Pancaran sinaran daripada 100,000 butir batu kristal Swarovski bukan sahaja bersinar terang tetapi dalam masa yang sama memberikan satu pengalaman baharu buat sesiapa sahaja yang mula melangkahkan kaki masuk ke Crystal World Bawal Exclusive yang dilancarkan secara rasmi baru-baru ini.

Harga Tudung Serendah RM10,000 BAWAL EXCLUSIVE Buka Butik Tudung Paling Mewah!  Turut Perkenal Pewaris Bakal Sambung Legasi.Menariknya, butik tudung mewah lagi eksklusif yang menelan belanja mencecah RM2.5 juta ringgit ini bukan sahaja memukau pandangan mata tetapi dalam masa masa yang sama mempamerkan tudung yang bernilai RM10,000 hingga RM RM113,000 selaras dengan aspirasi Bawal Exclusive yang mahu mewujudkan butik tudung paling mewah di dunia bertahtahkan kristal Swarovski.

IKLAN

Harga Tudung Serendah RM10,000 BAWAL EXCLUSIVE Buka Butik Tudung Paling Mewah!  Turut Perkenal Pewaris Bakal Sambung Legasi.Bagi pengasas dan pemilik Bawal Exclusive, Puan Haliza Masyuri, dia bersyukur kepada Tuhan kerana impiannya untuk memiliki butik tudung mewah ini akhirnya tercapai setelah sekian lama bergelumang dalam perniagaan tudung.

Harga Tudung Serendah RM10,000 BAWAL EXCLUSIVE Buka Butik Tudung Paling Mewah!  Turut Perkenal Pewaris Bakal Sambung Legasi.“Kita turut mempamerkan tudung bernilai RM10,000 hingga RM RM113,000 selaras dengan aspirasi Bawal Exclusive yang mahu mewujudkan butik tudung paling mewah di dunia bertahtahkan kristal Swarovski,” katanya ketika ditemui pada sesi perasmian butik tersebut di Puchong baru-baru ini.

Harga Tudung Serendah RM10,000 BAWAL EXCLUSIVE Buka Butik Tudung Paling Mewah!  Turut Perkenal Pewaris Bakal Sambung Legasi.Tudung paling murah dijual pada harga RM20,000 dan pelanggan yang ingin membeli perlu membayar 50 peratus wang deposit sebelum boleh memiliki tudung yang diingini.

Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

“Tiada apa yang dapat saya katakan selain bersyukur dengan apa yang dikecapi pada hari ini. Dalam hidup tiada apa yang mustahil dan saya mahu semua orang mempunya azam dan semangat untuk terus berjaya,” kata Haliza.

Harga Tudung Serendah RM10,000 BAWAL EXCLUSIVE Buka Butik Tudung Paling Mewah!  Turut Perkenal Pewaris Bakal Sambung Legasi.

Sebenarnya impian untuk memiliki butik tudung mewah sendiri bermula pada malam ulang tahun Swarovski yang ke-125 tahun apabila mereka telah dijemput ke majlis makan malam yang berprestij di Wattens, Austria.

Bawal Exclusive telah berpeluang dijemput untuk berdiri sama tinggi dengan jenama-jenama luar dari seluruh dunia. Dengan disinari kilauan lampu yang mempersona telah menambat hati mereka pada malam itu.

Pancaran kristal Swarovksi yang bermula dengan satu butir telah menghasilkan pancaran laser yang menyerlahkan lagi setiap butiran kristal yang berada dalam dewan. Ia merupakan satu kenangan yang tidak boleh dibeli di mana-mana.

Harga Tudung Serendah RM10,000 BAWAL EXCLUSIVE Buka Butik Tudung Paling Mewah!  Turut Perkenal Pewaris Bakal Sambung Legasi.

“Sejak itu saya menanam impian dan berjanji akan membawa kenangan itu bersama-sama ke Malaysia. Hari demi hari, impian tersebut bakal direalisasikan pada hari ini dengan perlancaran butik tudung mewah bertaraf antarabangsa yang diberi nama Crystal World Bawal Exclusive.

IKLAN

“Butik tudung mewah ini bukan hanya dibina semata-mata untuk dipamerkan pada umum, malah saya ingin membuktikan kepada masyarakat di luar sana bahawa sebagai seorang wanita Muslim yang bermula dari bawah juga mampu untuk berjaya,” tambahnya lagi.

Ini juga membuktikan rakyat Malaysia juga sebenarnya mampu berdiri sama tinggi dengan jenama antarabangsa. Hanya bermula dengan satu langkah dengan semangat yang tinggi serta sentiasa konsisten dengan apa yang dilakukan. Beliau juga ingin menjadi inspirasi kepada usahawan yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan.

“Saya ingin menunjukkan kepada Premium Reseller Bawal Exclusive bahawa mereka juga mampu untuk menjadi seperti ini,” katanya yang berhasrat menjadikan Crystal World Bawal Exclusive sebagai sebuah butik tudung yang paling mewah di dunia yang bertahtahkan kristal Swarovski.

Harga Tudung Serendah RM10,000 BAWAL EXCLUSIVE Buka Butik Tudung Paling Mewah!  Turut Perkenal Pewaris Bakal Sambung Legasi.Istimewanya, setelah 23 tahun berkecimpung dalam perniagaan ini, kini pemilik Bawal Exclusive turut memperkenalkan pewaris mereka sebagai penyambung kepada legasi perniagaan yang diusahakan.

IKLAN

Menurut Puan Haliza, anak lelakinya, Muhammad Zuhairi Syazwan Bin Mohd Rosli bakal meneruskan legasi kegemilangan Bawal Exclusive yang menjadi kebangaan dirinya dan suami. Zuhairi berkelulusan dalam bidang Pemasaran Perniagaan dari MMU ini sebenarnya sudah diberi pendedahan tentang perniagaan oleh kedua ibu bapanya sebagai persediaan meneraju syarikat ini.

Harga Tudung Serendah RM10,000 BAWAL EXCLUSIVE Buka Butik Tudung Paling Mewah!  Turut Perkenal Pewaris Bakal Sambung Legasi.

“Besar harapan saya kepada satu-satunya anak lelaki saya agar dapat meneruskan legasi perniagaan ini dangan cemerlang dan membawa jenama Bawal Exclusive ke peringkat antarbangsa. Namun begitu, dia harus ingat bahawa pelajaran sangat penting dalam mengekalkan kegemilangan jenama Bawal Exclusive. Nak dunia perlu ilmu, nak akhirat pun perlu ilmu, ujar Haliza penuh semangat dalam mendorong anaknya menersukan legasi perniagaannya itu,

Harga Tudung Serendah RM10,000 BAWAL EXCLUSIVE Buka Butik Tudung Paling Mewah!  Turut Perkenal Pewaris Bakal Sambung Legasi.

Dalam pada itu, Haliza sempat berpesan dengan anaknya satu titipan pesanan yang perlu diingatinya sampai bila-bila.

“Pesanan saya kepadanya, tidak dibenar sama sekali menukar atau mengubah logo Bawal Exclusive. Wajib kekal dari generasi ke generasi. Saya berharap pewaris saya dapat menjaga dan menjalankan pernigaan ini dengan sebaiknya,” tambahnya.mengakhiri perbualan.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI