @adibahnoormohdomar
Hanya 6 Suap Tiap Kali Makan, Penampilan Terbaharu ADIBAH NOOR Jadi Bualan!
Credit Instagram @adibahnoormohdomar
Hanya 6 Suap Tiap Kali Makan, Penampilan Terbaharu ADIBAH NOOR Jadi Bualan!
Credit Instagram @adibahnoormohdomar

Bersandarkan kelebihan berkenaan, Adibah Noor pernah menggalas tanggungjawab sebagai pengacara bagi Anugerah Industri Muzik (AIM) selama beberapa tahun di samping Datuk Aznil Hj Nawawi, Datuk Afdlin Shauki dan pelawak terkenal, Harith Iskander.

IKLAN

Malah, dia juga pernah bergelar DJ radio Suria FM. Sebelum ‘terjun’ ke dunia seni, Adibah Noor berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris.

Moga Adibah Noor dikurniakan kesihatan yang sihat dan kejayaannya mengamalkan gaya hidup sihat mencetus inspirasi buat semua.

 

Kredit foto: Instagram Adibah Noor

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI