Sedar tak sedar dah genap setahun rupanya usia perkahwinan kedua Vanidah Imran dengan jurutera, Arifabillah Idris.
Tarikh 7 Julai 2022 menjadi detik terindah buat pelakon jelita berusia 50 tahun ini apabila kembali bergelar isteri.
Jelas terpancar sinar bahagia pada wajah Vanidah sejak mendirikan rumahtangga.
Bersempena dengan anniversary mereka yang pertama, baru-baru ini Vanidah telah berkongsi satu hantaran di Instagram peribadinya.
Hantaran tersebut memaparkan video pendek yang memaparkan kompilasi foto-fotonya bersama suami tersayang. Nampak bahagia dan romantik sangat kedua-duanya!
Berikut titipan bermakna Vanidah buat suami tercinta: –
“7.7.23 They say the first year is the hardest, but a year has flown by, and I didn’t even realize it.
“Thank you for completing half my deen. Alhamdullilah. May Allah swt bless us not only in this world but also in Jannah. Happy Anniversary my IMAM.”
Rata-rata para peminat dan pengikutnya termasuk rakan-rakan artis di menitipkan ucapan tahniah dan doa. Antaranya ialah Sharifah Amani, Jasmine Suraya, Dr Soo Wincci, Ziela Jalil dan Liza Abdullah.
Vanidah kini bergelar pensyarah di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM) di samping aktif berlakon.
Vanidah yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 ini berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Seni Persembahan (Drama) Universiti Malaya (UM) pada Mac 2022.
Untuk info, Vanidah dan Arifabillah bernikah pada 7 Julai 2022 dan menerima mas kahwin berupa seutas rantai emas.
Terserlah seri pengantin Vanidah ketika itu yang menyarungkan persalinan pernikahan rekaan fashion designer tersohor Rizman Ruzaini.
Terdahulu, Vanidah pernah berkahwin dengan aktor Rashidi Ishak namun bercerai pada 2018. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikail Aimran dan Maryam Rashika.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penampilan sopan pelakon jelita Nora Danish ketika menghadiri majlis ilmu baru-baru ini meraih tumpuan ramai sekaligus menyentuh hati wargamaya di media sosial.
Isteri kepada Nedim Nazri ini kelihatan cukup manis menyarungkan jubah dan tudung labuh rona gelap pemberian rakan artis, Betty Rahmad yang juga selaku tuan rumah kepada majlis ilmu tersebut.
Betty merupakan adik kepada pengarah terkenal, Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida.
Bertuahnya Nora, bukan saja dijemput ke majlis yang penuh berkah bahkan turut dihadiahkan jubah.
Menerusi satu hantaran video pendek, pelakon filem Polis Evo 3 ini menitipkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana diberikan peluang menghadiri majlis ilmu itu.
Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif turut berterima kasih kepada Betty Rahmad kerana sudi menjemput dirinya menjadi salah seorang tetamu di majlis tersebut.
Bukan itu saja, Nora turut meluahkan rasa terharu kepada Betty atas usahanya menyediakan juadah yang dimasak sendiri serta menghadiahkan jubah kepadanya.
Bukan mudah bagi seorang ibu yang sudah mempunyai tiga anak untuk kekal sihat dan cantik. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai anak kecil yang memerlukan sepenuh perhatian. Rutin harian sudah tentu lebih tertumpu kepada si kecil berbanding diri sendiri. Namun selebriti cantik, Fiza Abdul Halim berjaya membuktikan tanpa berbelanja besar pun dia masih mampu tampil menawan.
Tidak dinafikan, sebagai wanita… penulis juga cemburu tengok kemulusan kulit wajah Fiza. Macam porselin, satu jerawat pun tidak kelihatan di wajahnya. Saat diajukan pertanyaan tentang rejim kecantikan yang diamalkan, bekas penyanyi kumpulan Elite ini ketika dihubungi tertawa kecil. Ujarnya, tiada penjagaan khusus yang dipraktikkan kerana dia seorang wanita yang ringkas.
“MashaAllah, tip cantik? Saya inilah orang yang paling simple. Mungkin sebab saya tak suka mekap kot. Jadi kulit saya tak ada masalah sangat. Petua saya cuma satu je, saya tak suka minum air sejuk dan hanya minum air suam atau air panas. Bab kesihatan badan pula saya ni suka vaccum dan mop rumah hari-hari. Bagi saya itulah exercise saya untuk bersenam sebab kalau nak pergi gim bagai memang tak bolehlah dengan si kecil lagi.
Biasanya kalau duduk di rumah, saya akan cari apa saja kerja yang boleh saya buat walaupun semua dah tersusun dan kemas. Siapa yang kenal saya, tahulah saya ni macam mana. Petua turun-temurun tak ada cuma saya lebih berhati-hati dengan keadaan badan dan kesihatan diri sendiri. Pendek kata, memang saya pantau sendiri.
Kalau agak-agak badan tu dah naik kalau timbang, saya akan diet sedikit. Kalau bila timbang macam ringan dari selalu, saya akan makan lebih sedikit. Sebab saya ni kalau kurus, muka kurus dulu. Cengkung sangat tak elok pula nanti nampak haggard. Apa-apa pun elak minum ais ya!”
Jika kebanyakan wanita gemar merawat dan membelai tubuh di spa kecantikan, berbeza pula bagi ibu tiga anak ini. Katanya, “Saya tak suka ke spa sebab tak suka tunggu lama-lama dan saya tak pernah pergi. Kalau di rumah pun, saya tak buat macam orang lain, ada rutin harian yang wajib. Habis kuat pun saya akan buat skrub dan mask muka. Itu pun boleh kira berapa kali. Agak-agak muka macam kusam, baru saya akan buat. Kalau tak, memang tak buatlah.”
Fiza yang merupakan isteri juruterbang, Aizat Al-Jefri Al Kudus selamat melahirkan cahaya mata ketiganya, Siti Aleena Adra atau panggilan manjanya Baby Aleena pada 24 September 2018. Sejak kehadiran Baby Aleena, Fiza lebih selesa berada di rumah untuk memberi tumpuan penuh kepada keluarga selain membesarkan puteri bongsunya itu.
“Tawaran (berlakon) tu ada, memang banyak. Tapi saya terpaksa tolak sebab saya lebih pentingkan Aleena, kasihan dia masih lagi kecil dan tak ada orang nak jaga dia. Lagi pula dia memang attach sangat dengan saya. Dari kecil saya tak pernah tinggal dia walau seminit pun. Setakat ini saya bukanlah duta mana-mana produk tapi kalau ada, saya amatlah berbesar hati. Tentang produk sendiri… semua dalam perancangan, InshaAllah nanti kalau ada pasti saya akan beritahu. Mungkin produk baby.”
Tambahnya lagi, memandangkan dia kini bergelar suri rumah tangga sepenuh masa Fiza memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik mungkin. “Sama seperti keluarga lain di luar sana, aktiviti apa lagi yang boleh saya buat selain memasak 24/7. Tapi saya tak terasa bosan atau sebagainya duduk di rumah sebab saya memang jenis yang kemas rumah dan jaga anak sendiri tanpa maid. Semua kerja saya lakukan sendiri.”
Bahagia meniti bulan penuh keberkatan, bulan Ramadan di samping keluarga tersayang Fiza bagaimana pun mengakui dia tidak terlalu selektif dalam soal juadah berbuka. “Saya ni jenis orang yang tak banyak makan dan saya tak gemar makan makanan yang macam-macam. Saya lebih suka makan satu meal untuk sendiri je disertakan dengan air panas, kopi atau teh atau air suam tambah kurma. Saya tak pernah ada juadah kegemaran. Apa saja saya makan tapi saya tak gemar makan banyak.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang tak pernah jemu tengok kecantikan yang dimiliki Thalia! Sekali terpandang wajahnya mesti nak tengok berkali-kali. Bagi peminat drama Latin pasti mengenali aktres rupawan yang pernah membintangi telenovela popular Maria Mercedes tahun 1992 ini.
Aura mempersona selebriti Mexico ini memberi impak kepada peminat drama bersiri tersebut sampai ke hari ini.
Mana tidaknya, tanggal 26 Ogos lalu merupakan ulang tahun kelahiran ke-52 Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda.
Dirai suami tercinta dan kenalan rapat, Thalia yang anggun mengenakan persalinan dress berkongsi momen sambutan hari lahir baru-baru ini. Ujarnya, “Happy birthday to me.”
Melihat penampilan dan raut wajah bintang Rosalinda ini, meskipun sudah berusia lebih 50 tahun namun aura Thalia tetap menyerlah. Seri wajahnya sejak membintangi telenovela popular berkenaan tetap memikat.
Thalia bergelar isteri kepada Tommy Mottola yang juga Pengerusi Mottola Media Group dan bekas CEO Sony Music pada 3 Disember 2000.
Hasil perkongsian hidup bersama jutawan kelahiran Amerika berkenaan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi berusia 15 tahun dan Matthew Alejandro Mottola Sodi, 12 tahun.
Tommy yang bertindak selaku penerbit muzik dan buku serta usahawan berjaya dalam industri seni Amerika ini juga sebenarnya bekas suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey.
Namun perkahwinan bersama pelantun lagu My All berkenaan hanya bertahan selama lima tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan berpisah pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia dan berkahwin pada 3 Disember 2000.
Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran isterinya sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan tak hairanlah pasangan ini mampu menikmati kehidupan serba mewah.
Selesa menaiki jet peribadi untuk bercuti, Thalia dilihat kerap memuat naik gambar percutian bersama keluarga di media sosial selain berkongsi cita rasa fesyen buat tatapan lebih 20 juta peminat!
Alahai, sudahlah cantik, kaya dan ternama pula tu. Patutlah dia mendapat gelaran ‘Queen of Latin Pop’. Sudah pasti segala kecantikan, kemasyhuran dan kemewahan yang dimiliki Thalia menjadi impian setiap wanita.
Kejayaan pemain beregu wanita negara, Pearly Tan semakin mendapat perhatian peminat sukan dalam dan luar negara. Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan setiap kali berada di gelanggang mencetuskan gentar kepada pihak lawan ...