Kalau nak ‘membudayakan’ masa-masa sweet suami isteri sampai ke hari tua, kenalah mulakan dari awal. Bukan bila anak dah ramai dan berderet-deret. Masa tu nak pegang tangan pun segan. Sekarang ni suka sangat tengok pasangan Ernie dan Syamel melayari alam perkahwinan, tetap sweet berdating walaupun punya si comel kesayangan.

Selepas lebih setahun berumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Khawla Soleha, keakraban pasangan selebriti Syamel dan Ernie Zakri terus menjadi perhatian ramai.

IKLAN

Di sebalik kesibukan sebagai artis dan tuntutan menguruskan keluarga, mereka bijak mencuri masa menghabiskan we time bersama di ibu kota.

Tersenyum-senyum kami tengok video, alahai sweetnya mereka berdua ni…

 

Mengambil kira kesibukan masing-masing sebagai penyanyi, kesempatan berdating walau sekadar staycation di Kuala Lumpur sudah memadai untuk menghangatkan kasih sayang suami isteri.

Dalam perkongsian Ernie, kelihatan pasangan muda ini menghabiskan masa menginap di hotel tanpa ditemani anak kesayangan mereka.

Antara aktiviti yang dikongsi adalah momen makan malam, bersiar-siar di sekitar Pavilion dan kemuncaknya apabila Syamel menghadiahkan sejambak ros buat isteri tercinta.

Sweet sangat, kata Ernie…

“Can we always be this close forever and ever? Thank you for the roses, lover.”

Hargai Masa Berdua, Ernie Zakri & Syamel Tetap Sweet Berdating Walaupun Dah Ada Anak

 

Hargai Masa Berdua, Ernie Zakri & Syamel Tetap Sweet Berdating Walaupun Dah Ada Anak

 

Hargai Masa Berdua, Ernie Zakri & Syamel Tetap Sweet Berdating Walaupun Dah Ada Anak

 

Dalam kehidupan berumah tangga, memang begitulah caranya untuk berkasih sayang, menghargai dan mensyukuri nikmat Allah dikurniakan pasangan terbaik.

IKLAN

Tak perlu malu keluar dating macam zaman bercinta dulu, kadang itulah yang buat kita bahagia dapat ‘manja-manja’ tanpa rasa berdosa.

Ernie sebelum ini pernah mendedahkan bahawa dia sering berasa sedih jika terpaksa keluar bekerja dan meninggalkan si comel di rumah.

Apatah lagi beliau kini sibuk dan ligat mempromosikan single terbaru hingga ke luar negara. Tengok gambar pun boleh meleleh air mata rindu, iyalah Khawla pula baru pandai macam-macam!

Hargai Masa Berdua, Ernie Zakri & Syamel Tetap Sweet Berdating Walaupun Dah Ada Anak

 

Hargai Masa Berdua, Ernie Zakri & Syamel Tetap Sweet Berdating Walaupun Dah Ada Anak

IKLAN

 

Hargai Masa Berdua, Ernie Zakri & Syamel Tetap Sweet Berdating Walaupun Dah Ada Anak

 

Mujurlah ibu Ernie memahami dan mereka punya pengasuh di rumah untuk menjaga Khawla. Tapi we time dengan suami bukanlah bermaksud kita tak bertanggungjawab tinggal anak pada orang lain tau! Sesekali kena aturkan masa juga untuk keharmonian rumah tangga.

Baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 melalui lagu Goodbye Hello, pasangan selebriti ini juga bakal tampil dalam konsert perdana pertama mereka, Aku Cinta, di Zepp Kuala Lumpur pada 23 Oktober nanti.

Hargai Masa Berdua, Ernie Zakri & Syamel Tetap Sweet Berdating Walaupun Dah Ada Anak

 

Syamel atau nama penuhnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly dan Nur Ernie Shahirah Zakri selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 26 Mac 2021 di Masjid Puncak Alam, Selangor. Kalau nak tahu, mereka juga antara salah satu pasangan yang bernikah pada waktu PKP lepas.

Pasangan ini mempunyai seorang bayi perempuan berusia 8 bulan, Nur Khawla Soleha yang cukup comel dan seiras wajah Ernie Zakri. Khawla dilahirkan pada tarikh unik iaitu 22.2.22.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI