Sedar tak sedar dah genap setahun rupanya usia perkahwinan kedua Vanidah Imran dengan jurutera, Arifabillah Idris.
Tarikh 7 Julai 2022 menjadi detik terindah buat pelakon jelita berusia 50 tahun ini apabila kembali bergelar isteri.
Jelas terpancar sinar bahagia pada wajah Vanidah sejak mendirikan rumahtangga.
Bersempena dengan anniversary mereka yang pertama, baru-baru ini Vanidah telah berkongsi satu hantaran di Instagram peribadinya.
Hantaran tersebut memaparkan video pendek yang memaparkan kompilasi foto-fotonya bersama suami tersayang. Nampak bahagia dan romantik sangat kedua-duanya!
Berikut titipan bermakna Vanidah buat suami tercinta: –
“7.7.23 They say the first year is the hardest, but a year has flown by, and I didn’t even realize it.
“Thank you for completing half my deen. Alhamdullilah. May Allah swt bless us not only in this world but also in Jannah. Happy Anniversary my IMAM.”
Rata-rata para peminat dan pengikutnya termasuk rakan-rakan artis di menitipkan ucapan tahniah dan doa. Antaranya ialah Sharifah Amani, Jasmine Suraya, Dr Soo Wincci, Ziela Jalil dan Liza Abdullah.
Vanidah kini bergelar pensyarah di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM) di samping aktif berlakon.
Vanidah yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 ini berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Seni Persembahan (Drama) Universiti Malaya (UM) pada Mac 2022.
Untuk info, Vanidah dan Arifabillah bernikah pada 7 Julai 2022 dan menerima mas kahwin berupa seutas rantai emas.
Terserlah seri pengantin Vanidah ketika itu yang menyarungkan persalinan pernikahan rekaan fashion designer tersohor Rizman Ruzaini.
Terdahulu, Vanidah pernah berkahwin dengan aktor Rashidi Ishak namun bercerai pada 2018. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikail Aimran dan Maryam Rashika.