Dalam sehari, berapa banyak air yang perlu diminum sebenarnya? Inilah persoalan yang sering menjadi tanda tanya, khususnya golongan yang menjaga diet kepada pempengaruh kesihatan, Dr Malar Santhi Santherasegapan.
Nak tubuh sihat, penghadaman lancar dan dapatkan kulit yang cantik… Betul ke perlu minum hingga 3 liter air sehari? Penjelasan Dr Malar yang merupakan Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia menerusi satu rakaman video beri pencerahan.
“Sebenarnya jumlah air yang tubuh anda perlukan setiap hari bukan 2 liter, bukan 3 liter, bukan lapan gelas.” @celotehdrmalar
Menurut Dr Malar yang pernah diiktiraf Nona Health Influencer Award dalam Nona Superwoman Award 2022, kuantiti cecair yang seseorang itu perlu minum adalah berdasarkan formula pengiraan berat badan dalam kilogram (kg) dan didarabkan dengan 0.03.
Sifirnya jom tengok perkongsian video ini…
MINERAL
Selain daripada air, tubuh manusia juga memerlukan beberapa mineral untuk organ dan otot dalam tubuh kita. Orang ramai bagaimanapun sering terlepas pandang tentang keperluan mineral zat besi dan zink.
Ads
Jelasnya, individu yang mengalami kekurangan kedua-dua mineral tersebut berkemungkinan untuk mengalami anemia, keguguran rambut, kuku rapuh dan juga kulit yang kusam.
“Saya tak sarankan anda ambil suplemen zink atau zat besi. Melainkan doktor yang prescribe,” ujarnya.
Sebaliknya, beliau menyarankan orang ramai untuk mendapatkan mineral tersebut secara semula jadi melalui makanan seperti daging, ayam, telur, sayur-sayuran hijau dan kekacang.
Seterusnya, mineral lain yang diperlukan badan adalah magnesium. Kata Dr Malar, seseorang itu memerlukan sekurang-kurangnya 300 hingga 400 miligram (mg) magnesium setiap hari. Sekali lagi doktor itu tidak menyarankan orang ramai untuk mengambil supplemen.
Ads
Beliau telah menyenaraikan beberapa makanan yang boleh diambil untuk mendapatkan mineral itu. Antaranya adalah dark chocolate, peanut butter dan juga kacang badam.
Seseorang yang kekurangan magnesium akan selalu rasa sakit-sakit urat, tarik-tarik dekat betis, sukar tidur malam atau insomnia dan kesakitan semasa haid.
Beliau turut memberitahu bahawa orang ramai juga memerlukan silika yang merupakan mineral penting untuk pembinaan kolagen.
Adakah mereka yang sudah makan kolegen masih perlu mengambil silika?
Ads
Ujarnya, kolagen dianggap sebagai tulang rangka dan silika adalah sebuah komponen yang menguatkan rangka kolagen dan juga memberi keanjalan.
“Silika penting untuk kesihatan tulang, sendi, kulit, rambut dan juga kuku yang kukuh. Jadi, pastikan ambil jumlah silika yang cukup setiap hari sama ada daripada makanan ataupun minuman.”
Mineral tersebut disarankan untuk diambil kira-kira 10 hingga 25mg sehari. Ujarnya, silika boleh didapati di dalam air mineral atau sumber makanan seperti pisang, beras perang dan kacang hijau.
Justeru, bagi memastikan tubuh badan yang sihat, seseorang perlu minum air secukupnya dan memastikan pengambilan mineral-mineral berkenaan setiap hari.
“Sekali lagi saya tak sarankan ambil suplemen, sebaiknya kita boleh ambil sumber-sumber ini melalui makanan atau minuman semula jadi,” akhirinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alhamdulillah, anak-anak Ngasri Sain dan Habibah Jaafar semuanya baik dan ‘menjadi’! Salah seorang daripadanya iaitu Darling Ngasri kian sukses bergelar pelakon dan penerbit. Selain Darling, abangnya Naszeli dan Nasrizal atau lebih dikenali sebagai Bell Ngasri turut aktif menceburi bidang seni sampai sekarang.
Begitu juga adiknya iaitu Naszriah Ngasri yang mesra disapa Datin Anne Ngasri. Dulu merupakan pelakon handalan tetapi kini lebih selesa menyertai bidang politik.
Selain itu, personaliti ini turut mempunyai dua orang adik-beradik lain iaitu Nasliza Ngasri dan Nassuhada Ngasri. Bapa mereka pernah berkhidmat sebagai juruhebah dan pengacara di RTM.
Walau masing-masing memiliki haluan kerjaya sendiri namun keakraban adik-beradik selebriti ini kekal utuh. Mereka bukan hanya dikagumi kerana berbakat tetapi juga bertuah kerana tampil awet muda.
Meskipun sudah mencecah usia 40an, Naszeli, Bell, Darling dan Datin Anne kekal muda remaja!
Tanggal 2 Jun lalu merupakan ulang tahun kelahiran Darling Ngasri. Darling atau nama penuhnya Nasreen Ngasri menginjak usia 42 tahun dan bersempena meraikan hari lahirnya, ahli keluarga tersayang termasuk adik-beradik mengadakan majlis sambutan yang sederhana namun meriah!
Menerusi perkongsian di media sosial kelihatan mereka tampil sedondon mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru.
Ucap Darling, “Million thanks kepada semua yang telah memberikan ucapan dan meluangkan masa, tenaga dan kasih sayang untuk menjayakan majlis hari lahir saya. I am truly touched by all the love, surprises and sweet moments we shared.”
Selorohnya, “You all made my day so meaningful and unforgettable. It’s my birthday month and I’m still accepting gift!”
Datin Anne Ngasri bagaimana pun tidak berpeluang meraikan hari lahir kakak tersayang pada hari berkenaan. Pun begitu, dia tidak ketinggalan menitipkan ucapan bermakna buat insan kesayangan.
“Ucapan selamat hari lahir buat kekandaku Darling Ngasri. Darling bukan sahaja kakak anugerah dari Allah SWT tapi juga sahabat istimewa dalam hidupku. Tanpamu, N tidak mungkin sampai sejauh ini.
Buat Darling, di hari bahagia ini serta hari-hari lain jua N doakan yang terbaik buatmu. Semoga hidupmu dipenuhi dengan kebahagiaan, kasih sayang dan keberkatan. Kita sayangmu sangat.”
Darling Ngasri Anak Seni Berilmu
Pada 1 Julai 2024, Darling menjadi tumpuan apabila dia berjaya menggenggam Diploma Kemahiran Malaysia di Majlis Konvokesyen Meatech Creative Academy ke-6. Pada majlis itu, dia anggun berbusana kurung biru sambil ditemani suami tercinta dan ibu tersayang.
Difahamkan Darling menceburi bidang seni pada tahun 1988 dan kini bergelar penerbit serta pemilik NS Star Sdn Bhd.
Dia mendirikan rumah tangga bersama Nur Azlin Rahmat pada 30 Mei 2009 dan hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Nur Nashrullah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penjagaan kulit wajah sering kali diambil mudah oleh golongan wanita. Pemilihan produk yang tidak mengikut piawaian kesihatan juga menjadi salah satu punca ‘kerosakan’ kulit. Tahukah anda, penggunaan sleeping mask ketika tidur boleh membantu anda mendapat kulit wajah yang sihat dan anjal?
Menurut Dr. Terry, Global Skincare Expert dari The Body Shop, kepentingan kesihatan holistik dan bagaimana ia berperanan dalam penampilan seseorang. Keseimbangan penjagaan kesihatan tubuh dan kulit wajah adalah faktor utama menonjolkan penampilan serta meningkatkan keyakinan diri seseorang.
Ibunya yang telah meninggal dunia mengalami penyakit kulit, ekzema dan psoriasis menyebabkan Dr. Terry terjerumus dalam bidang perubatan kulit.
Pemilihan produk dari bahan-bahan semula jadi adalah perkara utama sebelum penggunaan sesuatu produk. Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan oleh Dr. Terry bagi menjalani rawatan di kliniknya bertempat di London antaranya:
Complexion, tona kulit dan firmness
Tenaga dan fizikal
Berat badan dan kekuatan
Tenaga seksual
Keyakinan di dalam boardroom dan bilik tidur
Tip penjagaan kulit
Kulit wajah ada kalanya berubah mengikut kitaran haid. Sesetengah wanita yang mengalami kulit kering dan ada kalanya kulit menjadi akan menjadi lembap. Bagi anda yang sering mengembara, terdapat beberapa tip yang boleh dijadikan panduan:
Minum air secukupnya.
Jangan minum air beralkohol.
Gunakan sleeping mask sewaktu di dalam penerbangan (walaupun kulit anda berminyak, ia masih memerlukan air agar terus lembap).
Berikan masa untuk kulit ‘berehat’ atau bebas daripada solekan.
Terdapat beberapa persoalan mengenai kulit wajah antaranya:
Apa yang berlaku pada kulit wajah ketika sedang tidur?
Fix atau memperbaiki : proses membaik pulih bermula. Sel kulit lama mula keluar, kerosakan radikal bebas ditanggalkan dan sel baru mula keluar di permukaan wajah.
Fight: Tidur meningkatkan melantonin, antioksidan yang kuat membantu melawan tanda-tanda penuaan dan kedutan wajah.
Firm: Pertubuhan hormon yang merangsang kolagen kulit, keelastikan dan firmness sewaktu tidur.
Apakah posisi tidur yang sesuai ketika menggunakan sleeping mask?
Posisi terbaik adalah tidur menghadap atas (terlentang) agar tiada tekanan dikenakan pada wajah. Namun jika anda lebih biasa tidur secara mengiring, laburkan sedikit wang untuk membeli bantal yang bagus untuk kedudukan tidur agar dapat menghindari tanda berkedut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tertawan dengan keayuan Nelissa Senrose. Bukan hanya mempunyai raut wajah manis dan sedap mata memandang bahkan wanita ini juga anggun dalam kelas tersendiri. Penampilannya yang cantik berhijab dan tidak keterlaluan dalam berfesyen membuatkan sesiapa sahaja rasa senang dengan peribadi kakak kepada adik-beradik selebriti popular berkenaan.
Bersandarkan statusnya sebagai kakak sulung kepada Datin Nelydia, Uqasha Senrose dan Raysha Rizrose, tidak hairanlah Nelissa tidak terkecuali daripada tempias dunia glamor adik-adik kesayangan.
Nelissa Senrose Tak Tumpang Populariti Adik-Beradik
Pun begitu, dia enggan menumpang populariti adik-beradik. Jauh sekali menceburi industri seni dan hiburan tanah air.
Sebaliknya Nelissa Senrose selesa berdikari dan menjalani kehidupan biasa.
Menerusi perkongsian di media sosial, pemilik nama Nik Zaris Nelissa ini memuat naik rutin dan momen di samping keluarga tersayang.
Difahamkan Nelissa berkhidmat sebagai pramugari di Amal by Malaysia Airlines. Sebuah anak syarikat milik penuh Malaysia Aviation (MAG) yang menawarkan perkhidmatan penerbangan khusus untuk ibadah haji dan umrah.