Sejuk perut ibu mengandung mempunyai anak seperti Dhaniyah ini yang mengenang jasa dan sentiasa menghargai ibu ayah. Hendak tunjuk rasa kasih tidak semestinya beri barangan mewah dan mahal, tetapi dengan ingatan dan titipan doa juga pastinya sudah cukup membahagiakan ibu ayah.
Bersempena ulang tahun kelahiran ibu tersayang pada 17 Ogos, Nur Dhaniyah atau mesra disapa Niya tidak ketinggalan menitipkan ucapan istimewa buat ratu hati kesayangan.
Dhaniyah Titip Ucapan Hari Lahir Buat Didie Alias
Dalam posting terbaharu itu di media sosial, Dhaniyah turut memuat naik beberapa foto di samping Didie Alias.
“Happy 52nd birthday to the most amazing woman in my life, my mummy. 20 photos could never describe how much I love you because my love for you is endless.
Thank you for being my strength, my teacher, and my safe place. Every moment, every doa, every sacrifice. I carry them in my heart forever.
Here’s to many more years of health, happiness with anak cucu, and blessings. kakak loves you more than words, more than photos, more than anything.”
Ads
Dhaniyah merupakan anak sulung kepada Didie Alias dan Allahyarham Ridzuan Hashim. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima orang anak.
Dhaniyah yang kini berusia 32 tahun bergelar isteri kepada Razi Shahriman dan ibu kepada empat orang anak.
Unik nama anak-anak Dhaniyah dan Razi iaitu Seth Shahriman, Suri Shahriman, Senja Shahriman dan Saha Shahriman.
Ads
Anak selebriti ini juga mempunyai kelulusan Master in Visual Communication and New Media dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) bergelar suri rumah sepenuh masa selain turut aktif sebagai digital creator.
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, Dhaniyah terbuka berkongsi rutin harian.
“Alhamdulillah kerja-kerja kami suami isteri banyak yang ‘work from home’ dan untuk saya pula boleh work anytime. Kami uruskan anak-anak sendiri tanpa bantuan maid. Dari urusan kerja suami sehinggalah sekolah anak, saya sama-sama bantu dalam rumah tangga kami.”
Ads
Dhaniyah ketika diaju status sebagai anak selebriti yang membolehkan dia meraih populariti dan dikenali ramai menganggap ia satu bonus buat dirinya dalam masa sama berusaha menggunakan pengaruh yang ada ke arah kebaikan.
Antaranya memanfaatkan ia dengan infomasi berkaitan ilmu keibubapaan dan tip kecantikan kepada umum.
“Sebenarnya itu dah menjadi satu kelebihan untuk anak-anak artis berada dalam platform dan exposure seperti ini. Cuma yang membezakan adalah cara kita ‘influence’ netizen atau followers kita ke arah yang macam mana.
Macam saya sendiri, saya lebih kepada sharing tentang lifestyle saya, motherhood dan beauty. Saya akan gunakan pengaruh saya dengan share apa yang saya sendiri experience dan gunakan serta boleh beri galakan untuk audience saya.
Sebagai contoh, macam mana saya boleh belajar sambil menguruskan anak pada masa yang sama. Tip-tip itu yang akan saya kongsikan dengan followers.”
Mak-mak yang ada ramai anak kecil, perlu ada koleksi kasut selesa. Beli sini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenama tenusu, Fernleaf menyumbangkan sebanyak 500 kilogram (kg) susu tepung kepada kanak-kanak di 10 buah rumah amal, bermula dengan Agathians Shelter di Petaling Jaya hari ini. Kerja amal ini adalah hasil daripada kempen Goodness Feeds Greatness Fernleaf yang telah bekerjasama dengan rakan perniagaannya, Mydin untuk menyeru kepada para pembeli untuk menyokong usaha jenama tersebut dalam menyumbangkan kelazatan dan nutrisi susu kepada kanak-kanak yang memerlukannya.
Bermula daripada 15 Oktober hingga 15 November lalu, Fernleaf menjemput para pengunjung Mydin untuk menyokong kebaikan dan usaha jenama tersebut dalam menyediakan nutrisi dan pemakanan susu kepada kanak-kanak tersebut. Bagi setiap pek susu tepung Fernleaf yang dijual di Mydin sepanjang tempoh tersebut, 50g tenusu penuh nutrisi akan disumbangkan kepada kanak-kanak di rumah amal yang terlibat dan pusat perlindungan di seluruh negara.
Encik Jose Miguel Porraz-Lando, Pengarah Pengurusan bagi Fonterra Brands Malaysia & Singapore, berkongsi tujuan di sebalik sumbangan amal syarikat tenusu ini: “Setiap impian besar bermula dengan langkah yang kecil – kata-kata positif serta dorongan dari keluarga, rakan-rakan, orang tersayang, dan terutamanya dari dalam diri sendiri memainkan peranan penting dalam membantu kita dalam perjalanan mencapai kecemerlangan.”
Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Binti Mohd, Pengarah Mydin Mohamed Holdings Bhd turut meluahkan keterujaannya dalam membantu kanak-kanak kurang bernasib baik ini untuk berusaha ke arah kecemerlangan. “Sebagai ibu bapa, impian terbesar kita adalah untuk melihat anak-anak kita cemerlang dan mencapai impian mereka. Antara tanggungjawab paling penting yang wajar kita penuhi adalah untuk memberikan mereka nutrisi terbaik dan Fernleaf dapat membantu daripada aspek tersebut”.
Sembilan lagi rumah yang selebihnya adalah Asrama Damai Rumah Anak-anak Yatim Kuang di Rawang, Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah di Klang, Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) di Seremban, Vision Home di Ipoh, Rumah Anak-Anak Yatim Islam Jasin di Melaka, Chrystal Home di Perak, Villa Paulos di Johor, Rumah Amal Permata Hatiku di Kuala Lumpur dan Sinar Ceria Care Centre di Pulau Pinang. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehamilan sememangnya momen yang sangat mengujakan bagi semua wanita. Lebih-lebih lagi bila pertama kali merasai kurniaan tersebut. Kalau boleh, tiap hari nak catat perkembangan bayi dalam perut.
Dalam keghairahan menyambut ‘orang baru’, jangan abaikan kesihatan diri. Sebab waktu mengandung inilah ramai wanita yang mengalami pelbagai masalah kesihatan. Bengkak kaki, kejang urat, pening kepala, kurang darah dan bermacam-macam lagi. Salah satu gejala yang sering dijangkiti ibu hamil adalah kencing kotor.
Kenapa wanita hamil lebih senang kena kencing kotor?
Ketika hamil, banyak perubahan fisiologi yang berlaku dalam badan ibu. Lebih-lebih lagi pada sistem perkumuhan air kencing yang menyebabkan si ibu senang untuk mendapat jangkitan pada salur kencing.
Isipadu pundi kencing bertambah dan otot-otot pada pundi kencing menjadi kurang tegang. 90% ibu mengalami perkembangan pada salur ureter disebabkan tindakan hormon progesteron yang tinggi ketika hamil dan juga tekanan daripada rahim yang membesar menyebabkan pengaliran air kencing menjadi perlahan sekaligus memudahkan bakteria terkumpul dan bermulalah jangkitan pada salur kencing.
70 % ibu mengandung pula mempunyai gula dan protein dalam air kencing, memudahkan bakteria berkembang dan memulakan jangkitan pada salur kencing.
Bila melakukan hubungan kelamin ketika hamil, salur kencing urethra terkadang tercedera menyebabkan bakteria dari vagina memasuki salur kencing.
Vagina boleh menjadi tempat takungan bakteria dari salur pencernaan kerana kedudukannya yang rapat dengan rektum dan usus besar. Maka bakteria dari rektum atau usus besar ini boleh memasuki salur kencing melalui urethra yang telah tercedera.
Umur ibu yang meningkat, meningkatkan kemungkinan untuk mendapat kencing kotor juga.
Ketidaknormalan pada sistem perkumuhan air kencing, atau ibu mempunyai penyakit kencing manis lagi senang untuk dapat kencing kotor.
Apa akan berlaku jika kencing kotor tidak dirawat?
Saiz bayi kecil ( Low birth weight ) berat bayi kurang 2.5kg
Bayi lahir tak cukup bulan / pramatang ( kurang 37 minggu )
Ibu boleh mengalami masalah darah tinggi ketika hamil/ pre-eclampsia
Anemia ( kekurangan sel darah merah yang membawa oksigen untuk ibu )
Jangkitan pada air ketuban bayi ( chorioamniotis )
Sumber:
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Jus Kranberi
Lazimnya, kencing kotor boleh dirawat dengan pengambilan air barli, kelapa dan jus kranberi. Ada kajian yang menunjukkan khasiat yang terkandung dalam buah kranberi boleh mencegah L.Coli daripada sel-sel di sekitar dinding saluran kencing dan jangkitan. Buah ini juga sangat baik dinikmati wanita hamil kerana vitamin C yang tinggi di dalamnya. Selain itu, pastikan minum air putih secukupnya untuk mengelak jangkitan kencing kotor.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mewahnya rezeki anak Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris Ismail! Mana tidaknya, baru berusia tiga bulan Muhammad Bilal dah dapat duit raya cecah belasan ribu ringgit. Malah angka itu lebih daripada jumlah pengeluaran wang KWSP yang diterima ramai baru-baru ini.
Kisah duit raya Muhammad Bilal meraih perhatian ramai khususnya dalam kalangan peminat apabila ibunya yang juga selebriti terkenal, Neelofa berkongsi perkara tersebut di akaun TikTok.
Daripada perkongsian itu, jelas kelihatan Neelofa dan Haris sedang rancak mengira duit raya yang diberikan kepada anak tersayang.
Ia nyata menarik tumpuan apatah lagi duit raya yang diterima itu kebanyakannya daripada notes RM100! Juga, terselit sekeping wang bernilai 1,000 Dirham! Banyaknya!
Yang pasti, video yang dimuat naik Neelofa mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. Ada yang sempat berseloroh mengatakan kanak-kanak tak boleh pegang duit banyak. Ada juga yang gembira melihat rezeki anak personaliti glamor ini yang melimpah ruah.
Neelofa dan Haris selamat menimang cahaya mata sulung mereka, Muhammad Bilal pada 29 Januari lepas. Pengumuman pasangan ini mengenai kelahiran anak tersayang amat dinanti-nantikan namun kedua-duanya masih belum bersedia mendedahkan wajah Muhammad Bilal kepada khalayak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.